28 June 2010

Cabaran Kepada Pemuda Umno Kota Belud

SEMALAM semasa merasmikan persidangan pemuda Umno Kota Belud, Ketua Bahagian merangkap Penasihat Sains dan Teknologi kepada Ketua Menteri Sabah DSP Salleh Tun Said telah menggariskan 2 faktor utama yang perlu digenggam oleh pemuda demi mendapatkan sokongan berterusan terhadap parti yakni menanamkan keyakinan dan kesetian terhadap parti baik daripada ahli-ahli Umno ataupun sebaliknya.

Untuk mencapai sasaran itu pemuda perlu mengikis sifat-sfat ego, berlagak, sombong dan bongkak dan seterusnya menukar elemen negatif itu kepada sifat-sifat berbudi,mesra serta prihatin.

Elemen-elemen yang disebutkan oleh SSK itu jika dihayati merupakan halatuju perjuangan parti agar supaya parti terus releven sepanjang hayat. jika tidak, maka akar umbi akan menghukum bukan sahaja pemuda akan tetapi semua pimpinan parti.

Ahli yang setia adalah ahli yang yakin dengan perjuangan parti, sebaliknya ahli yang tidak setia tetapi berpura-pura setia adalah ahli yang bersifat musiman, dan akan berubah arah jika parti tidak dapat memberikan kehendak-kehendak atau keinginan-keinginan yang bersifat pribadi.

PRU-12 telah mengajar kita, bahawa ada calon-calon UMNO yang ditolak rakyat. Penyebab kepada penolakkan itu, adalah elemen negatif yang ada pada segelintir pemimpin parti.

Jangan biarkan elemen negatif ini membelengu parti, kerana kita perlu ingat akibat nila setitik maka susu sebelanga rosak binasa.

12 comments:

supra said...

Ahli2 UMNO seharusnya setia kepada parti, perjuangan parti dan rakyt perlu diutamakan.

Jacinta said...

Saya bersependapat dengan Salleh. Untuk mendapat sokongan rakyat, pemuda umno haruslah mempunyai sifat2x yang mempunyai elemen positif seperti berbudi, mesra serta prihatin. Sifat2x yang negatif hanya akan memberi tanggapan negatif kepada rakyat bahawa ahli2x UMNO tidak ikhlas untuk membantu rakyat dan ini akan menyebabkan rakyat tidak menyokong UMNO.

Paquin said...

Dengar tu wahai pemuda umno. Dengar nasihat tu dan buat apa yg patut bagi memastikan rakyat nampak keihklasan pemuda umno :)

Paquin said...

So all the best ya :)

jack said...

ahli2 Umno haruslah mempunyai ciri2 positif dengan nilai murni yang tinggi seperti rendah hati, prihatin, disiplin dan lain2..kepentingan rakyat yang diwakili harus menjadi keutamaan mereka...sifat2 negatif seperti sombong, tinggi diri seta pentingkan diri sendiri harus dikikis...

2718 said...

setakat nasihat masih belum dapat melahirkan ahli2 umno yang berdisiplin dan berjiwa rakyat. pemimpin atasan perlu sentiasa memantau pergerakan dan perkembangan ahli2nya agar melaksanakan tanggungjawab dengan jujur dan ikhlas. mana2 ahli yang tidak menunjukkan prestasi yang baik atau sering menimbulkan masalah perlu dikenakan tindakan.

2718 said...

perlu diingat, rakyat yang menentang bukan disebabkan kerajaan tetapi oleh pemimpin2 yang gagal melaksanakan tanggungjawab, mengabaikan hak dan nasib rakyat serta tidak jujur..

toM said...

perkara negative haruslah dibuang dari diri kita ini. jangan biarkan ia berada dalam diri kita. ambil perkara positive untuk kita jadikan kekuatan untuk rakyat. biar rakyat yakin dengan orang yang memimpin mereka.

uranglama said...

ahli2 UMNO hendaklah bersatu untuk memperjuangkan kepentingan rakyat. jika mereka berpecah belah, maka akan lemah parti tersebut. nilai positif perlu disimpan dalam diri setiap ahli

boY said...

betul, kita haruslah bersatu hati. jangan kerana 1 orang nanti, semua yang buruk namanya. jadi ahli UMNO jangan mudah putus asa. percaya dengan parti sendiri boleh berdiri kukuh.

samanda said...

dengan bersatulah kita akan menjadi kuat.

jack said...

"Jangan biarkan elemen negatif ini membelengu parti, kerana kita perlu ingat akibat nila setitik maka susu sebelanga rosak binasa."

maka, Umno harus terus kukuh dan membuang segala elemen negatif tersebut..dengan ini, rakyat akan terus menyokong Umno...

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels