Foto yang ditagkan kepada Penulis |
KALAU Datuk Musbah Haji Jamli masuk bertanding Ketua Bahagian, OKB tidak akan rasa pelik; kerana ADUN Tempasuk itu pernah menyandang jawatan itu. Akan tetapi, kalau nama-nama lain akan bertanding, penulis agak terkejut. Demikian juga kalau Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia atau Datuk Japlin Akim masuk bertanding, OKB tidak hairan; kerana mereka-mereka itu dianggap mempunyai merit untuk jawatan itu.
Umno adalah parti terbuka, siapapun boleh bertanding, asalkan seseorang itu layak bertanding. Keadaan ini, ditambah lagi dengan perubahan perlembagaan parti, di mana kini, seseorang itu tidak perlu lagi dicalonkan di peringkat cawangan atau bahagian, sebaliknya pencalonan terletak ditangan seseorang itu.
Seseorang ahli parti dengan cukup syarat, maka hanya memperlukan dirinya mendafar untuk kesediaan bertanding, maka sahlah pencalonannya.
Perlu diingat, bahawa parti adalah landasan untuk memperjuangkan parti, bangsa, negara dan agama; kerana parti akan membentuk kerajaan. Justeru itu, pimpinan parti diperlukan sebagai tonggak utama kepada kerajaan.
Haji Abdul Karim Amirullah (HAMKA) menyatakan seseorang pemimpin itu perlu mempunyai ciri-ciri ; “memimpin supaya tegak. Membimbing supaya dapat berjalan, memapah supaya jangan jatuh! Atau menarik naik kalau sudah tergelincir jatuh. Tegak ke muka kalau bahaya datang mengancam”.
Ciri-ciri pemimpin yang disebutkan HAMKA itu, adalah ciri-ciri yang diperlukan bagi menarajui sesebuah parti atau kerajaan. Malah HAMKA melempar jauh-jauh pemimpin yang berasaskan nafsu, kerana faktor itu mendorong pemimpin itu mementingkan dirinya sendiri.
Selain itu, pendapat para cerdik pandai, pilihlah pemimpin yang mempunyai visi yang jelas dan teratur, bukannya berasaskan kepada emosi, dendam; apatah lagi ada unsur mengaibkan.
Menukar pemimpin bukan seperti salin baju, kerana pemimpin bukan dijelmakan sekelip mata. Proses seseorang menjadi pemimpin memerlukan masa yang panjang, selain jalinan antara satu dengan yang lainnya mengalami proses yang lama sekali.
Desas desus terutama di lama Facebook terutama di kalangan penduduk Kota Belud, kononya Rosmin Kasan akan bertanding Jawatan Ketua Bahagian Kota Belud, untuk mengambil peluang kepada perubahan perlembagaan parti, kerana beliau tidak lagi memerlukan sokongan daripada peringkat akar umbi, akibat pemansuhan sistem kuota.
Bagi mereka yang bukan berasal daripada Kota belud, melihat pertandingan itu (kalau berlaku) merupakan pertanda sihatnya amalan demokarsi dalam parti; namun bagi mereka yang berasal daripada Kota Belud, melihat pertandingan itu sebagai satu cobaan "memalukan" penyandang Ketua Bahagian itu- sepertimana kata-kata aktivis politik Musli Oli dalam ruang komen FB di mana Penulis telah dipautkan "Kononnya pertandingan ini hanya untuk aibkan pemimpin tertentu" Musli juga menulis lanjut dalam ruang yang sama "Menarik ni... tapi pengalaman lama dalam politik menyebabkan sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan betina" malah seorang pengomen FB dalam ruang yang sama Mul Marif menulis " Saya tengok2 macam skill lapuk je ni"
Berasaskan kepada komen-komen itu, OKB dapat menarik satu kesimpulan, pencalonan saudara Rosmin Kasan untuk bertanding sebagai ketua bahagian Kota belud, sebenarnya tidak mempunyai visi untuk kepentingan parti, sebaliknya ada maksud "tersirat".
Sebenarnya kesediaan Rosmin bertanding bagi jawatan ketua, akan diramalkan tidak akan mengubah-ubah apa-apa keputusan pertandingan itu; kerana majoriti perwakilan telahpun memutuskan, bahawa cobaannya merebut jawatan bukanlah untuk kebaikan dan peremajaan parti akan tetapi berasaskan kepentingan "tertentu".
Sebagai pengamat politik Kota Belud, OKB telah melihat perkembangan politik Kota Belud sejak tahun 60-an lagi, atas sebab itu, penulis setidak-tidaknya mengetahui individu-individu yang perlu diketengahkan bagi menyumbang tenaga dan fikiran kepada parti.
Penulis berharap, jikapun pertandingan itu berlaku, perwakilan yang diberi hak memilih, perlulah bersandar kepada pendapat ilmuan dan ulama HAMKA, agar parti akan kekal dan relevan sepanjang masa.
No comments:
Post a Comment