13 June 2010

Kerajaan Tahu Apa Nak Buat: Pembangkang Hanya Tahu Membangkang: Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi amaran kepada pembangkang supaya jangan sesekali memperkecilkan kemampuan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir negara.

Perdana Menteri berkata, BN lebih tahu berbanding pembangkang bagaimana hendak membawa Malaysia untuk muncul sebuah negara berpendapatan tinggi bagi mencapai sasaran negara maju menjelang 2020.

“Jangan sesiapa cuba memperlekehkan Malaysia. Jangan pembangkang cuba mengutuk kita dan jangan ketua pembangkang hendak memperkecilkan kejayaan negara kita di bawah pimpinan BN.

“Kita lebih tahu apa dia (ketua pembangkang) buat. Malaysia telah berjaya, kita berjaya. Pembangkang menidakkan kita (BN) tetapi dunia mengiktiraf kejayaan Malaysia dan mengakui negara telah bangkit,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian semasa berucap merasmikan program Rally 1Malaysia, anjuran Pemuda BN, di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.

Menurut Perdana Menteri, dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian negara, kerajaan menggunakan metodologi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) iaitu suatu pendekatan yang belum pernah dalam dunia dilakukan secara komprehensif dan menyeluruh.

“Hasilnya, belum pun sampai setahun lagi kejayaan melibatkan enam NKRA yang ditetapkan oleh kerajaan telah memperlihatkan hasilnya. Jadi siapa kata Malaysia tidak boleh berjaya.

“Kerajaan juga telah menggubal Model Baru Ekonomi (MBE) yang bukan sahaja bertujuan bagi melahirkan masyarakat berpendapatan tinggi tetapi turut berperanan membentuk bangsa Malaysia yang bertaraf antarabangsa,” jelasnya.

Dalam pada itu, Najib berkata, antara kejayaan lain yang dicapai di bawah pentadbirannya adalah, keupayaan melonjak negara untuk muncul sebagai negara ke-10 paling kompetitif berbanding tempat ke-18 sebelum ini.

Kata beliau, negara kini 13 tangga lebih baik berbanding Jepun dan tiada sebuah negara pun baik dalam Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) mahu pun Negara-Negara Berkecuali (NAM) tersenarai dalam kedudukan 10 terbaik.

Pada masa yang sama, kata Perdana Menteri, kerajaan BN juga berjaya memulihkan semula ekonomi negara sehingga Keluaran Dalam Negara Kasar bagi suku pertama tahun ini mencatatkan pertumbuhan 10.1 peratus.

Jelasnya, kadar pertumbuhan itu merupakan antara yang tertinggi di dunia dan ia dicatatkan sewaktu negara maju lain seperti Greece masih terbeban dengan hutang, manakala, Portugal, Sepanyol dan United Kingdom masih berada dalam suasana ekonomi yang tertekan.

Menyentuh mengenai belia, Najib berkata, golongan muda negara ini perlu mempunyai tiga nilai utama dalam perjuangan hidup mereka iaitu idealisme, bersemangat berani serta bertenaga agar mampu membawa Malaysia ke era yang lebih gemilang pada masa hadapan.

“Para belia kalau hendak melangkah ke hadapan perlu mempunyai idealisme, jangan ada perasaan bimbang untuk menghadapi cabaran serta harus bertenaga kerana semangat inilah yang bakal menjamin masa depan negara,” katanya.

16 comments:

Ted Medresher said...

itulah yang pembangkang akan lakukan selagi niat mereka untuk merampas kerajaan tidak tercapai. walaupun dunia telah mengiktiraf pencapaian Malaysia, pembangkang akan sentiasa mencari jalan untuk mengaburi pandangan rakyat.

Ted Medresher said...

jika pembangkang membudayakan sikap menafikan kerajaan umno/BN, tidak mustahil mereka juga akan menafikan rakyat kelak. oleh itu, diharapkan rakyat bijak menepis yang buruk dan menerima yang baik.

tombolo said...

inilah sikap pembangkang yang suka memanipulasi dan menafikan kejayaan kerajaan dalam membangunkan negara. sentiasa mencari alasan untuk menjatuhkan BN. rakyat jgnlah mudah terpedaya dgn propaganda pembangkang ini.

Hamdan Hadillah said...

pembangkang hanya tahu untuk memburukkan BN saja. tapi mereka tidak pernah berfikir BN berkorban untuk Negara memperjuangkan hak rakyat.

pagardawai said...

selama ni pembangkang hanya tahu bercakap dan bercakap dengan tidak berasas. hal-hal kecil sering diperbesar-besarkan untuk meraih simpati undi yang murah

pagardawai said...

hanya orang yang pernah memimpin dan sudah berada lama dalam tampuk pemerintahan kerajaan tahu apa yang nak dibuat...

pagardawai said...

yang lain tu kalau tidak tahu apa-apa jangan bercakap. perjuangan ikhlas politik menjadi tidak ikhlas jika dicampuraduk dengan peribadi

Unknown said...

pembangkang tolonglah jadi orang yang baik. jangan asyik mencari kesalahan orang lain. cubalah cari kebaikan orang, itu kan bagus.

Sanih Alias said...

pemimpin yang selama ini berkorban saja tahu apa yang mereka harus buat. oleh itu, pembangkang cubalah faham akan jasa baik Kerajaan ini.

Ted Medresher said...

pembangkang tidak akan berhenti dengan rutin harian mereka malah akan lebih aktif.. oleh itu, dinasihat kepada semua rakyat agar lebih berhati2 dan elakkan dari terpengaruh oleh agenda2 pembangkang.

Anonymous said...

kenapa nak memburukkan kerajaan? lebih baik jika bekerjasama untuk membangunkan negara kita.

Anonymous said...

tak salah jika nak membangkang, tp bangkanglah perkara yang patut ja, klu semua nak dibangkang susahlah.. rakyat pun kena bijak juga dalam menilai perkara ni.

POP said...

Rakyat pasti akan memberi BN peluang lagi jika masa lepas mereka buat terbaik dan berjaya prove that they can do it. Now they have to make the people believe in them satu kali lagi!!

Paquin said...

Mungkin betul juga la.. hehheee
so pembakang tu kasi kurang2 lah sikit tu bangkangan... kalau membangkang boleh selesaikan masalah, konpom saya pun ikut membangkang.. Ini tak, tambah masa lah ada la...

Paquin said...

Setuju POP. Manusia tak terlepas dari buat silap... So asalkan kerajaan berusaha dan berjaya buktikan mereka adalah pemimpin yang terbaik dan layak utk rakyat konpom rakyat pasti akan meneruskan sokongan tanpa berbelah bagi:)

Bi said...

Memang kerja pembangkang membangkang tapi jadi pembangkang pun kena ada isi jika ingin membangkang. Bukan sekadar bercakap tetapi tidak mempunyai isi atau bukti. Kadang2 apa yang di bangkang ada juga betulnya kerana kerajaan bukan selalunya betul dalam semua keputusan yang diambil. Dan jika boleh diterima pakai perbincangan yang damai amat diperlukan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels