23 September 2012

Hanya mereka yang tamak tolak Musa

ADA yang mengandaikan bahawa BN akan kalah jika terus diterjaui Musa, sama dengan kekalahan Berjaya pimpinan Tan Sri Harris pada tahun 1985.

Situasi tahun 1985 berlainan dengan situasi masa kini. Berjaya kalah tahun 1985 ekoran pemecatan Tan Sri Pairin daripada Berjaya, memecatnya sebagai ADUN Tambunan dan menurunkan status Daerah Tambunan.

Pairin adalah Huguan Siou kaum KDM. Akibat pemecatan itu, maka kaum KDM marah kepada Harris dan menghukumnya bermula di PRK Tambunan tahun 1984 dan kemudian pada PRU-Sabah tahun 1985.

Musa pula, tidak pernah memecat sesiapa. Malah apabila tercetus spekulasi, bahawa para pemimpin BN yang telah keluar, Musa membuat kenyataan terbuka, pintu pejabatnya senantiasa terbuka untuk berbincang, jika ada masalah.
 
Keluarnya para pemimpin BN seperti Lajim Ukin, Welfred Bumburing, Maijol Mahap, Ibrahim Menudian dan Yahaya Lampong, kerana mempunyai sebab peribadi masing-masing.
 
Lajim keluar kerana mendapat tantangan daripada ahli/penyokong serta beberapa pemimpin akar umbi di bahagiannya sendiri. Oleh kerana tantangan itu, maka Lajim dilaporkan bukan lagi winnable candidate. Berasaskan kepada keadaan itu, Lajim tidak akan dicalonkan lagi pada PRU-13.
 
Selain itu, masalah permintaan projek yang berterusan oleh Lajim demi kepentingan poketnya, merupakan salah satu penyebab beliau keluar. Isu sekolah agama yang bernilai RM50 juta, yang dijanjikan Lajim kepada penyumbang dana, tidak pernah terealisasikan, kerana projek seumpama itu tidak pernah wujud.
 
Manakala Bumburing pula, tidak akan dicalonkan pada PRU-13, meskipun beliau adalah Timbalan Presiden UPKO, kerana perjanjian dengan Madius Tangau-mantan MP Tuaran, bahawa hanya sepenggal sahaja peluang diberikan kepada Bumburing untuk bertanding di Parlimen Tuaran.
 
Majiol pula keluar BN kerana, kalau tidak maka tiada peluangnya bertanding di kampung halamannya, kerana semua kawasan baik parlimen mahupun DUN adalah kawasan PBS.
 
Ibrahim Menudin pula, walaupun di atas kertas sebagai pemimpin Umno dan pernah menjadi Bendahari Umno Sabah, namun tidak pernah bertanding dalam pilihanraya. Ibrahim sebenarnya bukan pemimpin politik, akan tetapi hanya sebagai penyokong/pendokong.
 
Di usia senja, Ibrahim mahu mencuba nasib dalam arena politik, selepas semua jawatan korporatenya di penghujung jalan.
 
Sementara Yahya Lampong adalah pemimpin musiman setiap menjelang pilihanraya. Yahya melompat daripada parti yang satu ke parti yang lain agar boleh bertanding dalam pilahraya. Memang beliau suatu ketika dahulu adalah pemimpin utama kaum bajau, namun sepak terajangnya dalam dunia politik yang senantiasa berpindah-pindah, menyebabkan sokongan terhadap beliau merudum hingga ke dasarnya.
 
Yahya pernah menjadi Ketua Bahagian Umno Tanjong Aru, kemudian kehilangan jawatan itu. Beliau mencuba nasib di bahagian Kota Belud, namun kalah teruk merebut jawatan ketua bahagian.
 
Walaupun Yahya tidak mempunyai sebarang jawatan dalam Umno, namun beliau tetap diberi peranan oleh Musa sebagai Pengerusi Sedco kemudian Cement Industries.
 
Sesuailah seperti kenyataan Ketua Umno Papar, Datuk Rahim Ismail- dengan keluarnya mereka daripada UBN, tidak akan membawa impak apa-apa, kerana, rakyat Sabah telah tahu siapa sebenarnya mereka-mereka itu.

Pendek kata, mereka yang tamak saja menolak kepimpinan Musa, manakala pemimpin lain seperti Datuk Salleh Tun Said, Datuk Safie Apdal, Tan Sri Pandikar dan lain-lain masih setia pada parti, kerana mereka tahu Musa menjalankan tugas sesuai dengan aspirasi parti dan rakyat.

16 comments:

Anonymous said...

yang keluar dari UMNO-BN, tidak memberikan apa2 kesan kepada BN sabah...

Anonymous said...

bahkan BN sabah makin kuat dan kukuh setelah ketiadaan parasit2 politik ini...sokongan rakyat juga bertambah mantap kepada BN sabah.

Unknown said...

Betul..Kalau kita lihat sendiri memang mereka yang keluar saja yang tamakan kuasa. Seperti Lajim sendiri yang cuba untuk mengejar jawatan Ketua Menteri Sabah.

Unknown said...

Mereka yang tamak ini cuba untuk memberikan pelbagai alasan untuk menjatuhkan Datuk Musa. Biarkan mereka ini tidak perlu diperduli langsung.

Unknown said...

Bertambah khabar angin dan fitnah maka bertambah kuatlah pertahanan Kerjaan BN. Itulah yang kita dapat lihat sekarang ini.

mantera said...

BN Sabah makin kukuh di bawah kepimpinan Musa.

mantera said...

Musa Aman menolak sama sekali dakwaan yang mengatakan parti itu berada di ambang perpecahan.

mantera said...

mereka yang keluar parti adalah mereka yang tamak dan tiada pendirian.

mantera said...

mengenai spekulasi yang mengatakan terdapat lebih ramai lagi pemimpin dan anggota BN Sabah yang akan bertindak keluar parti, isu tersebut sengaja dimainkan pembangkang.

Unknown said...

The chief minister has never failed to stress on the need for prudent spending on government funds and to avoid wastage. He insists on all agencies to be self sufficient and profit oriented

Unknown said...

Federal SEcretary to Sabah, Datuk Khazali Ahmad himiself praised Musa and said Sabah has progressed a lot under the the dynamic leadership under CM Datuk Seri Musa Aman.

Unknown said...

Yahya claimed that his exit from the ruling coalition was ‘nothing personal’ but then accused Umno of practising communism politics.

Unknown said...

Only when his (Yahya) service was no longer required, he decided to look for greener pastures.

Unknown said...

When Beaufort member of parliament Datuk Seri Panglima Lajim Haji Ukin was still in Umno and a deputy federal minister, he praised the UMNO, but now he wanted to field candidates against the party on the pretext that UMNO is not a good party.

Sotong Kurita said...

mujurlah yang tamak itu itu sudah meninggalkan BN.. kalau mereka masih dalam BN, sudah tentu banyak masalah timbul..

Sotong Kurita said...

jika pemimpin2 lain boleh terima Musa Aman, kenapa tidak untuk beberapa pemimpin BN yang telah keluar meninggalkan parti? jelaslah bahawa pemimpin2 ini hanya mahu dicalonkan atau mahukan jawatan yang lebih tinggi..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels