1 January 2011

Jawatan baru Datuk Salleh Said Keruak

UMNO mahu berubah, demikian janji Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sebaik sahaja dilantik sebagai presiden parti melayu terbesar itu.

Selepas sahaja persidangan Umno Oktober lalu, Datuk Najib menzahirkan akan merombak kepimpinan Umno untuk proses pemantapan.

Minggu lepas melalui Setiausaha agong parti-Tengku Adnan Tengku Mansor, telah mengumumkan perlantikan Pengerusi perhubungan Umno negeri berserta timbalannya.

Sepertimana yang diramal- Kedah mendapat Pengerusi dan Timbalan baru, Pulau Pinang juga demikian, Terengganu juga sama, kecuali Perlis-yang meramalkan tokoh baru menjadi Timbalan Pengerusi- Namun Datuk Shaidan Kasim-Mantan Pengerusi dan Menteri Besar Perlis telah dilantik pula ke jawatan itu.

Di Sabah juga telah bertiup angin sebelum pengumuman itu- Sabah kononnya akan mendapat Pengerusi dan Timbalan Pengerusi-namun akibat PRK Batu Sapi- maka rancangan itu terbatal dengan sendirinya.

Khusus untuk Sabah- maka status quo akan terus berjalan-di mana pada masa ini Pengerusi Perhubungan Umno negeri adalah Datuk Musa Aman dan Timbalannya adalah Mantan Ketua Menteri-mantan pengerusi Perhubungan Umno Negeri- Datuk Salleh Said Keruak (Kedudukan Datuk Salleh ada lah serupa dengan kedudukkan Datuk Shaidan Kasim).

Di Sabah kini isu berputar lagi-ekoran kosongnya jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah-kerana penjawatnya Datuk Juhar Mahiruddin dengan rasminya dilantik sebagai TYT Sabah ke-10 hari ini 1 Januari 2011.

Desas desus dan cerita kedai kopi yang biasa mewarani politik Sabah- yang biasanya mempunyai ramalan-ramalan tepat kali ini meramalkan bahawa Mantan Ketua Menteri Sabah yang juga Ketua Bahagian Umno Kota Belud-merangkap penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah akan mengisi jawatan yang ditinggalkan oleh Datuk Juhar tersebut.

Para pengamat politik mengandaikan ini semua disebabkan pengalaman, kewibawaan, trek rekod serta keupayaan Datuk Salleh adalah yang paling sesuai untuk dilantik sebagai Speaker Dewan undangan Negeri Sabah.Jawatan Speaker mempunyai kedudukan eksekutif kedua tertinggi selepas Ketua Menteri Sabah.

Persiden USBO itu itu sebenarnya tidak memerlukan jawatan dalam meneruskan sumbangannya kepada rakyat-kerana sejak beliau tidak berjawatan dalam kabinetpun atau wakil rakyat- komitmennya terhadap rakyat yang memerlukan perhatiannya serta bantuannya- hingga kini senantiasa diambil berat oleh mantan Ketua Menteri Sabah dari Desember 1994 hingga Mei 1996 tersebut.

Ramai yang mengatakan bahawa untuk menghargai sumbangan mantan Ketua Menteri Sabah kepada rakyat negeri ini khasnya dan negara amnya adalah wajar Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri itu dilantik ke jawatan Speaker DUN Sabah.

8 comments:

zam said...

prestasi dan keupayaan Datuk Salleh mungkin menjadi sebab utama beliau dikekalkan sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri.

Anonymous said...

jika dilihat Datuk Salleh mmg sesuai menjawat jawatan speaker DUN Sabah kerana pengalamannya yang luas.

zam said...

semua pun tidak tahu siapa yang bakal dilantik sebagai Speaker Dewan undangan Negeri Sabah yang baru. tunggu dan lihat sajalah.

Anonymous said...

Lets just hope that the most suitable candidate will be chosen

mandau said...

kita lihat sahaja nnti samada benar atau tidak Datuk Salleh akan menjadi Speaker DUN Sabah.

Anonymous said...

sebelum ini ramai yang membuat ramalan berkenaan dengan jawatan TYT tapi ternyata semuanya meleset. jadi biarlah masa yang akan memberitahu kita siapa calon yang akan mengambil alih jawatan Speaker DUN Sabah.. mungkin setakat ini yang paling hampir dengan jawatan itu adalah Datuk Salleh...

Hosie Masie said...

Memang sesuai sangat jika Datuk Salleh yang mengantikan dewan Speaker yang ditinggalkan oleh Datuk Juhar yang telah dilantik sebagai TYT baru Sabah.

Hosie Masie said...

Memang jika Datuk Salleh menjadi speaker baru DUN Sabah itu tidak menjadi masalah, kerana beliau yang mempunyai banyak pengalaman dan kewibawaan beliau lagi memang sangat layak untuk menjadi speaker DUN Sabah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels