Cadangan lebuh raya dari Tuaran ke Kudat akan membuka peluang pembangunan dan ekonomi yang akan menyediakan peluang pekerjaan dan kekayaan yang banyak kepada rakyat, kata Timbalan Ketua Umno Sabah Umno Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Apabila siap kelak, katanya lebuh raya itu akan memudahkan perjalanan ke beberapa bandar antara Tuaran dan Kudat.
“Lebuh raya pesisir pantai itu dicadangkan sejak beberapa lama dahulu dan kami berterima kasih bahawa Perdana Menteri mengakui keperluan bagi penyediaan komunikasi jalan raya sedemikian di Sabah.
“Seperti di tempat lain, apabila jalan raya baharu merentasi pedalaman, peluang perniagaan akan mentransformasikan wilayah itu dan rakyatnya, yang tinggal berdekatan, menikmati limpahan ekonomi.
“Ini akan turut berlaku di wilayah lain sebaik projek ini menjadi satu kenyataan,” katanya.
Salleh, yang juga speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, berkata lebuh raya itu bukan satu janji pilihan raya “kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menepati setiap janji yang dibuat di Sabah”.
“Jika beliau menyatakan demikian atau beliau membuat ikrar, beliau pasti akan menepatinya. Projek yang besar itu akan memerlukan tempoh persiapan yang lama kerana pakar perlu dirundingkan dan kerja-kerja ukur perlu dilakukan bagi mengkaji laluan paling sesuai,” katanya.
Najib, yang melawat Kudat pada Ahad, berkata beliau lebih suka membina lebuh raya pesisir pantai dan kerajaan persekutuan akan mengkaji dengan serius pembinaannya.
Cadangan lebuh raya itu akan menghubungkan Tuaran ke Kudat melalui bandar Kota Belud serta bandar pesisir pantai Matunggung.
“Kebanyakan kawasan itu di sini adalah kampung nelayan, kawasan ternakan dan perladangan serta lebuh raya itu akan membawa masuk industri ke wilayah itu,” kata Salleh.
Mengenai peluang ekonomi yang akan diikuti pelan keamanan antara kerajaan Filipina dan barisan Pembebasan Islam Moro, Salleh berkata Kudat akan mendapat manfaat jika wujud keamanan dan kestabilan di rantau itu.
Selain lebuh raya dan projek lain yang dijanjikan oleh Perdana Menteri, Kudat akan turut menerima Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang akan membantu memudahkan Kudat menjadi pelabuhan sebelah utara pada masa depan.

5 comments:
lebuh raya ni akan memberi byk manfaat kepada pembangunan Sabah.
moga ia akan dilaksanakan dgn lancar.
Diharap rancangan tu berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya.
Menyokong penuh projek kerajaan ini!
Kemudahan lebuh raya ini akan menukar landskap Sabah.
Post a Comment