18 June 2010

PRU-13: Jika BN Sabah Salah Letak Calon; Akibatnya Parah

Ada yang mencongak-congak bahawa jika pada PRU-13 akan datang jika ADUN-ADUN yang tidak disukai rakyat diletakkan semula, kemnugkinan pengundi tegar BN akan melakukan protes.

Protes pengundi-pengundi tegar BN itu telah mula kenampakan semasa PRU-12.

UMNO jangan terlalu yakin dengan 32 kerusi di mana terdapat pengundi tegar parti itu, kesilpan sedikit akan mengundang padah.

28 kerusi yang dikuasai pengundi bukan islam termasuk kawasan cina, berasaskan perkembangan semasa kawasan-kawasan ini tidak selamat bagi BN.

Alasan mereka, hak Sabah semakin terhakis di bawah pemerintahan Umno.

Jika semasa pra-kemerdekaan Sabah dan Sarawak dikategorikan sebagai negara, kini hak-hak itu dikategorikan sebagai salah satu negeri di bawah persekutuan. Pada pra-kemerdekaan, status Sabah dan Sarawak adalah sama dengan Malaya, kini status itu tiada lagi, apatak lagi dengan konsep 1Malaysia. Melalui konsep 1Malaysia status Sabah dan Sarawak adalah sama dengan negeri-negeri di Malaya.

Jika mengimbas kenapa Sabah dan Sarawak dipelawa menjadi federasi pada tahun 1963 adalah agar Sabah dan Sarawak menjadi negara maju seperti Malaya, namun setelah 47 tahun menyertai Sabah dan Sarawak masih ketinggalan begitu jauh. Kalau bukan kerana PRU-12 di mana di Semenanjung, BN kecundang, Sabah dan Sarawak tidak akan menjadi perhatian.

Bagi penduduk Sabah dan Sarawak, walaupun perhatian pihak persekutuan sudah terlambat, namun demi kesetian kepada negara, maka rakyat masih menyokong konsep penggabungan itu.

Namun, walaupun PRU-12 telah berlalu lebih 2 tahun, kerancakan pembangunan bagi 2 negeri ini masih terlalu perlahan. Kalaupun ada projek-projek pembangunan yang berjalan di dua negeri itu, namun projek-projek adalah kepunyaan kontraktor yang berasal daripada Semenanjung dan projek-projek itu tidak pun menyumbang kepada penyediaan peluang pekerjaan. Peluang yang ada hanya bertaraf buruh, sudah tentunya diisi oleh PTI.

Bayangkan untuk mendapat projek pembangunan bagi negeri Sabah misalnya, terpaksa berurusan dengan pihak-pihak tertentu di Putrajaya. Sudah lah karenah birokrasi di peringkat negeri begitu tebal, ditambah lagi dengan birokrasi yang di atur di tanah seberang.

Untuk membangun negeri, bayangkan orang Sabah terpaksa mengemis. Sabah dan Sarawak kaya dengan sumber alam. Ada minyak, ada arang batu, penyumbangkan kepada eksport negara terutama hasil minyak kelapa sawit, koko, kayu dan lada sumber laut dan sebagainya, pun demikian Sabah dan Sarawak masih ketinggalan dalam semua perkara.

OKB sungguh sedih dengan semua ini, OKB berharap jangan pula majoriti pengundi dua negeri ini tumpang sedih, sehingga mereka menolak kerajaan BN.

Sarawak beruntung kerana ada Ketua Menteri pribumi, tetapi Sabah? Seharusnya Sabah diberi peluang ditadbir urus oleh pribumi agar naluri membangun anak watan terus membara. Benar, Sabah pernah diurus oleh pribumi. Semasa PBS, kerana politik sempit, maka yang dimajukan hanya kaum pribumi bukan islam. Zaman Usno, kerana kepimpinan yang belum ke depan. Zaman BN, kerana konsep bergilir-gilir, maka keupayaan pemimpin pribumi belum kenampakan.

Cuba beri contoh, mana ada sesuatu perniagaan itu boleh maju dalam sekelip mata?. Tanam kelapa sawitpun perlu 4 tahun untuk mendapatkan hasil yang maksima.

Sabah kini, di terajui oleh Musa Aman, akhirnya hanya orang-orang tertentu ada hubung kait dengannya sahaja yang maju, apa kah dari segi perniagaan atau peluang projek.

Siapa kata orang Sabah, tidak mampu. OKB pernah bertugas di Semenanjung lebih 10 tahun sebagai pengurus besar pada syarikat swasta dan GLC yang ada hubungan dengan kerajaan negeri.


OKB cukup terkilan sejak tahun 2004, OKB berusaha berjumpa Musa Aman, sehingga kini peluang itu belum pernah ada. Siapa kata, usaha tiada, semua usaha telah dilakukan. Bayangkan, mereka yang tidak tahu guna lif ingin berjumpa ketua menteri?

Kesimpulannya, untuk dapat peluang.. betul lah kata orang... Siapa anda kenal? Contoh yang paling dekat.. pada masa ini.. siapa-siapa yang kenal dengan Musa Aman dan Safie Afdal.. sedang sibuk melaksanakan projek-projek jutaan ringgit.

OKB hanya mampu mengeluh melalui tulisan!!!

25 comments:

jack said...

tidak dinafikan bahawa proses pembangunan di sabah adalah perlahan berbanding dengan di kawasan Pantai Barat semenanjung..namun begitu, atas usaha CM dan kabinet kerajaan negeri sekarang, proses pembangunan negeri pesat dan giat dilakukan..contohnya KKIP dan POIC..jentera kerajaan negeri yang diterajui oleh Musa bertungkus-lumus dan berusaha agar sabah tidak terus tercicir dalam arus pembangunan negara..

jack said...

bagi saya, adalah tidak benar projek2 pembangunan yang dijalankan di sabah tidak menyumbangkan peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan..jika dilihat secara menyeluruh, projek2 pembangunan ini menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada masyarakat tempatan terutama sekali golongan belia..namun begitu, disebabkan oleh masalah lama yang membebani sabah (PTI) persaingan sengit berlaku tambahan pula pekerjaan dalam sektor pembinaan dan pembuatan kurang mendapat sambutan dari anak muda kita..oleh kerana kekurangan tenaga kerja, maka antara langkah yang dilakukan adalah menggunakan tenaga buruh asing..namun, kerajaan sabah tidak menutup mata berhubung dengan isu peluang pekerjaan ini..kerajaan sabah menggalakkan anak2 muda tempatan agar mengikuti kursus2 kemahiran yang dijalankan oleh kerajaan, GLC dan swasta yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pekerja sekaligus melahirkan modal insan yang berkualiti..visi kerajaan di mana membangunkan daerah Kiminas dan Sipitang sebagai bandar minyak seperti Miri di sarawak dilihat akan menyediakan peluang2 pekerjaan kepada anak2 muda sabah...demikian juga halnya dengan projek2 pembangunan lain seperti di KKIP dan POIC..

Anonymous said...

mmg Sabah masih lagi mundur berbanding negeri-negeri lain, namun sabah pada masa kini semamkin membangun, byk pembangunan telah dilaksanakan terutamanya semasa pemerintahan datuk Musa Aman seperti Koridor pembangunan Sabah, POIC, KKIP, dan yang terbaru pembangunan industri gas asli di Kimanis. hal ini secara langsung akan mewujudkan byk peluang pekerjaan kepada rakyat Sabah.

Unknown said...

kemungkinan projek yang dikatakan oleh penulis adalah projek yang memerlukan penglibatan dari putrajaya. setakat projek kecil2an tdk mungkin memerlukan kita berurusan hingga ke putrajaya. namun begitu, pada masa kini sabah semakin membangun di bwh pemerintahan CM sekarang berbanding dengan sebelum2 ini.

jack said...

mengatakan bahawa sabah mengemis untuk pembangunan negeri adalah tidak tepat..pernyataan ini seolah-olah mengambarkan sabah tidak berkeupayaan untuk membangunkan negerinya sendiri dan boleh memberikan tanggapan dan kefahaman yang negatif terhadap sabah oleh rakyat..mungkin apa yang dimaksudkan adalah mengenai peruntukkan daripada persekutuan kepada sabah dalam rancangan2 Malaysia dan yang terbaru adalah RMK10..mesej haruslah disampaikan dengan jelas dan tidak mengelirukan bagi mengelakkan sebarang salah faham dan kekeliruaan di kalangan rakyat.

tombolo said...

sabah tatap akan membangun juga suatu hari nanti. malah lebih maju berbanding negeri2 lain.

Ted Medresher said...

kerancakan pembangunan di semua negeri tidak boleh disamakan dengan negeri Sabah memandangkan keluasan negeri Sabah jauh lebih besar berbanding dengan negeri2 di SM. ini salah satu faktor kenapa pembangunan di Sabah disifatkan amat perlahan. oleh sebab itu Sabah memerlukan masa dan peruntukan yang banyak untuk membangun.

Ted Medresher said...

kemampuan Musa Aman sebagai ketua menteri Sabah tidak boleh dipertikaikan kerana beliau berjaya membawa peruntukan serta projek2 pembangunan yang banyak ke Sabah seperti yang telah diterangkan oleh Jack. bukan mudah untuk mentadbir Sabah, lebih2 lagi dengan bentuk geografinya yang lebih layak disamakan dengan sebuah negara.

Anonymous said...

ya.. Sabah semakin membangun semasa pentadbiran Datuk Musa Aman, beliau adalah KM Sabah yang terbaik.

Sanih Alias said...

BN akan memastikan calon adalah disukai ramai dan bukan calon yang di benci ramai. sabah dulu lain, sekarang ini sabah betul2 sudah membangun.

Unknown said...

Diharapkan Calon yang bertanding mempunyai kualiti kepimpinan dan tanggungjawab yang tinggi. Rasanya PRU13 tidak lagi jika ikut kata PM..

Hamdan Hadillah said...

KM dan BN telah membangunkan sabah sejak pemimpinan kerajaan tersebut. oleh itu, sokonglah kerajaan sekarang ini. percaya kerajaan ini akan tetap membantu rakyat dan membangunkan sabah dari masa kesemasa.

Unknown said...

Let PRU12 become a lesson for UMNO/BN. Time to buck up before PRU13 if they still want to maintain their stands.

Kurt said...

Berbanding dengan negeri2x lain, tidak dinafikan bahawa sabah masih lagi mundur. Walaubagaimanapun, proses pembangunan pada masa kini semakin membangun berbanding dengan tahun2x yang lepas. Kita patut menghargai usaha Musa Aman untuk membangunkan Sabah.

Ted Medresher said...

diharapkan rancangan malaysia ke 10 akan dapat membawa perubahan yang besar kepada Sabah sekali gus membuka mata rakyat Sabah bahawa kerajaan persekutuan dan negeri bersungguh2 membela nasib rakyat. transformasi perlu bermula dari dalam parti atau kerajaan itu sendiri bagi melahirkan tanggungjawab kepimpinan yang jujur dan telus bagi mencorakkan masa depan Sabah kearah lebih cemerlang.

Hamdan Hadillah said...

PRU13 akan menentukan sabah macam mana. BN tidak akan salah letak calon pun, Calon tetap untuk rakyat. bukan untuk calon itu sendiri. Sabah pasti akan membangun dengan kerajaan sekarang oleh itu teruskanlah dengan kerajaan sekarang ini untuk membantu rakyat. percaya kerajaan sabah sekarang dapat membantu rakyat sabah.

Boten_Trish said...

There are indeed consequences if place the wrong candidate. So, it's better for them to thread carefully and find someone who is suitable, eligible and most caliber candidate with leadership qualities as a candidate and leader-elect.

POP said...

Itulah rakyat harus mengundi dengan rasional.

langsat said...

memang betul BN Sabah perlu letak calon yang tepat dan betul sebab kemantapan BN adalah dipengaruhi oleh jentera-jentera pengeraknya.

langsat said...

sebenarnya sesiapa yang sudah terlibat dalam arena politik dan menjadi CM adalah orang paling sibuk dalam negeri itu. tidak semestinya dapat mengadakan pertemuan dengan CM sudah lemah semangat

Paquin said...

Tunggu dan lihat sajalah nanti ba. Susah juga mau cakap awal2 ni...

Paquin said...

Ada betulnya Sabahan memang perlukan pembangunan terutamanya yg di pelusuk luar bandar.. Tapi tipulah kalau cakap takda pembangunan kan.. Zaman Musa Aman jelas menunjukkan beliau telah berusaha sedaya upaya membangunkan negeri sabah bah.

Paquin said...

Betul jack. Saya pun kurang setuju kalau dikatakan sabah menegmis utk pembangunan negeri.. macam melampau la pula - seolah-olah sabah langsung tiada apa2 ba.
Setahu saya sabahan cuma minta apa yg patut dan bukannya mengemis.
Lagipun, saya yakin pembangunan di sabah ni memang memadai cuma perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa saja :)

Paquin said...

Ya sokong boY :)
Sama pula pandangan kita ni. hehhee

Paquin said...

Apapun saya harap kerajaan akan terus membangunkan Sabah.
Kepada Datuk Musa pula, teruskan perjuangan membangunkan negeri sabah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels