18 January 2011

Pantai Kota Belud layak lokasi penggambaran filem

Kalau lah ada filem yang berorentasikan pemandangan laut, Pantai Kota Belud boleh menjadi lokasi penggambaran.

Pantai Kota Belud adalah pantai yang terpanjang di Malaysia dan ke tiga di Asia dan ke sepuluh di dunia.

Bagi penggiat-penggiat filem, terutama filem percintaan, berilah peluang kepada Pantai Kota Belud menjadi lokasi penggambaran.

Perlantikan pemimpin negeri ini sebagai Pengerusi perfileman nasional (Finas) akan memberi ruang kepada Pantai Kota Belud untuk dijadikan sebagai lokasi penggambaran. Jika sekiranya perkara ini berlaku, OKB yakin Pantai Kota Belud boleh terkenal suatu hari kelak.

Selain sebagai lokasi penggambaran, Pantai Kota Belud boleh menjadi produk pelancongan atau tempat temasya antarabangsa, misalnya permainan "air galider" kerana pantai itu boleh diluncuri berbatu-batu jauhnya.

Semoga Pantai Kota Belud akan terkenal di suatu hari kelak.

16 January 2011

Sibuknya ADUN Tempasuk Kota Belud

Semalam saya menerima SMS daripada ADUN Tempasuk Kota Belud dimana kandungannya bahawa beliau berada di Kg Sarang dan Kg Dudar. Oleh kerana keduudukan Kg Rampayan Ulu berdekatan dengan dua kampung itu-dimana saya menetap-maka mungkin itu sebabnya ADUN tersebut menghantar SMS.

Malangnya semasa saya menerima SMS itu-saya berada di Kota Kinabalu-kerana sejak awal tahun lepas saya telah berpindah ke Kota kinabalu.

Menurut ADUN Tempasuk itu-sejak akhir-akhir ini beliau mempunyai jadual yang sangat padat dalam acara melewat kampung-kampung yang berada dalam kawasan N.6 Tempasuk untuk mengenal pasti kelancaran projek-projek kerajaan yang dilaksana di kampung-kampung.

Musbah melalui kementerian pertanian negeri terlibat memantau kejayaan projek Jelapang Padi Kota belud dan projek-projek lain di bawah Kementerian Pertanian seperti projek Agropolitan, projek tukun tiruan, projek ikan dalam sangkar serta projek Kampung Sejahtera dan projek pelancongan.

Kota Belud boleh dijadikan produk pelancongan yang bakal terkenal. Kota Belud mempunyai pantai yang terpanjang di Sabah dan mungkin di Malaysia. Dengan pantai yang indah yang menghadap ke Timur, Utara dan Barat-suatu hari Pantai Kota Belud akan menjadi produk pelancongan yang sangat berpotensi.

Sesiapa yang pernah melawat Pantai kuta-Bali, pasti akan terbayang Pantai Kota Belud. Sayang Pantai Kota Belud belum dimajukan.

15 January 2011

Hadiah Tahun Baru untuk Datuk Salleh

Tidak ramai dikalangan ahli politik yang berpeluang mendapat jawatan lebih dari satu dengan spin masa yang sangat singkat.

Mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Salleh Tun Said adalah pemimpin politik yang mendapat hadiah dua jawatan dalam tempoh seminggu.

Jawatan pertama adalah pengerusi Finas yang berkuatkuasa 1 Januari dan jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang ddiumumkan oleh Ketua Menteri Sabah rabu lalu seusai mesyuarat Kabinet Negeri.

Berikut ulasan SSK melalui blognya mengenai hadiah tersebut.

"Pada tahun 2011 ini, perkembangan yang berlaku di sekeliling kita mengubah keadaan. Di peringkat Pusat, saya telah dilantik sebagai Pengerusi Finas yang baru, berkuatkuasa mulai 1 Januari. Dan di peringkat negeri, kerajaan memberikan tanggungjawab sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah." Dipetik dari sskeruak.blogspot.com

"Kedua-dua jawatan ini saya terima dengan penuh tanggungjawab sebagai menghargai kepercayaan dan amanah yang diberikan oleh kerajaan. Terus-terang saya katakan, bahawa saya tidak pernah terfikir atau mengharapkan jawatan sedemikian, jauh sekali melobi untuk mendapatkannya. Bagi saya, ia datang sebagai hadiah tahun baru buat saya dan keluarga, terutama isteri dan anak-anak yang menjadi sumber inspirasi saya" dipetik dari sskeruak.blogspot.com

13 January 2011

Salleh Said melakar sejarah lagi

Datuk Salleh melakar sejarah lagi. Tahun 1983 sebaik sahaja menamatkan pengajiannya di Kanada Salleh telah dilantik sebagai Pegawai daerah Kota Belud-daerah asalnya.

Setelah berkhidmat sebagai Pegawai daerah-beliau berkecimpung dalam dunia politik semasa pemerintahan Parti Barjaya (1976-1985) sebagai setiausaha politik. Selepas itu Salleh juga pernah dilantik ADUN Lantikan.

Salleh juga pernah bertanding dalam pilihanraya untuk julung kalinya pada tahun 80-an untuk julung kalinya atas tikit parti berjaya bagi PRK Usukan-namun tewas kepada calon Usno ( Pandikar Amin Haji Mulia-sekarang Tan Sri dan Speaker dewan Rakyat).

Selepas Parti Berjaya kalah pada tahun 1985- Salleh telah keluar daripada Parti Berjaya dan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS). Selama dalam PBS- Salleh tidak diberi peranan dalam kabinet-seebaliknya hanya menjadi pengerusi GLC.

Selepas PBS keluar BN pada ambang PRU-1990, Salleh keluar PBS dan menyertai UMNO.

Pada PRU-1994, Salleh memenangi kerusi ADUN Usukan dan Parlimen Kota Belud. Pada PRU tersebut- asecara keseluruhan BN belum mampu membentuk kerajaan-kerana kekurangan 2 kerusi.

Disebabkan majoriti mudah yang diperoleh PBS hanya 2 kerusi-maka atas permainan politik- PBS tumbang-ekoran keluarnya dua ADUN PBS ketika itu-yakni Datuk Lajim Ukin dan Datuk Robin Balang menyertai UMNO.

PBS tumbang- BN membentuk kerajaan dan melantik Tun Sakaran Dandai sebagai Ketua Menteri Sabah dalam sistem pengiliran Ketua Menteri Sabah. Tun Sakaran melepaskan jawatan Ketua Menteri kepada Datuk Salleh pada Disember 1994 ekoran pelantikkannya sebagai TYT Sabah.

Salleh menjadi Ketua Menteri Sabah hanya 18 bulan sehingga Mac 1996-kerana istem pengiliirian Ketua Menteri hanya dalam tempoh 2 tahun bagi bumiputra islam-2tahun bagi bumiputera bukan islam dan 2 tahun bagi kaum cina.

Selepas memberi laluan kepada Yong Teck Lee sebagai Ketua Menteri- Salleh menjadi anggota kabinet negeri sehinggalah pada PRU-2004.

Pada PRU-2004- Salleh hanya bertanding diperingkat parlimen dan tidak mempertahankan kawasan tersebut pada PRU-2008, sebaliknya memeberi laluan kepada mantan Ketua Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Rahman Dahalan.

Selepas PRU-12, Datuk Salleh dilantik sebagai Timbalan Pengerusi perhubungan UMNO negeri selepas jawatan itu dilepaskan oleh Datuk Safie Apdal-ekoran perlantikan wakil rakyat Semporna itu sebagai Pengerusi perhubungan Umno Kedah.

Walaupun Salleh bukan lagi sebagai wakil rakyat- Salleh diberi peranan di peringkat kebangsaan sebagai Pengeerusi Kraft Tangan Malaysia dan kemudian dilantik sebagai Penasihat Sains dan teknologi kepada Ketua Menteri Sabah-Datuk Musa Aman.

Tahun 2011 adalah tahun keberuntungan Salleh- dalam tempoh kurang dua minggu memasuki tahun baru ini-Salleh mendapat dua jawatan penting- Pertama sebagai pengerusi Finas dan kedua sebagai Speaker Dewan Undangan negeri Sabah.

Nampaknya sejak tidak menjadi wakil rakyat-Salleh di lihat oleh pimpinan baik pusat mahupun negeri melihat beliau merupakan pemimpin dimana tenaga dan sumbangannya masih diperlukan.

PRU-13 akan menjelang. Melihat senario itu- OKB yakin bahawa Salleh akan diberi pernanan sekali lagi sebagai salah satu tonggak utama di Negeri Sabah untuk mengekal Sabah sebagai Simpanan tetap Barisan Nasional.

Gandingan Salleh dalam Pertubuhan USBO- Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia- antara pemimpin yang masih mempunyai tenaga dan fikiran yang belum boleh diketepikan dalam arena politik Sabah mahupun Nasional. Demi kekuatan BN- OKB yakin ke dua-dua individu berjawatan speaker itu akan diberi pernan yang jitu oleh Datuk Seri Najib berganding tangan dengan Datuk Musa Aman menerajui Sabah dalam PRU-13 akan datang.

12 January 2011

Datuk Salleh daripada Penasihat Sains dan Teknologi kepada Pengerusi FINAS serta Speaker DUN Sabah

Peranan Datuk Salleh Said telah bertukar, daripada penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah kepada Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Perlantikan Salleh sebagai pengerusi Finas yang baru telah diumumkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim pada Ahad.Perlantikan Salleh berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.

Sebelum ini Pengerusi Finas adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Datuk Mohamed Mohd Daud.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) menubuhkan Jawatankuasa Penasihat Finas bagi memberi peluang kepada persatuan perfileman memainkan peranan lebih aktif dalam pembangunan industri perfileman tempatan.

Tahun lalu Finas telah menubuhkan Jawatan Kuasa berperanan memberikan pandangan dan nasihat kepada menteri dan Ahli Perbadanan dengan membuat syor berkaitan dasar dan program bagi meningkatkan prestasi pembangunan industri filem tempatan.

Jawatankuasa itu terdiri daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan dianggotai tidak lebih daripada tujuh ahli. Tiga daripadanya terdiri daripada ahli Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim) manakala empat lagi dipilih berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kepakaran dalam bidang perfileman.

Jawatankuasa tersebut diselia oleh Finas dan ia akan bermesyuarat setiap tiga bulan sekali.

Sebelum Salleh dilantik sebagai Pengerusi FINAS, mantan Ketua Menteri Sabah itu dispekulasi bakal dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang kosong berikutan perlantikan penyandangnya Datuk Juhar Mahiruddin.

Dalam perkembangan terkini Datuk Salleh telahpun sah sebagai Speaker DUN Sabah-berikutan pengumuman Ketua Menteri Sabah-Datuk Musa Aman sebentar tadi.

11 January 2011

USBO: NGO pertama memohon ahli terus BN

United Sabah Bajau Organization (USBO) mengistiharkan bahawa pertubuhan itu merupakan NGO ppertama memohon ahli terus BN.

USBO merupakan pertubuhan yang menghimpun suku-suku daripada rumpun BAJAU yang beragama islam seperti Iranun, Sama, Suluk dan lain-lain.

Presiden pertubuhan itu adalah Datuk Salleh Tun Said, Timbalannya Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia dan Ketua Penerangannya saudara Kibin Haji Samad.

Sebenarnya USBO pada awalnya dianggotai oleh berbagai individu yang berlainan pegangan politik- hampir sama dengan Perkasa Pribumi Negara. Namun, apabila Presidennya mengumumkan permohonan pertubuhan tersebut sebagai ahli terus BN, maka ahli-ahli yang tadinya bukan penyokong BN, menjadi serba salah. Mereka ini, tiada pilihan melainkan terpaksa meninggalkan pertubuhan itu dengan berat hati.

Memang diakui pengerak utama pertubuhan tersebut adalah ahli-ahli Umno- dengan menjadi ahli terus BN-maka selain individu-individu mrnjadi ahli komponen BN, diperkuatkan lagi melalui pertubuhan yang disertai.

Pada tahun 2006- USBO pernah digeruni oleh Ketua Menteri Sabah kini-Datuk Musa Aman, sehinggakan persepsi negatif kepada pertubuhan itu terbawa-bawa sehingga diambang PRU-12 (tahun 2008). Ekoran persepsi negatif itu- para pemimpin USBO termasuk Presidennya diketepikan sebagai calon untuk mewakili BN pada PRU tersebut.

Dikeranakan para pemimpin USBO sangat setia kepada partinya yakni UMNO dan BN, walaupun diketepikan, akan tetapi mereka bertungkus lumus memastikan keemenangan semua calon-calon UMNO dan BN menang dalam PRU tersebut. Presiden USBO, Setiausaha Agungnya (ketika itu Tan Sri Pandikar)dan Datuk Amir Kahar (Bendaahari Agung) nertungkus lumus berkempen untuk membantu calon-calon BN- keputusannya BN menang besar-bagi DUN 59-1 dan Parlimen 24-1.

Selepas keputusan PRU tersebut, persepsi negatif oleh Musa Aman terhadap USBO akhirnya sirna. Kini para pemimpin USBO- Musa Aman mempunyai hubungan yang sangat rapat ibarat kuku dan isi.

Banyak yang mahu melihat apa kah hubungan yang rapat antara para pemimpin USBO (juga pemimpin Umno) dengan Musa Aman (Pengerusi perhubungan Umno-Sabah) telah memberi manafaat kepada ahli-ahli USBO? OKB-banyak terbaca melalui komen-komen di surat khabar (komen pembaca) mahupun komen-komen di blog-blog ataupun facebook- ada yang meragui kerjasama itu. Malah ada yang melontarkan komen yang negatif terhadap para pemimpin USBO- kononnya para pemimpin itu begitu lantang terhadap kepimpinan negeri pada awal penubuhannya, namun apabila diberi peranan dalam kerajaan-akhirnya suara-suara keras itu kini telah hilang dan padam?

Namun persoalan selanjutnya-apa kah kemasukkan USBO menjadi ahli terus BN akan memperkuat pertubuhan itu? atau kah akan timbul bibit-bibit ketidak puashatian-sehinggakan simpatisan USBO akan bertukar arah?

Dalam politik biasanya yang banyak bercakap adalah persepsi-OKB berharap persepsi positif lah yang akan bertapak disebalik permohhonan USBO sebagai ahli terus BN.

10 January 2011

Apa yang rakyat Kota Belud mahu?

Apa yang rakyat Kota Belud mahu? Pertanyaan mudah-namun banyak jawapan. Apa yan OKB maksudkan adalah kemahuan rakyat merdeka.

Rakyat yang merdeka-sudah tentu mahukan keamanan, sumber pendapatan yang dapat dijangkau, kemudahan pendidikan, kemudahan perhubungan, kemudahan infrastruktur seperti bekalan litrik, serta bekalan air bersih.

Bagi kawasan pekan-sudah lama kemudahan yang disebutkan di atas telah menjama rakyat-namun bagi sebahagian besar rakyat terutama di perkampungan-hanya sebahagian sahaja yang menikmatinya, malah masih ada rakyat yang belum mengecap kemundahan bekalan litrik apatah lagi bekalan air bersih.

Untuk menghadirkan rakyat yang sihat-sudah tentu keperluan asas terutama air minum adalah sangat penting.

Tiada yang boleh menafikan-sehingga kini sebahagian besar penduduk daerah Kota Belud, masih mengkonsumi air yang tidak terawat aka air bawah tanah yang ditarik. Kandungan mineral yang tidak diketahui itu-telah menjadi santapan para penduduk sejak merdeka lagi.

Jadi jangan hairan dan pelik, sebahagian besar rakyat yang berumur menjangkau 50 tahun sudah ramai yang tidak bergigi, mengalami penyakit barah perut dan kerosakan buah pinggang. Memang data untuk itu-tiada, kerana penduduk kampung hanya akan ke hospital-jika malaikal maut hampir menjemput.

OKB kehilangan anggota keluarga yang sungguh ramai kerana penyakit hati- samada heptitas B atau A. Kita tahu-penyakit hati disebabkan oleh makanan yang kotor dan konsumsi berlebihan mineral yang tidak diperlukan oleh tubuh.

Rakyat Kota Belud-merupakan kawasan yang mesra kerajaan sejak dahulu kala-namun kemesaraan itu belum berbalas sepertimana mestinya.

Menjelang PRU-13 akan datang-rakyat Kota Belud masih dianggap sebagai mesra kerajaan- dan boleh lah dianggap sebagai SIMPANAN TETAP KERAJAAN BN. Tiga kawasan dewan undangan negeri pasti akan dimenangi BN, demikian juga kawasan Parlimen.

Wakil rakyat satu penggal Kota Belud-Datuk Rahman Dahlan-anak muda daripada Tuaran-jiran Kota Belud- nampaknya telah berusaha membawa pembangunan untuk daerah ini-terutama dalam misinya mengatasi bekalan air bersih. Walaupun Rahman tidak mempunyai jawatan dalam kerajaan-namun pendekatannya di peringkat persekutuan dan hubungannya dengan Ketua Menteri Sabah-Datuk Musa Aman, memungkinkan projek penyediaan air bersih berkos berjuta-juta ringgit mampu di bawa ke kawasan Kota Belud.

Demikian juga penjelmaan Kota Belud sebagai kawasan Jelapang Padi dan Agripolitan- berjaya dilaksanakan melalui usaha wakil rakyat Tempasuk Datuk Musbah Jamli.

Nampaknya para pemimpin muda yang diberi laluan oleh para pemimpin terdahulu-berjaya membawa misi keinginan rakyat.

Nampaknya kestabilan politik yang dimainkan oleh Ketua Umno Bahagian Kota Belud- Datuk Salleh membawa kepada pembangunan yang rancak di Kota Belud.

Datuk Salleh sebagai Ketua Bahagian UMNO menjaga kekuatan parti di peringkat Kota Belud, sementara itu para wakil rakyat menjaga keinginan dan pembangunan rakyat.

Keadaan ini lah yang seharusnya terus dipupuk-agar slogan Rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan bukan merupakan retorik.

7 January 2011

Mana yang anda pilih? Politik pembangunan atau politik retorik?

RAKYAT yang dianggap pengundi mempunyai banyak pilihan untuk memilih calon pemimpin yang layak menjadi wakil rakyat di kawasannya. Pada dasarnya, di negara kita antara faktur yang sering menjadi pertimbangan rakyat ialah calon itu perlu mewakilli parti yang disokong dan diminati di mana mereka menjadi ahli.

Mereka itu pasti mengundi parti yang disokong tidak kira siapa calon dan latarbelakang bangsa. Yang menjadi pertimbangan, calon yang dipilih perlu mewakilli parti atau pakatan parti yang sudah direstui pemimpin tertinggi.

Sokongan tanpa berbelah bagi harus diberikan seratus peratus walaupun kadangkala calon itu tidak dikenali penduduk setempat atau bukan pemimpin yang disegani.

Kedua, calon yang dipilih berdasarkan berkebolehan, jasa dan ketokohan calon yang bertanding tidak kira parti. Ini bermaksud calon itu sudah dikenal rakyat setempat dan mempunyai rekod perjuangan terpuji yang dikenali rakyat tempatan. Beliau mungkin dari parti pemerintah, pembangkang atau tidak mewakilli parti tertentu.

Ketiga, pengundi boleh membuat keputusan di saat-saat akhir berdasarkan pertimbangan dan perkiraan akhir mereka sendiri. Pengundi seperti ini digelar pengundi atas pagar yang belum memilih parti yang patut disokong walaupun sudah ada pilihan sendiri. Namun, mereka juga boleh bertukar fikiran, mengundi berdasarkan insiden dan peristiwa di saat-saat akhir seperti janji-janji manis pembangunan yang ditabur termasuk imbuhan lumayan yang bakal diterima jika mereka menyokong parti-parti tertentu.

Di negara ini kelompok pengundi pertama lebih ramai. Mereka mengundi berdasarkan parti yang disokong dan agenda perjuangan parti yang sudah difahami. Ahli-ahli PAS, PKR dan DAP tetap menyokong parti mereka yang bertanding atas tikit Pakatan Rakyat (Pakatan) kerana yakin mempunyai agenda sama yang boleh mendorong mereka ke Putrajaya sekaligus membentuk kerajaan baru – walaupun ideologi di antara mereka jelas berbeza dan tidak sehaluan.

Bagi parti Barisan Nasional (BN) yang sudah lama membentuk kerajaan, pesepakatan mereka lebih mudah kerana sejarah warisan tradisi yang sudah lama, kesefahaman yang ketara dan kepercayaan mendalam antara satu dengan lain. Pemimpin Umno, MCA, MIC, Gerakan dan berbagai lagi parti komponen lain bersedia bertanding di kawasan yang ditentukan - tidak kira kawasan undi - berdasarkan kesefahaman dan kesepakatan yang terbentuk lama sejak 50 tahun lalu.

Persefahaman mereka kadangkala dilihat tidak adil oleh kaum majoriti yang mempunyai jumlah pengundi yang lebih ramai, namun ia difahami dan terpaksa dilaksanakan berdasarkan kesepakatan yang sudah lama dipersetujui antara pemimpin dalam BN.

Berbeza dinegara maju, trend pengundi di sana lebih condong kepada kebolehan, ketokohan calon dan politik serta agenda pembangunan yang dibawa. Calon yang diyakinni boleh mengeluarkan negara dari kemelesetan ekonomi, membetulkan dasar luar yang salah, memberi peluang pekerjaan yang banyak dan memperkenal dasar sosial serta kesihatan yang adil boleh memenangi hati pengundi sekaligus memenangi pilihanraya. Rakyat di sana lebih bijak memilih calon dan faham parti mana yang harus di beri kemenangan undi berdasarkan agenda pembangunan dan kesejahtraan rakyat yang bakal dibawa parti-parti yang bertanding.

Kemenangan besar calon Demokrat, Barack Obama dalam pilihanraya Amerika lalu menewaskan calon Republikan bersandarkan alasan-alasan yang diberikan itu. Rakyat Amerika sudah menghukum kegagalan kerajaan dasar parti Repubilkan di bawah bekas presiden, Gerorge Bush yang dikatakan lebih mementingan agenda diri dan partinya lebih kepada agenda kepentingan umum rakyat.

Di negara ini, kekalahan mengejut BN dalam OPRU ke-12 lalu berpunca dari kelemahan perdana menteri ketika itu yang melibatkan campurtangan menantu yang tidak terkawal, rasuah berleluasa, kronism di kalanagan pemimpin termasuk kritikan keras bekas perdana menteri yang berterusan di samping kemunculan kuasa Pakatan sehingga membawa kepada pengunduran PM Abdullah sebagai perdana menteri.

Kemenangan Pakatan menguasai 5 negeri (kini tinggal 4 setelah Perak diambil semula BN) dalam tsunami politik PRU 12 lalu membuka lembaran baru tentang kemerosotan teruk pengaruh BN di kalangan rakyat di banyak negeri tanpa disangka dan kebangkitan luarbiasa suara rakyat yang memihak part-parti dalam Pakatan seperti PKR, DAP dan PAS.

Rakyat ketika itu mengundi Pakatan kerana dasar perjuangan yang dipercayai boleh merealisasikan agenda perjuangan rakyat terbanyak tidak kira kaum yang gagal dilaksanakan kerajaan BN.

Di Pulau Pinang, undi populasi kaum majoriti Cina yang mendominasi pulau itu memiihak DAP kerana yakin pemimpin DAP boleh merealisasikan agenda membela kepentingan kaum mereka yang selama ini dinafikan kerajaan BN.

Di Kelantan dan Kedah, pengundi Melayu memihak PAS kerana pimpinan Melayu Umno ketika itu mementingan agenda perut sendiri; terlibat rasuah, gagal membela tuntutan rakyat misikin dan menjaga kroni masing-masing sehingga membelakangkan kepentingan membela rakyat bawahan.

Kehadiran Datuk Seri Najib menggantikan Tun Abdullah Badawi sebagai perdana menteri pada awalnya dilihat tidak membawa kesan ketara kepada BN dan rakyat. Namun, setelah beliau memperkenalkan secara agresif gagasan 1Malaysianya di mana rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan, penerimaan rakyat terutama orang Melayu dan India nampak beralih arah kepada BN. Ini dibuktikan dengan kemenangan ramai calon BN dalam pilihanraya kecil yang diadakan termasuk terbaharu di Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Salah satu sebab besar kekalahan calon PAS di Galas - selain faktur Ku Li - dikatakan berpunca dari perubahan pendirian pengundi tidak kira kaum kerana dasar pembangunan rakyat yang dijanjikan pemimpin BN. Pengundi di situ memihak BN kerana parti itu menjanjikan banyak projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat yang memang dahagakan peluang pekerjaan, pembukaan bangunaan dan kilang, kemudahan sekolah dan sukan, kesejahteraan sosial mereka yang selama gagal dilaksanakan kerajaan negeri.

Kemenanagan berganda calon BN di Batu Sapi berpunca undi kaum Cina yang memihak dasar BN yang tidak dijangka selain sokongan berterusan undi orang Melayu Islam yang menerima gagasan 1Malaysia Najib. Kemenangan itu juga berdasarkan rekod kecemerlangan pembangunan ekonomi dan rakyat di kawasan itu yang sudah dilakukan oleh mendiang suami calon yang bertanding.

Pemimpin Pakatan harus sedar, rakyat semakin hari semakin bijak menilai kehendak dan keperluan mereka dalam landskap politik negara ini yang lebih mengutamakan agenda pembangunan ekonomi dan hidup mereka lebih dari ceramah-ceramah, retorik politik dan janji-janji manis yang tidak ditunaikan. Akhrinya rakyat harus memikirkan keperluan perut dan ekonomi keluarga mereka lebih dari ceramah dan cakap-cakap politik yang sedap didengar tetapi tidak membantu pendapatan hidup mereka dan keluarga.

Sepatutnya pemimpin PAS meneruskan agenda negara Islam dan menegakkan hukum Islam dan pada waktu sama melaksanakan program ekonomi yang boleh memberi pekerjaan dan pendapatan kepada ahli dan penyokongnya. Pemimpin PAS seharusnya melaksanakan agenda ekonomi dan sosial seperti gagasan 1Malaysia Najib, tetapi dalam bentuk lain yang lebih kemas dan mudah bertujuan memberi kesejahteraan ekonomi kepada rakyat terutama gulungan bawahan. Banyak boleh dibuat jika ada kesungguhan, kesatuan dan kesefahaman di kalangan pemimpin PKR dan DAP demi kebaikan hidup rakyat terbanyak tidak kira kaum sekaligus memberi kelebihan kepada mereka untuk meraih undi dari mereka dalam PRU ke-13 akan datang.

Ringkasnya, keperluan rakyat harus didahulu dan ditangani dalam pelbagai bentuk projek atau program ekonomi bukan perbalahan sesama sendiri dan retorik politik yang tidak menguntungkan rakyat. Rakyat memerlukan pembangunan program ekonomi dan pelan kejahteraan hidup untuk semua, bukan membela tuntutan sesuatu kaum saja seperti yang sudah berlaku atau mempertikai soal-soal sensitif dan semangat Perlembagaan yang sudah termaktub.

Rakyat juga tidak perlu disogokan dengan cerita kecelaruan dan kepincangan berterusan dalam parti tertentu yang menyebabkan agenda perjuangan Pakatan terpesong dari matlamat sebenar membela rakyat bukan individu tertentu. Rumahtangga parti yang bergolak dan tidak aman menjejas imej Pakatan dan menjadi perhatian rakyat termasuk penyokong sendiri tentang kemampuan pemimpin mereka menyelesaikan masalah dalaman sendiri secara adil dan berkesan!

Rakyat seharusnya diberikan jaminan bahawa perjuangan para pemimpin bukan retorik, akan tetapi perjuangan berasaskan poltik pembangunan.

Untuk itu- bagi para pemimpin yang masih mempunyai jiwa retorik- hapuskanlah jiwa itu-terjemahkan lah pemimpinan anda kepada politik pembangunan demi rakyat. Jangan asyik dengan cerita seribu bahasa-bahawa Pembangunan akan hanya boleh dibawah hanya KALAU ADA KUASA ERTINYA WAJIB ADA KEDUDUKKAN TERLEBIH DAHULU untuk diri sendiri- maka pada masa itu lah PEMBANGUNAN BOLEH DI BAWA KE KAWASAN SENDIRI.

Kepada pemimpin yang bersifat demikian- cara itu telah lapok- kerana dalam masa-masa tertentu- hanya seorang sahaja yang boleh memegang jawatan Ketua Menteri- Jika Jawatan Ketua Menteri adalah menjadi matalamat akhir-untuk membantu rakyat- Nampaknya Daerah Kota Belud- Perlu menunggu masa yang panjang lagi untuk maju.

2 January 2011

"Pemimpin Agung" Bumiputera Islam

Kononnya sang pemimpin itu mahukan dirinya diiktiraf sebagai "Pemimpin Agung" bumiputera islam, sepertimana gelaran "Huguan Siau" kepada Presiden KDCA Tan Sri Pairin Kitingan.

Memang diakui kepimpinan sang pemimpin itu telah diwarisi-demikian juga peluangnya dari semua aspek merupakan warisan. Kita bukan cemburu pada itu semua, kerana sang pemimpin itu memang telah dianugerahkan "kekananan" dalam memperolehi peluang.

Siapapun yang mempunyai kekananan dalam mendapatkan peluang-maka si pulan itulah yang berpeluang.

Tahun 80-an apabila belum ramai graduan-maka sesiapa sahaja yang mendapat ijajah daripada universiti-pasti mendapat pekerjaan yang setimpal dengan kelayakkannya, kerana kekananannya.

Kekananan mendapatkan peluang itulah menjadikan sang pemimpin itu terasa hebat!-Hebat dalam perkara apa! Tidak lain dan tidak bukan Harta dan kekayaan.

Dalam sitausi membangun-siapa yang kuat dia lah yang akan menang. Demikan juga dalam penguasaan persenjataan- Amerika merupakan POWER HOUSE kerana senjata canggihnya-dalam apa sahaja pergelutan-Amerika akan muncul pemenang.

Demikian juga apabila bersaing untuk merebut "power" selain senjata-harta dan wang ringgit juga merupakan senjata ampuh.

Dalam Umno misalnya-ramai pemimpin Umno diambil tindakan disiplin-kerana dikatakan "pengamal" politik wang.

Politik Kota Belud misalnya- kita-kita saja- tahu sama tahu saja lah- bagi merebut jawatan- pasti kuasa kepala raja biasanya berbicara.

Sesiapa yang mempunyai kepala raja bertimbun- maka akan muncul sebagai pemenang. Namun, dalam tulisan OKB kali ini- inti persoalnya bukan kepada cara untuk menang-namun kali ini OKB mengupas bagaimana-Peluang yang diperolehi akibat kekananan itu digunakan untuk MENCIPTA POWER DAN STATUS.

Dalam perjalanan mencipta power dan status itu-apakah telah terancang atau memang kebetulan- rakyat yang diwakilinya sangat sukar untuk mengubah kedudukan kehidupan. Cuba tanya di kampung-kampung, siapa kah pemilik tanah terluas! Memang benar-tanah-tanah itu bukan atas nama sang pemimpin itu- kerana apa- tanah-tanah itu telah digadai dan dijual tanpa proses jual beli yang biasa-kebanyakkannya menggunakan PA-Jadi terlalu sukar untuk membuktikan bahawa sang pemimpin itu mempunyai tanah yang sangat luas.

Di sini lah timbulnya persoalan? Sepatutnya sang pemimpin yang "konon" mewakili rakyat untuk mengangkat martabat rakyat yang diwakilinya dari semua aspek-namun kenyataannya-rakyat yang diwakili itu hingga kini masih teraba-teraba.

Tanah sekengkang kera telah bertukar tangan-kalaupun tidak bertukar tangan-cuba tanya diri sendiri sawah seluas 2 ekar berapa sahaja hasil tuaian padinya. Sampai bila-bilapun taraf pemilik tanah itu tidak akan berubah apatah lagi menyaingi kekayaan "sang Pemimpin".

Memang hak sang pemimpin itu dalam sistem demokrasi untuk menjadi Pemimpin Agung- Pemimimpin Agung komuniti bumiputera islam- Visi untuk mendapatkan status itu memang terbuka luas-kerana TARAF pemimpin ITU mempunyai kapasiti dari semua aspek.

Bagi para peniaga-Status tertinggi mereka adalah harta dan wang ringgit, namun bagi sang politkus- Status tertinggi adalah Kuasa dan kedudukkan. Bagi sang politikus-harta dan wang ringgit bukan merupakan kepuasan-Kuasa dan kedudukkan lah merupakan visi utama.

Bagi Sang pemimpin yang mempunyai harta dan wang ringgit, maka harta dan wang ringgit itu lah boleh dipergunakan untuk mendapatkan Kuasa dan kedudukkan. Jika dalam istilah kewangan-Money looking for money-tetapi dalam politik-money looking for power and status.

Bagi OKB selagi nawaitu sang pemimpin itu berpaksi pada nafsu dan kebanggaan diri-necaya-semua itu usaha itu akan terbantut dalam masa pra-matang.Fikir-fikirkan lah--

Nota: tulisan ini hanya rekaan-bukan ditujukan kepada sesiapa yang merasa dirinya pemimpin-yang kebetulan OKB kenal.

1 January 2011

Jawatan baru Datuk Salleh Said Keruak

UMNO mahu berubah, demikian janji Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sebaik sahaja dilantik sebagai presiden parti melayu terbesar itu.

Selepas sahaja persidangan Umno Oktober lalu, Datuk Najib menzahirkan akan merombak kepimpinan Umno untuk proses pemantapan.

Minggu lepas melalui Setiausaha agong parti-Tengku Adnan Tengku Mansor, telah mengumumkan perlantikan Pengerusi perhubungan Umno negeri berserta timbalannya.

Sepertimana yang diramal- Kedah mendapat Pengerusi dan Timbalan baru, Pulau Pinang juga demikian, Terengganu juga sama, kecuali Perlis-yang meramalkan tokoh baru menjadi Timbalan Pengerusi- Namun Datuk Shaidan Kasim-Mantan Pengerusi dan Menteri Besar Perlis telah dilantik pula ke jawatan itu.

Di Sabah juga telah bertiup angin sebelum pengumuman itu- Sabah kononnya akan mendapat Pengerusi dan Timbalan Pengerusi-namun akibat PRK Batu Sapi- maka rancangan itu terbatal dengan sendirinya.

Khusus untuk Sabah- maka status quo akan terus berjalan-di mana pada masa ini Pengerusi Perhubungan Umno negeri adalah Datuk Musa Aman dan Timbalannya adalah Mantan Ketua Menteri-mantan pengerusi Perhubungan Umno Negeri- Datuk Salleh Said Keruak (Kedudukan Datuk Salleh ada lah serupa dengan kedudukkan Datuk Shaidan Kasim).

Di Sabah kini isu berputar lagi-ekoran kosongnya jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah-kerana penjawatnya Datuk Juhar Mahiruddin dengan rasminya dilantik sebagai TYT Sabah ke-10 hari ini 1 Januari 2011.

Desas desus dan cerita kedai kopi yang biasa mewarani politik Sabah- yang biasanya mempunyai ramalan-ramalan tepat kali ini meramalkan bahawa Mantan Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Bahagian Umno Kota Belud-merangkap penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah akan mengisi jawatan yang ditinggalkan oleh Datuk Juhar tersebut.

Para pengamat politik mengandaikan ini semua disebabkan pengalaman, kewibawaan, trek rekod serta keupayaan Datuk Salleh adalah yang paling sesuai untuk dilantik sebagai Speaker Dewan undangan Negeri Sabah.Jawatan Speaker mempunyai kedudukan eksekutif kedua tertinggi selepas Ketua Menteri Sabah.

Persiden USBO itu itu sebenarnya tidak memerlukan jawatan dalam meneruskan sumbangannya kepada rakyat-kerana sejak beliau tidak berjawatan dalam kabinetpun atau wakil rakyat- komitmennya terhadap rakyat yang memerlukan perhatiannya serta bantuannya- hingga kini senantiasa diambil berat oleh mantan Ketua Menteri Sabah dari Desember 1994 hingga Mei 1996 tersebut.

Ramai yang mengatakan bahawa untuk menghargai sumbangan mantan Ketua Menteri Sabah kepada rakyat negeri ini khasnya dan negara amnya adalah wajar Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri itu dilantik ke jawatan Speaker DUN Sabah.

30 December 2010

400 ekar Tanah di Kg Kulambai Dundau akan dibuka:Japlin

Seluas 400 ekar tanah yang sesuai untuk penanaman padi akan di buka di Kg kulambai Dundau dalam kwasan DUN Usukan.

Pembantu Menteri Pembangunan dan Infrastrukur Negeri Datuk Japlin Haji Akim berkata, keluasan itu adalah tambahan kepada 600 ekar yang sedang diusahakan sekarang.

Menurut Japlin, jika keluasan tersebut terealisasi, maka kg Kulambai Dundau akan menjelama antara pengeluar beras di Daerah kota Belud.

Daerah Kota Belud telah terkenal dengan pengeluaran padi sedia dahulu kala, namun masalah pengairan dan penanam padi telah membantutkan keluaran padi daerah itu.

Usaha Kementerian Pertanian Persekutuan (MOA) memberi projek yang berkos 1bilion di Kota Belud, akan merealisasikan daerah ini menjadi Jelapang Padi untuk Negeri Sabah.

29 December 2010

Speaker DUN Sabah- Mungkin Datuk Salleh Tun Said?

Ramai pengamat politik mengatakan bahawa jawatan Speaker DUN Sabah yang kosong bermula pada 1 Januari 2011 berikutan perlantikan Speaker DUN itu Datuk Juhar Mahiruddin sebagai TYT Sabah yang ke-10; kemungkinan disisi oleh mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Salleh Tun Said.

Jawatan Speaker mempunyai kedudukan Eksekutif ke dua tertinggi diperingkat negeri selepas Ketua Menteri.

Tidak salah bagi Datuk Salleh dilantik sebagai Speaker, kerana mantan Ketua Menteri itu mempunyai kelayakan dan pengalaman.

Pun demikian, melalui pelantikan itu, tidak bermakna kerjaya Salleh dalam politik berakhir. Beliau masih merupakan Ketua Bahagian Umno Kota Belud dan masih Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri. Tidak ada kemestian, bahawa jika dilantik sebagai Speaker, maka perlu melepaskan jawatan politik. Suatu masa dahulu, Speaker Dewan Rakyat adalah Tan Sri Ngah Talib-Beliau pada masa itu adalah wakil rakyat Pasir Salak-Perak dan merupakan ketua Bahagian Umno.

Walaupun, OKB hanya menulis berasaskan cakap-cakap para pengamat politik negeri, kepastian mengenainya adalah terserah kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Musa Aman dan Perdana menteri-Datuk Sri Najib Razak.

Apapun sama-sama kita tunggu siapa yang bakal dilantik sebagai Speaker DUN Sabah. DUN Sabah, hanya akan bersidang pada April 2011.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels