29 October 2012

PRU-13: Apa kah Sabah dan Sarawak masih Simpanan Tetap BN?

ATAS jolokkan Simpanan Tetap BN, maka Pembangkang menggila di Sabah dan Sarawak. Para pemimpin Pembangkang menaburkan berbagai janji semata-mata untuk mendapat sokongan daripada pengundi dua negeri itu.

Pembangkang mengangkat isu-isu yang dekat dengan hati rakyat antaranya isu tanah adat, isu royalti minyak, isu harga barang dan isu pengagihan jawatan persekutuan yang disandang rakyat dua negeri di Malaysia Timur itu.

Pada PRU-12, kalau bukan kerana kejayaan hampir mutlak BN di kedua negeri itu, kerajaan BN yang ada sekarang mungkin merupakan kerajaan yang lemah, kerana kekurangan jumlah kerusi di peringkat parlimen. 

Walaupun Sabah dan Sarawak memberikan kerusi Parlimen hampir mutlak, namun BN secara keseluruhan masih kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat. Keadaan ini disebabkan oleh pencapaian BN di Semenanjung hampir seimbang dengan jumlah kerusi Pembangkang. Daripada 166 kerusi Parlimen yang dipertandingkan di Semenanjung, BN hanya menang 85 berbanding Pembangkang 80, sementara satu kerusi dimenangi calon bebas yang menggunakan lambang Pas. Kalau dikira-kira betul-betul, keputusan PRU-12 itu, BN mendapat 85 kerusi dan Pembangkang 81.

Pada PRU-13 akan datang ada yang memperkirakan bahawa BN akan kehilangan 13 kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak, dan untuk itu BN Semenanjung perlu menang di 13 kawasan Pembangkang bagi menutup kekurangan itu. 

Mampukah BN menang 13 kerusi tambahan di Semenanjung? Jika mampu, maka sekurang-kurangnya keputusan PRU-12 akan berulang.

Akan tetapi berasaskan pengamatan Suara Rakyat untuk Sabah sahaja, keputusan PRU-13 akan sama dengan keputusan PRU 2004 dan 2008. Pembangkang hanya akan menang satu kerusi parlimen, yakni Parlimen Kota Kinabalu. Anggapan ini, berasaskan kepada sejarah pilihanraya di negeri di bawah bayu itu, di mana setakat ini, belum pernah parti pembangkang menang lebih daripada dua kerusi parlimen pada sebarang pilihanraya, kecuali pada tahun 1990, kerana suasana pada ketika itu sungguh berlainan, kerana berlakunya tikam belakang daripada parti komponen BN sendiri.

Pembangkang tidak akan mampu menambah kerusi parlimen di Sabah, walaupun berbagai senario politik berlaku di negeri itu sejak akhir-akhir ini.

Pembangkang memperkirakan mendapat sekurang-kurangnya enam kerusi parlimen- kerusi parlimen yang mereka jangka akan mereka menangi adalah Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Beaufort, Sepanggar dan Moyog. Pada PRU-12, Kota Kinabalu ditandingi PBS, Sandakan-LDP, Tawau-SAPP, Sepanggar-SAPP dan Moyog-UPKO. Pada PRU-13, dijangkakan tidak akan ada perubahan parti mana yang akan bertanding di Kota Kinabalu, Sandakan dan Moyog; akan tetapi bagi Tawau dan Sepanggar belum diketahui parti komponen BN yang mana diberi kepercayaan untuk bertanding di kerusi-kerusi yang dikuasai SAPP itu. 

Jika BN Sabah mampu mengetengahkan calon-calon yang berwibawa harapan sangat cerah bagi BN menang di Tawau dan Sepanggar. 

Melihat senario semasa di negeri bawah bayu itu, tiada riak-riak yang boleh menghalang calon-calon untuk menang 24 kerusi parlimen di tanah besar Sabah dan satu kerusi bagi WP Labuan.

Anggapan pembangkang untuk mendapat enam kerusi parlimen di Sabah, hanya tinggal anggapan, jauh sekali anggapan Lajim Ukin, kononnya barisan Pembangkang akan mendapat 15.

8 comments:

Anonymous said...

Barisan Nasional component parties have come up in support of sacking members who sabotage the coalition's candidates in the general election

Anonymous said...

The Barisan National leaders said that there was no room for disloyal members.

Anonymous said...

PM has called for adjustments in seat allocation among Barisan Nasional component parties to field only the best candidates in the next general election.

Anonymous said...

Barisan chairman said only the best component party and best candidate should represent the coalition in each constituency

Anonymous said...

only “winnable” candidates would be chosen for the coalition

Anonymous said...

Pengundi Sabah akan pilih pemimpin dan parti yang boleh perjuangkan nasib mereka.

Anonymous said...

BN akan buat yang terbaik untuk Sabah!

mantera said...

jika kepimpinan BN baik, pasti rakyat Sabah akan terus menyokong BN.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels