7 August 2010

Irranun dan halatujunya

Petang tadi beberapa orang pemimpin irranun termasuklah Timbalan presdien PBS Encik Alimudin Kaida dan pemimpin veteran Tuan Haji Jabarkhan Napi telah berkumpul di Citarasa restoran, Kota Belud.

Ramai juga yang datang termasuk AJK Umno bahagian dan pemuda, beberapa pegawai kerajaan berketurunan Irranun juga datang. Selain itu, ada juga kontraktor dan peniaga turut juga hadir dan mengambil bahagian dalam sesi percambahan minda.

Setiausaha bahagian Umno Kota Belud Sdr Adlan Lunoh telah membuka mukadimah dan seterusnya perjumpaan itu dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PBS itu  dari permulaan hinggalah ke acara penutup.

Setelah percambahan pendapat didengar dan semua yang hadir tiada seorangpun yang terlepas memberi hujah dan pandangan, seperti mana anggapan generasi muda sdr Mohd Pkaruddin, bahawa pertemuan tidak rasmi itu, agak bersifat melepas “geram”.

Bagi OKB, sangat bersetuju dengan persepsi anak muda itu, kerana ada kemungkinan “percambahan” antara “pemimpin” irranun sudah lama tidak kedengaran, setelah PISBA sirna.

Semasa kewujudan PISBA pada tahun 90-an, suara-suara percambahan pendapat masih boleh terdengar, namun setelah persatuan irranun itu dimuktamadkan, maka hanya petang tadi ada pertemuan yang bersifat informal, namun boleh juga dikatakan formal, atas sebab itulah, kebanyakan hujah bersifat melepaskan geram.

Sebenarnya tiada yang dicari lagi pada masyarakt irranun. Dari segi pendidikan, ramai yang berpendidikan. Kerana adanya pendidikan maka berjaya dilantik ke jawatan tertentu dalam kerajaan. Dari segi ekonomi, ada juga suku irranun yang berjaya dalam segi ekonomi,namun jumlahnya yang sangat sedikit, kerana itu tidak ketara. Ertinya belum boleh disandarkan untuk membawa suku tersebut ke mercu kejayaan secara keseluruhan.

Dari segi politik, ada juga suku irranun yang berkerjaya dalam bidang politik, namun jumlahnya terlalu sedikit, malah sukar dilihat.

Titik pertemuan para pemikir irranun petang tadi adalah untuk menentukan WADAH bagaimana suku irranun yang sedikit itu menjadi mudah dilihat dan dengan meminjam kata-kata politik adalah menjadi PENENTU.

Sedikit kesimpulan daripada percambahan pendapat suku irranun petang tadi adalah- agar sesiapa sahaja individu daripada suku tersebut mendapat tempat baik dari segi jawatan, ekonomi mahupun politik, hendaklah memberi sumbangan kepada masyarakatnya. Jangan terbuai dengan semuanya semasa ada kuasa, kerana semuanya itu akan hilang apabila tiba masanya. Atas dasar itulah, mereka-mereka yang berkesempatan tersebut perlulah menampilkan pelapis, penerus dan hadiah kenang-kenangan kepada suku bangsanya.

14 comments:

gunner said...

iranun perlu bangkit dan bangun untuk terus maju seiring dgn kaum2 lain.

eika said...

setiap individu tidak kira dari pelbagai suku kaum perlu berusaha untuk memajukan pencapaian mereka. pemimpin yang ada haruslah membantu meningkatkan pencapaian dan kemajuan suku kaum mereka.

saya yakin dengan usaha yang gigih kita semua boleh menjadi lebih maju pada masa akan datang..

boY said...

bukan saja irranun, tapi semua kaum dan suku kaum perlu bangkit untuk membantu semua orang tidak kira apa bangsa dan kaum pun.

Bi said...

Mana2 bangsa perlu membantu bukan sahaja kepada bangsa sendiri tetapi juga bangsa2 lain seperjuangan...Kita bersama menjunjung langit dan memijak tahan yang sama....jadi apapun, jangan lupa pada bangsa sendiri disamping mengambil berat tentang bangsa lain...

supra said...

sebaiknya seorang pemimpin perlu adil dalam pentadbiran, semua rakyat perlu dilayan dgn adil tnpa mengira kaum ataupun agama. semua kaum perlu diberi peluang untuk maju.

jieah said...

semua kaum perlu berusaha dan saling membantu agar semua pihak boleh mencapai kemajuan.
bagi yang sudah berjaya, bantulah mereka yang masih memerlukan bantuan. bagi yang belum berjaya teruskan berusaha agar kita boleh berjaya pada masa akan datang.

pacayang said...

memang patut bangsa Irranun bangkit dan membantu bangsa sendiri dan juga bangsa orang lain.

abd naddin said...

satu permulaan yang bagus untuk berkaca pada diri sendiri, bangsa sendiri dan orang lain

karibon said...

Kekuatan sesuatu kaum itu paling asas bergantung pada taraf pendidikan kaum tersebut. Selain itu pemikiran yang terbuka serta berpandangan luas juga penting.

heyman said...

Tidak habis cerita pasal bangsa bangsa bangsa. Kenapa tidak menumpukan perhatian mengenai pendidikan, pembinaan aklak diri, peluang perniagaan setempat?
Sementara kita masih dalam peringkat bercerita, orang lain sudah mencecah kaki ke bulan dengan kapal angkasa buatan sendiri dan bukan menumpang kapal orang lain dengan bayaran tambang berpuluh juta ringgit wang rakyat.

susi said...

Sebelum melangkah, kuatkan diri dengan pengetahuan.
Dalam dunia sebenar, perbezaan antara kuat dan lemah tidak dibezakan dengan warna kulit.

viga said...

Jangan lagi sesat diambang pembangunan era global. Menyerap pengetahuan adalah cara paling berkesan membawa kita berjaya.

tarap runtuh said...

Cuma satu arah kita mengnujui iaitu kejayaan dalam segala bidang.

leon said...

Menuntut ilmu. Mengejar pengetahuan. Tanpa ini, kita tiada modal untuk menuntut kepentingan yang dimiliki kita.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels