12 August 2010

PRU-13 kemana halatuju pengundi Kota Belud?

Pernah berlaku di Sabah. Tahun 1985 kekuatan parti Berjaya di bawah pimpinan Datuk Harris, tiada yang menduga boleh ditumbangkan.

Tahun itu boleh dikata parti Berjaya tiada saingan. Tiada parti yang menonjol demikian juga "figure" seseorang pempimpin yang boleh bersaing dengan Datuk Harris. Usno pada masa itu masih sebuah parti, masih layak bertanding dan masih komponen BN. Namun sandaran parti Usno hanya kawasan bumiputra islam, berjaya pula adalah multiracial parti. Ertinya berjaya menaungi semua kaum Sabah, termasuk bukan bumiputra-kaum cina.

Namun kemunculan parti bersatu sabah (PBS) yang ditubuhkan menjelang PRU-1985 itu berjaya menumbangkan berjaya. PBS menang 25 kerusi- Usno 17, Berjaya 6. PBS menang dengan majoriti mudah. Pada masa itu juga hampir berlaku huruhara, kerana Tun Mustapha dipangruhi oleh Datuk Harris agar ke istana untuk angkat sumpah sebagai Ketua Menteri. Namun berasaskan demokrasi, Musa hitam ketika itu sebagai menteri dalam negeri, merestui agar Datuk Pairin Kitingan di lantik sebagai Ketua Menteri.

Pada tahun 1985-Kota Belud hanya kehilngan Kedamaian, manakala Tempasuk dan Usukan masih berpihak kepada BN- Usukuan (usno)- Tempasuk (berjaya).

Namun tahun 1986- Tempasuk berjaya dimenangi PBS dan hanya pada tahun 1994 dimenangi BN melalui tikit AKAR- calonnya ada Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia.

Pada PRU-13 akan datang ke mana kah halatuju pengundi Kota Belud?.. Kawasan Usukan.. pasti Umno yang menang.. Namun Tempasuk dan kedamaian adalah kawasan tidak selamat bagi BN.

Pada PRU-12 kaum KDM mengundi BN.. alasannya.. tiada sebab ikut rentak kaum bajau dan iranun di mana hampir 50% menolak BN.. alasan kaum KDM.. kawasan bajau dan iranun telah maju.. kawasan KDM terbengkalai disebabkan menjadi kubu pembangkang.

Selepas sahaja PRU-12, kawasan KDM Kota belud mendapat perhatian yang luarbiasa daripada para wakil rakyat yang ada. Jalan-jalan gravel telah bertar. Sumber air minum telah disambung. Sumber pendapatan telah dihamburkan di kawasan KDM. Pembasmian kemiskinan telah terarah di kawasan KDM. Ini bermakna, berbaloi juga para pengundi KDM di kawasan tersebut mengundi BN.

Perlu dingat.. siapa kata Datuk Mohd Noor Mansor dan Yapin Gimpoton tidak membangun Tempasuk dan Kedamaian? pada masa-masa kerajaan berjaya? Pada masa itu, boleh dikatakan kadar pembangunan bagi kawasan-kawasan tersebut terlalu cepat dibanding kawasan Usukan (disebabkan kawasan Usno).

Pun demikian, pada PRU-Sabah tahun 1985, Kedamaian jatuh ke tangan PBS sebagai parti pembangkang dan tahun 1986-giliran Tempasuk jatuh ke pangkuan PBS.

Apa kah senario ini tidak berulang pada PRU-13? Dalam politik semuanya boleh berlaku.

Pada masa kini ada ura-ura terutama di kawasan majoriti KDM, bahawa pada PRU-13 akan berlaku "tukar baju". Sebabnya mereka terasa muak dengan kelibat BN dan para pemimpinnya.

Masyarakat KDM tidak lagi mahu menyadarkan masyarakat mereka kepada kepimpinan Pairin atau Bennard Dompok apa tak lagi Joseph Kurup.

Bagi mereka kesemua pemimpin tersebut adalah pemimpin "yesterday" dan tindak tanduk para pemimpin tersebut hanya mahu mempertahankan kedudukan diri sendiri- mereka terlupa membela kaum mereka, disebabkan telah terbuai dengan kedudukan dan kemewahan yang mereka kecepai.

Jika senario ini benar-benar berlaku? siapa yang akan menjadi mangsa? para pengundi kah atau para pemimpin daerah Kota Belud? atau kah ada pemimpin yang ikut juga salin baju seperti yang lalu-lalu?

Dalam bisik-bisik wakil rakyat Tempasuk Datuk Musbah Jamli masih yakin bahawa undi KDM masih lagi kepada BN, atas sebab itu, jika beliau masih jadi calon mewakili BN, maka N6-Tempasuk masih dalam gengaman BN. Namun, jika calon lain yang akan dikemukakan, kemungkinan N6- Tempasuk akan bertukar baju. Penyebab kepada senario tersebut, mungkin keadaan pada PRU-12 akan berulang, yakni undi sabotaj dan protes.

Bagi Kedamaian, jika Herbert Timbun Lagadan masih dicalonkan, menurut akar umbi di kawasan tersebut, besar kemungkinan kawasan tersebut pasti hilang daripada gengaman BN- penyebabnya adalah- para pengundi kawasan tersebut telahpun memberi peluang yang secukup-cukupnya kepada Naib Presiden PBS itu, dan telah sampai masanya kawasan tersebut diwakili oleh pemimpin lain.

Senario ini mungkin telah dicium oleh pengarah BN Kota Belud- Datuk Salleh Tun Said.Ura-ura memperkenalkan sistem 2:1:1 adalah penyelesaian. Namun dalam sistem itu hanya melihat secara tersirat untuk menyelesaikan isu kaum antara bajau dan iranun, bukan penyelesaian kepada kaum KDM. Masalah KDM bukan hanya isu setempat tetapi secara keseluruhan. Kaum KDM mahu agar seluruh negeri dikuasai oleh parti yang condong kepada pembelaan kaum mereka termasuk agama anutan mereka.

Jika dilihat melalui tulisan-tulisan dalam blog, kebanyakan blog yang ada kaitan dengan KDM mengarah kepada "salin baju" pada PRU-13.

Apa kah gandingan Musa-Salleh dalam Umno berjaya menongkah arus itu. Atau kah Safie Apdal dan Pandikar perlu ikut sama? Jika kesemua pemimpin bumiputra islam tersebut bergandingan, siapa pula regu mereka di pihak KDM? yang menonjol ketika ini adalah Masidi Manjun (Umno), di pihak PBS siapa? Upko siapa? PBRS siapa? Ini lah yang perlu jawapan sebelum PRU-13.

20 comments:

supra said...

kita lihat sajalah siapa pilihan rkayat pada PRU-13 nnti,

Jonny said...

Undilah calon yang paling sesuai untuk memimpin rakyat ke arah kejayaan.

eika said...

rakyat perlu memilih calon yang oleh membawa kemajuan kepada mereka. BN perlu terus membawa kemajuan kepada masyarakat agar masyarakat terus memilih BN.

supra said...

rakyat sendiri yang akan menentukan pemimoin mereka, PRU-13 ini kelihatan menarik kerana persaingan yang sengit, sukar untuk mengetahui pilihan rakyat.

Jacinta said...

PRU-13 tidak lama lagi, rakyat harus mengundi calon yang paling berkaliber.

Jacinta said...

Rakyat perlu memilih calon yang suka memperbaiki tingkat kemahiran dan perkhidmatan mereka kepada masyarakat.

mantra said...

pemimpin yang dipilih biarlah yang boleh menjalankan tugas dgn baik, adil dan jujur.ck

toM said...

PRU13 adalah penentu utuk siapa pemimpin mereka kelak. rakyat akan memanstikan yang mereka akan memilih siapa yang terbaik untuk membantu dan menolong mereka.

pacayang said...

harap, BN haruslah melaksanakan tanggungjawab mereka untuk membela nasib rakyat dan bukan hanya untuk mengejar kekayaan dan kemewahan saja.

mai said...

rakyat akan memilih siapa yang akan menjadi pemimpin mereka. jadi rakyat akan memilih calon yang telah dan akan membawa kemajuan kepada mereka.

Dayang said...

Let's practice our rights as voters this coming election.

karibon said...

Pembanguna negara mesti adil dan saksama tanpa kira kawasan. Semua rakyat berhak menikmati hasil dari pembangunan negara. Peminggiran tidak patut berlaku.
Pemikiran rakyat sekarang berbeza dengan zaman Usno dan Berjaya.

heyman said...

Pilih yang iklas berkhidmat untuk rakyat dan bukan untuk mendapat projek.

susi said...

JAngan terpedaya dengan wang mudah. Undi dalam tangan tidak dapat dihitung nilainya. Jangan jual masa depan kita.

viga said...

Betahun-tahun masa depan kita digadaikan. Jangan lagi mengulang lagi perbuatan bodoh, undi dengan bijak.

tarap runtuh said...

Pengundi KB faham dengan kemahuan mereka.

leon said...

Keputusan PRU13 akan memberi jawapan yang jelas halatuju pengundi KB. Kita tunggu saja.

popcorn said...

Bukan boleh tahu sekarang halatuju pengundi di KB. Tunggu dan lihat.

gaman barait jr said...

PRU-13 TAK LAMA LAGI....

POKOK-NYA PRU-13 KITA TOLAK PEMIMPIN YANG CUBA MENGADAIKAN HAK RAKYAT SENDIRI...

Mohd Ishak said...

Harap semuanya ok.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels