22 August 2010

Santan emas kaum Iranun kenampakkan sudah

Kalau bukan idea "nakal" segelintir anak-anak bangsa Iranun pada 7 Ogos lalu, santan emas suku bangsa ini sukar menjelma.

Mahaguru "pendikar chahaya" telah keluar daripada pertapaannya setelah setahun menyempuranakan ilmu-ilmu yang perlu disemadikan dalam diri dan pada gilirannya dihebahkan kepada kaumnya.

Yang menjadi perdebatan adalah "Perlu wadah baru" bagi suku kaum iranun. Pengertian wadah baru ini adalah bermaksud luas, bukan sempit sepertimana ulasan-ulasan suku kaum tersebut samada melalui FB mahupun blog, malahan di kedai-kedai kopi.

Malah ada bloger yang menulis khasnya mengenainya, dengan mengetengahkan tajuk "jangan salah tafsir". Tajuk ini ada hubungan dengan tulisan pendakar chahaya yang membawa konotasi, ada kecurigaan terhadap "wadah baru" iranun itu, yang masih belum berbentuk dan masih dalam tahap penjelmaan.

Adalah sungguh malang membicarakan sesuatu yang belum berupa, apa tak lagi memperkecilkannya.

Masih perlu masa yang panjang untuk mengwujudkan "wadah" itu. Para penyaja masih memerah otak, mencuba memerah otak geliga mereka untuk menjitukan wadah itu.

Alangkah eloknya, jika wadah diwujudkan dahulu. Dari situ, bermula kita suku iranun memerah otak, menyatukan pengalaman, fikiran serta semua yang ada dalam sanubari kaum iranun, ditapis, diayak, disaring, disuling agar supaya santan emas dapat menjelma.

Peranan pendekar chahaya bagaikan intan berlian dalam wadah ini, tiada yang terfikir mengenepikan pendekar chahaya. Pendekar chahaya adalah salah satu daripada intan itu. Wadah baru ini ingin menemukan intan-intan lain; jika ada untuk disusun dan mengharapkan kilauan yang terang lagi menerangi; umpama intan-intan yang menghiasi sebentuk cincin permata, indah dan cantik.

6 comments:

kelapa mawar said...

Salam Sdr OKB..

Memang benar apa yang sdr katakan mengenai 'santan' ini..ia perlu diperah, disaring di suling utk mendapatkan santan yg bernutu dan bebas dari kolestrol..

Saya merasakan secara peribadi..bahawa sdr punya komitmen tinggi dlm pjuangan memertabatkan kedudukan Iranun di Sabah..dan itu sudah cukup bagai saya dan bagi m'kat Iranun utk mghargainya..

persoaslan WBI ini sharusnya tidak dipolitikan atau diremehkan begitu sahaj tanpa ada maklumat tepat..jangan dikatakan WIB ini memecahbelah kerana ia belum lagi wujud ..ia masih diperingkat permurnian idea , menentukan dasar, menentukan halatuju dan lapangan tertentu utk dihidupkan..

soal sumber kewangan saya rasa tidak jadi masalah..kerana yg penting buat masa ini ialah kesedaran betapa perlunya WBI itu diwujudkan itupun kalau berjaya..

Mungkin kita masaih ingat keptika UMNO ditubuhkan sumber kewangan tiada..malahan kaum ibu org melayu sanggup menggandai emas dan perhiasan mrk utk mewmbiayai perjalanan Tunku ke England dlm proses menuntut kemerdekaan..mengapa ia berlaku ? Jawapnya ialah KESEDARAN dan KEIKHLASAN...

Begitu ramai aristokrat Iranun, Dermawan dan hartawan yg boleh dilibatkan..selebihnya org2 macm kita ini yg terbakar semangatnya pulka digerakkan..menyumbang sekadar termampu dan diamanahkan utk mrk yg memperjuangkan WBI..insyallah..ia akan berjaya..

Milus bin Hj. Abd. Wahad said...

...Sdr OKB dan juga KM memang betul setiap perkara yang baik pasti menjadi kritikan, proses penyatuan bukan perkara mudah dan perlu kesungguhan..kita cuba mencari apa yang disebut 'Wahdatul Fikr dan Wahdatul Hadaf' maknanya 'kesatuan berfikir dan kesatuan bertindak' ar-Rasul mengambil masa 23 tahun untuk melahirkan negara Islam 'Madinataul Munawarah' yang dikenali 'Baldhatun Tayyibatun Warabbun Ghafuur' iaitu sebuah negara yang makmur dan mendapat keampunan daripada Allah SWT....

adam said...

diharap usaha mewujudkan wadah kaum Iranun dapat mencapai kejayaan yang diharapkan. jika semuanya berusaha dengan ikhlas pasti hasil yang baik akan diperoleh.

gunner said...

warga iranun perlu mempunyai wadah untuk membentuk perjuangan mereka, meeka perlu bersatu dgn satu semangat untuk memastikan perjuangan mereka tercapai.

Paquin said...

Asalakan ada usaha pasti berjaya juga tu :)

Paquin said...

Tapi bagi saya tak kira apapun suku, kesatuan memang penting. Kerana bagi saya dengan adanya kesatuan semua hal yang timbul dapat ditanggani dengan mudah.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels