6 December 2012

Antara Calon Kabel dan Calon Rakyat

MANA yang anda sokong? calon dikeranakan kabel atau calon rakyat? Calon kabel, lahir kerana hubungan seseorang itu dengan pucuk pimpinan. Calon ini boleh juga dipanggil calon bidan terjun. Sementara calon rakyat, adalah calon yang punya kedudukan samada dalam parti atau pemimpin akar umbi.

Seorang kawan yang punya hubungan tertentu dengan pemimpin tertentu, kononnya akan jadi calon pada PRU-13 akan datang, kerana kononnya dia punya pengaruh hebat berbanding sesiapa sahaja di kawasan yang akan dia tandingi kelak (angkat bakullah tu). Selain itu, dia menyebut nama individu lain akan juga jadi calon, kerana hubungan keluarga individu itu dengan pucuk pimpinan.

Rupanya kawan tadi lupa, bahawa akbiat calon kabellah ramai calon-calon BN kecundang pada PRU-12. Kawan itu lupa, bahawa politik kini sudah berubah. jika dahulu songkokpun diletak asalkan mewakili parti BN, maka boleh menang.

Rakyat kini sungguh kritikal. Pemimpin atau calon dinilai dari segi sumbangan mereka kepada rakyat, bukan sumbangan hanya timbul semasa dekat dengan pilihanraya. Atas sebab itu, kekuatan calon boleh menang sekarang, bukan sahaja dilihat pada parti yang diwakilinya, juga kekuatan atas kapasiti individunya.

Betul juga kata kawan itu, apabila penulis melihat-lihat kelibat individu yang dimaksudkan, sejak enam bulan lalu, agak luarbiasa aktifnya bercerita tentang rakyat, sedangkan sebelum ini, tiadapun cerita-cerita demikian. Kalaulah betul, cerita kawan itu menjadi kenyataan, rupanya politik itu sungguh mudah, asalkan ada kabel, maka mudahlah jadi calon dan kemudian jadi YB.

Seperkara lagi, ada juga pemimpin yang sudah lama jadi pemimpin; peluang-peluang sudah lama diberikan, namun rakyat yang diwakilinya tiadalah perubahan yang boleh menggambarkan bahawa pemimpin itu berkerja untuk rakyat yang diwakilinya. Yang berubah hanya, keadaan pemimpin itu berserta keluarga terdekatnya, manakala rakyat disekelilingnya keadaannya yang itu-itu juga.

Jika lah pemimpin ini disorong untuk dipilih sekali lagi mewakili rakyat, apa kah rakyat perlu memberi peluang kepadanya kerana dia mewakili BN? Tepuk dada tanya selera. Jika ini berlaku, penulis yakin, sabotaj yang dihindari pucuk Pimpinan sepertimana yang disuarakan Presiden Umno semasa penggulungan persidangan Umno ke-66 minggu lepas sukar dibendung.

Vitamin W tidak lagi mempengaruhi pola pengundian rakyat. Satu cerita menarik pada persidangan sebuah parti komponen BN baru-baru ini dimana berlaku pertandingan diperingkat bahagian. Penulis kenal betul dengan ketua bahagian itu. Dalam pertandingan itu, lawan kepada beliau semasa bertanding memberi salam berisi, manakala beliau hanya mampu memberi minum 250ml RO dan kuih muih kepada perwakilan. Namun, selepas undi dikira, lawannya hanya mampu meraih 3 undi.. Jadi dalam politik kini, vitamin W tidak lagi boleh mempengaruhi selera atau keputusan pengundian.

Oleh sebab itu, kepada calon-calon yang berura-ura menjadi calon, tanyalah terlebih dahulu "apakah" sumbangan anda kepada rakyat yang akan mengundi. Jika tiada, janganlah membuang masa, kerana jawapannya anda akan kecundang.

35 comments:

Blackforest said...

Calon pilihan rakyat lagi bagus. kalau calon kabel, belum tentu rakyat akan suka dan perkhidmatannya pasti tidak akan ke mana, mungkin dalam tempoh masa yang singkat saja.

Blackforest said...

Lima puluh peratus kemenangan seseorang calon wakil rakyat itu adalah bergantung kepada keupayaanya untuk menyelesaikan masalah setempat atau kawasan yang diwakilinya.

Blackforest said...

Jika seseorang calon gagal maka sokongan boleh hilang dan peluang untuk memenangi pilihan raya tidak dapat dicapai.

Blackforest said...

50 peratus kemenangan seseorang calon wakil rakyat itu bergantung kepada penyelesaian masalah, jika masalah tidak dapat diselesaikan, maka beliau telah rugi 50 peratus untuk mencapai kemenangan pilihan raya

Blackforest said...

Setiap bahagian yang masih mempunyai masalah dalaman perlu diselesaikan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Blackforest said...

Masalah di peringkat bahagian itu akan diselesaikan secara berhemah dan dalam tempoh yang segera.

Blackforest said...

Diharap tidak ada mana-mana anggota parti termasuk bekas wakil rakyat yang tidak terpilih untuk menjadi calon pilihan raya umum mensabotaj calon yang dipilih.

Blackforest said...

Pucuk pimpinan mengambil pendekatan memilih calon yang boleh menang dalam pilihan raya, jentera parti perlu digerakkan dengan semangat perpaduan tanpa mempunyai masalah dalaman bagi menjamin kemenangan pilihan raya umum akan datang.

Batresiah said...

Biarlah mereka ini terpilih sebabkan kebolehan mereka.

Batresiah said...

Sebagai contoh boleh kita ambil Datuk Musa Aman.

Batresiah said...

Kerana Datuk Musa hanyalah orang bawahan dahulu sebelum dipilih menjadi KM. Tidak pernah pun memegang jawatan Timbalan KM sebelum menjadi KM.

Batresiah said...

Inilah contoh pemimpin yang kita inginkan sebenarnya. Usaha beliau tidak sia-sia selama ini.

Batresiah said...

Maka jika ingin mencari calon biarlah berdasarkan daripada kebolehan dan juga pilihan majoriti penduduk dikawasan tersebut.

Hinamori said...

janji PM Najib bahawa calon-calon yang bakal dipilih untuk PRU13 adalah calon-calon yang benar-benar menepati kehendak rakyat setempat,yang boleh menang

Hinamori said...

PM sama sekali tidak akan termakan dengan lobi melobi malah bersedia menggugurkan calon-calon yang dilihat berpotensi untuk kalah walaupun calon-calon itu adalah rakan-rakannya di zaman Pemuda maupun pegawai-pegawainya yang sedang berlegar di sekelilingnya hari ini

Hinamori said...

PM memberikan kata dua kepada mana-mana pemimpin yang gagal menyelami denyut nadi rakyat,bongkak,sombong dan angkuh tidak akan mendapat tempat dalam penyusunan barisan calon-calon untuk pilihanraya nanti malah beliau bersedia kehilangan kawan-kawan demi menggembalikan semula kepercayaan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional

Hinamori said...

PM Najib kali ini harus lebih berhati-hati dan memegang kejap janji-janjinya untuk memilih calon-calon yang benar menepati kehendak serta aspirasi rakyat setempat serta terbanyak

Hinamori said...

banyak agensi diarahkan untuk mengenalpasti serta memantau calon-calon yang diyakini boleh menang untuk ditunjukkan sebagai calon PRU13

mantera said...

sebaiknya pilihlah calon yang disukai oleh rakyat.

mantera said...

dan pastikan calon tersebut boleh melaksanakan tanggungjawabnya dgn baik.

mantera said...

pemilihan calon yang terbaik akan mementukan kemenangan.

mantera said...

para ahli parti harus memberi sokongan kepada mereka yang dicalonkan.

mantera said...

setiap pemimpin harus berjuang untuk rakyat.

Pemerhati said...

Soal calon, soal siapa yang akan diletakkan dalam Pilihan Raya nanti bukan ukuran dan persoalan yang harus kita timbulkan dalam perhimpunan ini, sebaliknya kita perkukuhkan semangat dan kekuatan kita bagi memastikan BN menang besar dalam PRU13 kelak.

Pemerhati said...

Ahli UMNO akan berikrar taat setia dan berpadu tenaga dalam menyediakan satu pasukan yang kuat, serta menolak segala usaha yang boleh membawa perpecahan dalam parti

Pemerhati said...

Ahli UMNO bersetuju dengan Perdana Menteri berhubung ‘winnable candidate’ (calon boleh menang), tanpa perlu mempertikaikan calon yang dipilih serta tidak melakukan sabotaj terhadap parti.

Pemerhati said...

Rakyat yang menentukan siapa ‘winnable candidate’ dan PM pastinya ada laporan dan mekanisme tertentu untuk mengetahui di setiap kawasan siapa yang merupakan ‘winnable candidate’

Pemerhati said...

Perhimpunan Agung UMNO kali ini patut dijadikan sebagai medan terbaik ahli2 bersatu-padu, mengukuhkan kekuatan dan bukannya dijadikan medan untuk melobi diri demi kepentingan peribadi.

Pemerhati said...

Anggota UMNO yang tidak disenarai sebagai calon boleh menang pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) hendaklah terus setia dan berdiri teguh menyokong keputusan parti

Pemerhati said...

Siapa akan jadi calon atau wakil rakyat tidak timbul.

Pemerhati said...

Sesiapa yang didapati memenuhi syarat calon boleh menang, itulah yang akan menjadi tunggak perjuangan Barisan Nasional (BN) pada PRU13

Pemerhati said...

Apa yang penting anggota UMNO merapatkan jurang dan menghayati petua Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggariskan ciri dan sifat orang UMNO.

Pemerhati said...

Najib menggariskan tiga ciri penting sebagai orang UMNO iaitu taat dan setia, cinta dan kasih kepada parti serta berkhidmat tanpa jemu dan berkorban.

jackie said...

Jika wakil rakyat tidak tahu menjalankan tugas dan hanya penting diri sendiri, sokongan rakyat akan berkurangan.

jackie said...

Sebagai pemimpin rakyat, perlu ada sikap mengutamakan rakyat dan setia kepada parti.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels