4 December 2012

Hebatnya Umno Kota Belud

BUKAN sekadar perwakilan, namun sesiapa saja ada jawatan ketua dihantar menghadiri Persidangan parti yang ke-66.

Tidak cukup dengan jumlah itu, pemimpin akar umbi juga turut diterbangkan. Ada yang berseloroh, 4 kapal Airbus A320 digunakan untuk menerbangkan ahli-ahli Umno Kota Belud ke persidangan parti kali ini. Jumlah itu belum termasuk ahli yang datang secara persendirian, di mana kos semuanya ditanggung sendiri atas sebab cintakan parti.

Tabik kepada Ketua Bahagian- DSP Salleh Tun Said, ADUN Tempasuk-Datuk Musbah Jamli dan MP Kota Belud- Datuk Rahman Dahalan. Kalau bukan kerana para pemimpin ini, sungguh sukar bagi pemimpin akar umbi terbang, kerana jarak yang sungguh jauh. Bukan sahaja rintangan jarak, akan tetapi ongkos ke persidangan itu sungguh besar.

Bermula pada 27 Disember, kawasan-kawasan Bukit Bintang, KLCC, Kg Baru; apabila sempat jalan-jalan pasti berjumpa orang Sabah; demikian juga semasa persidangan, ruang legar PWTC di berbagai tingkat, terjumpa ahli-ahli Umno Sabah dan tidak ketinggalan daripada Kota Belud.

Mudah-mudahan melalui kehadiran itu, mesej yang disampaikan semasa persidangan itu terutama ucapan dasar dan penggulungan Presiden parti dapat dikongsi dengan rakyat jelata di kawasan masing-masing; setidak-tidaknya itulah harapan pemimpin Kota Belud.

Persidangan parti kali ini, merupakan persidangan terakhir sebelum berdepan dengan pilihanraya umum ke-13. Kehadiran ramainya ahli-ahli parti sempena persidangan itu adalah untuk membakar semangat masing-masing sebelum bertempur dalam arena demokrasi.

28 comments:

mantera said...

UMNO Sabah dilahirkan di Kota belud, jadi UMNO Kota Belud pasti yang terbaik.

mantera said...

KB adalah kubu kuat UMNO di Sabah.

mantera said...

BN perlu berusaha untuk memastikan KB tetap menjadi kubu kuat mereka.

mantera said...

Selagi pemimpin di KB pandai mengambil hati rakyat, selagi itulah BN tetap disokong.

Hinamori said...

Lim Kit Siang berada di Sabah dalam usaha untuk memastikan DAP menguasai Sabah sepertimana yang dilakukan di Sarawak. Selepas kemenangan yang meyakinkan di Sarawak menerusi Pilihanraya Negeri Sarawak yang lepas, DAP mensasarkan Sabah sebagai kubu kuat yang baru

Hinamori said...

Di Semenanjung, DAP memang kekal 'berkuasa' di Pulau Pinang, Perak dan Selangor selain Negeri Sembilan. Namun kekuasaan itu sebenarnya tidak mencukupi untuk DAP bagi menguasai sepenuhnya Malaysia

Hinamori said...

Datuk Seri Najib Tun Razak mengerahkan seluruh anggota Umno bersatu mempertahan Putrajaya sambil menegaskan rakyat Malaysia berhak mendapat kerajaan yang terbaik, dan ini hanya mampu ditawarkan oleh Umno dan Barisan Nasional

Hinamori said...

Perdana Menteri berkata pilihan raya umum ke-13 merupakan titik penentu kepada destinasi masa depan negara dan rakyat perlu tahu menilai kelebihan BN berbanding pembangkang.

Hinamori said...

ini dibuktikan dengan parti perikatan dan kemudian BN yang ditunjangi oleh Umno sejak lebih 55 tahun lalu, secara berterusan menerajui negara dengan membawa pelbagai perubahan dan pembaharuan dengan lonjakan berganda.

Batresiah said...

Itu sudah semestinya yang mana BN akan terus kukuh di Negeri Sabah ini.

Batresiah said...

di Kota belud adalah tempat politik yang kuat di Sabah ini.

Batresiah said...

Jadi tidak hairan kalau Kota Belud ini heboh dengan hal politik di sana sini.

Batresiah said...

BN perlulah memastikan yang mana kepentingan penduduk dapat diperjuangkan dan memastikan hak rakyat juga begitu.

Blackforest said...

Ada yang kata Rahman Dahlan akan digantikan dengan Pandikar Amin menjelang PRU nanti.

Blackforest said...

Dan pada bahagian Dun Usukan pula, Japlin akan di rehatkan buat sementara waktu diatas skandal nya yang di ketahui kebanyakan umum.

Blackforest said...

Pergantian akan berlaku sekali lagi kepada pemimpin berstatus veteran yang juga kawan baik kepada TSPA iaitu Datuk Salleh Keruak.

Blackforest said...

Manakala bahagian Dun Tempasuk 80 % Datuk Musbah di kekalkan kerna permintaan ramai. Tidak mustahil Najib juga membuat kejutan untuk mencalonkan calon muda di daerah ini seperti Roslan Manshor.

Blackforest said...

Dalam menjejaki respon umum yakni penduduk di daerah ini, ramai yang menolak dua pemimpin veteran ini untuk tidak di beri tempat untuk di calonkan pada PRU ke 13 nanti kerana rekod yang tertulis dalam sejarah kepimpinan Kota Belud sangat mengecewakan ramai penduduk.

yves st. laurent said...

Barisan Nasional Pilihan Terbaik Bagi Rakyat Malaysia

yves st. laurent said...

Barisan Nasional (BN) masih merupakan pilihan terbaik bagi rakyat Malaysia kerana formulanya terbukti berkesan bagi sebuah negara yang mempunyai berbilang kaum dan agama seperti negara ini, kata Bendahari BN Sabah Datuk Hajiji Noor.

yves st. laurent said...

Hajiji yang juga Ketua UMNO Bahagian Tuaran berkata kemakmuran yang dinikmati rakyat Malaysia hari ini adalah hasil perjuangan dan kerja keras para pemimpin BN sebelum ini dalam Perikatan yang berjuang dan mendapatkan kemerdekaan negara.

yves st. laurent said...

“Sebaliknya, pembangkang hari ini tidak ada apa yang hendak ditunjukkan. Mereka semua hanya pandai menyemai sifat benci, syak wasangka dan ketidakpercayaan di kalangan rakyat berbilang kaum dan juga terhadap kerajaan BN,” kata Hajiji.

yves st. laurent said...

Hajiji berkata kerajaan BN di bawah kepimpinan dinamik Perdana Menteri sekarang yang bekerja keras menaikkan imej Malaysia di mata dunia dan demi masa depan rakyat melalui pelbagai program dan dasar baru yang diperkenalkan bermula dengan konsep 1Malaysia diikuti dengan program-program yang lain termasuk Program Tansformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi.

yves st. laurent said...

“Hasilnya usaha keras Datuk Seri Najib Tun Razak, pelabur tertarik untuk datang ke Malaysia. Tetapi apa yang dilakukan pembangkang termasuk pemimpinnya Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah menakutkan pelabur dengan mencemar nama baik Malaysia di seberang laut dan sebagainya.

yves st. laurent said...

“Saya benci untuk memikirkan apa akan terjadi jika pakatan pembangkang berkuasa. Malah sekarang, mereka bergaduh sesama sendiri mengenai sama ada Malaysia perlu menjadi sebuah negara Islam atau sekular dengan Pas menyatakan ia akan melaksanakan hukum Hudud manakala DAP menentangnya.

yves st. laurent said...

“Mereka juga tidak mempunyai kabinet bayangan, bermakna, sebaik mereka menang, mereka akan mula bergaduh sesama sendiri berhubung soal siapa akan menjadi memegang jawatan apa. Negara akan menjadi huru hara,” katanya.

yves st. laurent said...

Sementara itu, Hajiji yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri menyambut baik kenyataan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok bahawa parti komponen BN tidak akan meninggalkan gabungan itu.

yves st. laurent said...

Beliau juga menyokong kenyataan Dompok bahawa “BN merupakan saluran terbaik untuk menyelesaikan masalah rakyat”. “Dengan rekod kerja BN yang baik, berikan kepercayaan anda padanya. Masa depan anak-anak kita akan selamat di tangan mereka,” kata Hajiji.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels