19 June 2010

Dakwaan Yong Teck Lee Mungkin Ada Benarnya???

Kita perlu kaji DAKWAAN presiden Parti Maju Sabah(SAPP) Datuk Yong Teck Lee kononnya kerajaan pusat mengikuti jejak penjajah British dengan mempengaruhi minda penduduk negeri itu.

Walaupun dakawaan ini dinafikan Timbalan Perdana Menteri dengan mengatakan bahawa kerajaan pusat sentiasa berlaku adil dan komited untuk membangunkan Sabah supaya setanding dengan negeri-negeri lain daripada segi pembangunan. Namun dikalangan akar umbi ramai juga yang menerima dakwaan Yong Teck Lee itu.

Kerajaan Persekutuan berkali-kali mengatakan bahawa kerajaan pusat tidak akan menganaktirikan mana-mana negeri. Namun, rakyat terutama rakyat yang tidak mendapat peluang dan tidak ada kabel melihatnya sepertimana dakwaan Yong Teck Lee itu. Dakwaan Yong itu mungkin ada kebenarannya. Sebagai presiden sebuah parti yang pernah ikut serta memerintah negeri, dakwaan Teck Lee itu tidak boleh dianggap remeh.

Seruan kerjaan pusat dengan mengatakan akan terus membela nasib rakyat tanpa mengira bangsa, keturunan dan agama termasuk di Sabah dan Sarawak.

Lagi pun rakyat Sabah bebas memilih kerajaan yang disukainya. Sejarah Sabah menunjukkan bahawa mana-mana kerajaan yang mengabaikan tangunjawabkan akan diketepikan. Rakyat Sabah telah matang dalam memilih hala tujunya.

Dakwaan Yong Teck Lee diucapkannya ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan SAPP bahagian Putatan dan Petagas 1 Disimber lalu, Yong berkata Kuala Lumpur mempengaruhi rakyat Sabah sejak sekian lama agar kerajaan pusat dapat mengambil kesempatan terhadap kekayaan hasil bumi Sabah dan rakyat negeri itu dinafikan pelbagai peluang termasuk jawatan dalam perkhidmatan Persekutuan di negeri itu.

Walaupun TPM menafikan dakwaan itu dengan mengatakan kerajaan pusat telah memberi peruntukan yang adil kepada Sabah dan Sarawak terutama dalam membangunkan kawasan luar bandar, namun ramai juga mempertikaikannya, kerana menurut mereka, yang diuntungkan hanya orang-orang tertentu, bukannya rakyat sasar.

Persepsi seperti ini lah yang perlu diambil iktibar oleh para pemimpin baik pusat maupun negeri. Penerangan kepada rakyat terutama rakyat sasar perlu dilakukan dengan kerap agar mereka tidak terpesong dengan dakyah parti yang membangkang.

9 comments:

Hamdan Hadillah said...

itu sudah tentu rakyat sabah memang boleh pilih pemimpin mereka dengan rakyat yang mejoriti. tidak dinafikan lagi semua itu. ini tidak ada siapa2 yang menghantui fikiran siapa pun, ini hak dan firikan rakyat sabah itu sendiri untuk memilih siapa mereka mahu. jadi jangan jadikan ini alasan pembangkang bahawa kerajan menghantui fikiran rakyat.

jack said...

YTL menggunakan khabar2 angin yang boleh ditemui di blog2 atau laman web sebagai alat politiknya bagi menarik perhatian dan sokongan rakyat kepadanya..dakwaan YTL memang harus diberi perhatian namun YTL haruslah membuktikan dakwaannya ini di mana dilihat untuk memberikan tanggapan buruk rakyat kepada kerajaan..diharap rakyat tidak mempercayai YTL kerana semua yang dikatakan olehnya bukanlah untuk kepentingan rakyat tetapi untuk kepentingan dirinya serta SAPP..

Anonymous said...

Sabah mempunyai hak2 dan keistimewaan yang tidak terdapat di negeri2 lain. hak2 orang sabah sentiasa dijaga melalui perjanjian 20. dakwaan yang dibuat oleh YTL ini tidak harus dipercayai sepenuhnya, ini adalah proraganda yang dibuatnya untuk memburukkan kerajaan.

Ted Medresher said...

bagi yang berpihak kepada pembangkang, mungkin dakwaan YTL ada benarnya.. nampak seolah2 beliau perihatin dengan nasib rakyat, tapi sebaliknya beliau mempunyai niat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan. jika sekarang beliau boleh menafikan usaha2 kerajaan, tidak mustahil bila beliau berjaya merampas kuasa, beliau juga akan menafikan hak2 rakyat.

Ted Medresher said...

jika YTL benar2 mengambil berat dengan permasalahan rakyat, beliau tidak perlu memburukkan mana2 pihak dan mengungkit kepincangan kerajaan sebelum ini. beliau boleh mendapat kepercayaan rakyat melalui tindakan fizikal dan mental, bukannya dengan menyalurkan maklumat yang bertujuan untuk membenci kerajaan. pemimpin yang benar2 boleh dipercayai ialah pemimpin yang dekat dengan rakyat dan sama2 menyelesaikan permasalahan rakyat. bukannya yang mengumpul permasalahan rakyat dan menjadikannya isu untuk menjatuhkan pihak lain.

Sanih Alias said...

YTL janganlah buat cara ini untuk melemahkan kerajaan. kerajaan tetap akan kukuh dan di sokong oleh rakyat. kabar2 angin yang di buat oleh YTL ini untuk menarik sokongan rakyat terhadap YTL.

Sanih Alias said...

rakyat bukan budak2 lagilah YTL. mereka boleh fikir mana yang terbaik untuk mereka. tidakkan mereka mahu dengan pembangkang yang tidak ada arah tuju yang tetap. bagus lagi mereka dengan kerajaan yang ada perancangan tetap unutk mereka.

Anonymous said...

YTL juga pernah menjadi ketua menteri Dahulu, semasa pentadbirannya Sabah telah mengalami banyak kerugian, YTL memang tak boleh mentadbir Sabah. Sabah kini semakin menjadi maju bawah kepimpinan ketua menteri sekarang. dakwaan yang dilakukannya ini adalah untuk menjatuhkan kerajaan. namun rakyat kenal siap YTL sekarang.

Ted Medresher said...

rakyat amat mudah terpengaruh, lebih2 lagi jika pembangkang mempunyai modal hasil dari kelemahan parti pemerintah. oleh sebab itu, pemimpin2 umno-BN perlu kerap memberi penerangan agar rakyat tidak terpesong jauh dengan agenda pembangkang.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels