4 August 2010

Juara rakyat, bersama rakyat yang lesu

Majlis bersama rakyat Kota Belud yang dihadiri Datuk Noh Omar, Datuk Musbah Jamli, Datuk Japli Akim. Sambutan rakyat terhadap majlis ini sungguh dingin, ekoran pengajuran yang di ketuai Jap Omar yang kurang berkesan. Belanja pengajuran majlis tersebut mencecah RM 180,000.00.(Gambar atas). Sementara gambar tengah adalah majlis juararakyat yang berlangsung pada 29 Julai 2010 di dewan Tun Said Kota Belud. Pemimpin yang hadir termasuklah ADUN Usukan dan Ketua Bahagian Umno Kota Belud Datuk Salleh Said Keruak.

Gambar bawah adalah majlis juararakyat anjuran Datuk Tawfik Titingan di Tawau. Majlis tersebut dihadiri oleh lebih 5000 rakyat.

16 comments:

eika said...

mungkin kurang publisiti mengenai program tersebut. apa pun harap pada masa akan datang program seperti ini mendapat sambutan. program seumpama ini sebenarnya amat baik bagi mendekatkan rakyat dengan pemimpin.

gunner said...

ya.. mgkin ramai yg tak tau mengenai program ini. publisiti perlu diperhebatkan pada masa akan datang.

Jason said...

Apa2x pun the show must go on.

Raven said...

Kalau saya tahu tentang program ini, tentu saya pergi.

Gale said...

Kemungkinan rakyat suda kurang yakin dengan Juara Rakyat..Hurm..

boY said...

tidak, ini mungkin sebab lain. adakah pemimpin itu sendiri, penyampaian maklumat tetang juara rakyat tidak ada atau juga ada yang menghantui fikiran mereka. apa pun, yang penting sekali. rakyat haruslah memberikan kerjasama tidak kita siapa mereka yang membuat majlis tersebut.

boY said...

penduduk KB seharusnya memberikan kerjasama dalam menjayakan program tersebut. diminta peneduduk KB berfikir yang terbaik untuk mereka.

durian said...

Apa manfaat yang sebenarnya dibawa kepada rakyat dengan penganjuran program tersebut?

Paquin said...

Btl juga tu eika. Rasanya ramai yg terlepas pandang akan hal ni ba. Tapi saya harap, agar next time rakyat akan lebih peka lagi :)

Paquin said...

Apapun teruskan usaha :)
Jgn putus asa. hehe

Jonny said...

Kurang mendapatkan sokongan rakyat nampaknya.

nunu said...

Memang ramai yang tidak tahu program ini. Publisiti tidak cukup.

norlaila said...

Apakah tujuan program juara rakyat ini? Apa faedah yang dapat dinikmati dari program ini???

jamirin said...

Rakyat kurang menarik dengan program ini.

bobby said...

Apa itu juara rakyat? Ada sesiapa yang boleh kasi tau??

zoro said...

Tiada sambutan rakyat, pihak penganjur sediri yang jadi juara.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels