19 September 2010

Bumiputera sukar tolong bumiputera

Dunia perniagaan Melayu/bumiputera sangat berbeza dengan orang Cina. Kita perlu mengakui dalam dunia perniagaan Melayu/bumiputera memang jarang dan sukar usahawan Melayu/bumiputera akan tolong sesama usahawan Melayu/bumiputera.

Keadaan ini jauh berbeza dengan dunia perniagaan orang Cina yang akan saling bantu membantu sesama mereka.

Dalam konteks Melayu/bumiputera tolong Melayu/bumiputera, pengalaman menegaskan bahawa cuma kakitangan awam kerajaan yang mengamalkan perkara tersebut. Ini pun disebabkan polisi kerajaan.

Cuba kita renungkan persoalan-persoalan ini. Adakah pengilang-pengilang Melayu/bumiputera mengeluarkan barangan yang boleh dijual di kedai Melayu/bumiputera atau dijual peniaga atau pembekal Melayu/bumiputera? Jawapannya tidak, majoriti mereka membuka kilang untuk tender/kontrak kerajaan melainkan perniagaan makanan dan minuman sahaja.

Adakah pengilang-pengilang Melayu/bumiputera membeli barangan keperluan kilang daripada usahawan Melayu/bumiputera atau pembekal Melayu/bumiputera?. Jawapannya juga tidak, keseluruhannya mereka mendapatkan daripada peniaga Cina dengan alasan sudah biasa dan harga lebih murah.

Selain itu, adakah juga kontraktor-kontraktor binaan Melayu/bumiputera yang dapat kontrak kerajaan bernilai jutaan ringgit mendapatkan bekalan mereka daripada pembekal Melayu/bumiputera? Jawapannya juga tidak, hanya kontraktor-kontraktor Melayu/bumiputera yang dapat projek sahaja, menjadi kaya dan mendapat manfaat ialah ratusan malah ribuan pembekal Cina.

Contoh lain, mengapa orang Melayu/bumiputera lebih suka menghantar kereta mereka ke bengkel orang Cina dengan alasan sudah biasa dan lebih yakin perkhidmatan di bengkel orang Cina. Orang Melayu/bumiputera juga lebih suka minum di kopitiam kepunyaan orang Cina yang diragui status halal makanan disediakan.

Dalam dunia perniagaan Melayu/bumiputera sebenarnya tidak ada sikap ‘bagai aur dengan tebing’. Justeru, sikap dan mentaliti usahawan Melayu/bumiputera perlu berubah secara total terhadap slogan ‘Melayu/bumiputera tolong Melayu/bumiputera’ dan hasrat kerajaan untuk mencapai sasaran 30 peratus usahawan melayu/Bumiputera.

Sebenarnya, kunci kejayaan dan kekuatan bangsa Cina dalam bidang ekonomi terletak pada kewujudan apa yang dipanggil ‘jaringan pohon buluh’ dalam kalangan usahawan mereka. Malah jaringan ini diamalkan dalam dewan dan persatuan perniagaan bangsa Cina dalam kalangan usahawan mereka. Dalam kata lain orang Cina mempunyai tahap perpaduan dan kerjasama erat dalam kalangan usahawan mereka hingga dapat menguasai bidang ekonomi di Malaysia, malah di serata pelosok tempat di dunia ini.

Walaupun kerajaan melalui agensi-agensinya sentiasa memberi sokongan dan membantu usahawan Melayu/bumiputera, ia tidak akan berjaya sekiranya mereka tidak mengubah sikap ‘ Melayu/bumiputera tolong Melayu/bumiputera’ dan mengamalkan ‘jaringan pohon buluh’ seperti diamalkan kalangan usahawan Cina selama ini di negara kita.

Justeru, orang Melayu/bumiputera harus sedar, siapa lagi yang akan menolong mereka, jika tidak bangsanya sendiri. Dalam kontek lebih luas, orang Melayu/bumiputera bukan sahaja memerlukan perpaduan politik tetapi juga perpaduan ekonomi untuk kekuatan dan maruah bangsa Melayu/bumiputera di tanah airnya sendiri, Malaysia dengan konsep 1 Malaysia.

21 comments:

azman said...

saling tolong menolong perlu diamalkan jika kita ingin maju. bukan sahaja sesama bangsa malah berlainan bangsa juga boleh tolong menolong. misalnya, peniaga yang telah berjaya boleh membantu peniaga yang lain terutamanya dari segi bimbingan dan kerjasama dalam perniagaan.

tombolo said...

sikap tolong menolong perlu ada dalam diri setiap masyarakat, tk kisah sesama bangsa ataupun berlainan bangsa. dgn inilah kita akan maju dan makmur.

Hamdan Hadillah said...

Bukan bangsa sendiri saja, tapi perkara yang perlu ialah tolong menolong antara semua tidak kira apa bangsa sekali pun. yang penting kita betul-betul mahu menyemaikan sifat tolong menolong itu. Harap kita semua dapat berkerjasama.

Anak Sabah said...
This comment has been removed by the author.
Anak Sabah said...

Tapi, tidak semestinya bumiputra perlu membantu bumiputra sahaja. Takkan bumiputra tidak boleh menjamu selera di kopitiam orang Cina? Saya pernah nampak ada juga banyak orang cina yang suka menjamu selera di restoran Melayu ataupun India. Takkan orang cina hanya boleh makan di restoran orang cina sahaja?
Saling membantu tidak kira bangsa barulah semangat yang patut disemai.

mike said...

yang penting adalah permuafakatan, kerjasama dan saling tolong-menolong...jika nilai murni ini diamalkan maka lebih ramai usahawan bumiputera akan berjaya..

mike said...

kerja keras sahaja tidak mencukupi...tanpa bantuan dan sokongan sesuatu perniagaan itu tidak akan berjaya..

mike said...

usahawan bumiputera haruslah mengubah sikap mereka..tidak rugi membantu rakan lain untuk memajukan perniagaan..siapa lagi nak bantu kalau bukan bangsa sendiri...

mike said...

bukan hanya bumupiutera sahaja..semua rakyat malaysia harus saling membantu tanpa mengira bangsa dan agama..dengan ini kita sebagai satu bangsa malaysia akan maju dan berdaya saing dalam cabaran globalisasi masa kini..

mike said...

bermuafakat membawa berkat...

Logop said...

Bantu membantu antara satu sama lain adalah satu sikap yang patut semua orang tidak kira bangsa mengamalkannya. Kau maju, dia maju..oleh itu,semua maju!

Unknown said...

Tidak dinafikan memang sesetengah masyarakat mempunyai fikiran seperti di atas, termasuk saya. Ini kerana sikap bumiputera itu sendiri, yang tidak memberikan perkhidmatan yang baik. Kdg2 hanya bersikap acuh tak acuh saja. Harga pula mahu mahal. Tidak seperti sikap masyarakat Cina, yang mempunyai prinsip dengan memberikan perkhidmatan yang baik, supaya sentiasa mendapat sokongan. Masalah ini hanya akan selesai apabila bumiputera mengubah sikap untuk lebih bertanggungjawab. Berfikirlah secara jangka masa panjang, bukan hanya mahu mengaut keuntungan dlm jangka masa pendek.

Unknown said...

tidak perlulah kita mementingkan sangat dengan bangsa kita. itu memang sudah tanggungjawab kita patut untuk tolong bangsa kita tapi lebih baik kita terbuka dengan semua bangsa. Kita tolong orang dan orang lain pun akan tolong kita juga.

Unknown said...

Tidak semua juga kaum bumiputera yang 'kurang' bertanggungjawab dan tidak semua juga kaum Cina yang bertanggungjawab. Cuma lebih baik jika sikap sesetengah kaum itu diubah demi kemajuan semua pihak.

mandau said...

budaya bantu membantu perlu ditetaqpkan dalam diri bermasyarakat. tk kisah kaum mana sekalipun.

Anonymous said...

sikap tolong menolong akan memudahkan lagi masyarakat kita untuk maju. tolong menolong adalah penting bukan saja sesama bangsa, malah berlainan bangsa juga patut tolong-menolong demi kebaikan semua.

Anonymous said...

dalam istilah ekonomi semua itu adalah persaingan. mana2 yang terbaik sudah tentu jadi pilihan. namun kerjasama masih perlu diketengahkan bukan sahaja mengkhusus kepada satu kaum tetapi berdasarkan kepelbagaian kaum di Malaysia.

kb girl said...

Sebenarnya dalam dunia perniagaan, penimbangan utama berurusniaga bukan dari segi bangsa tetapi diputuskan mengikut perkhidmatan yang diberi, harga, kejujuran, kualiti barang dan sebagainya.

Unknown said...

Bahasa yang sama mengeratkan perhubungan antara peniaga Cina. Saya percayai bangsa bukan faktor tunggal mempengaruhi suatu urusniaga.

Unknown said...

Cuba kita fikir, seorang peniaga Cina yang menjual barang berkualiti rendah dengan harga mahal, malah sombong. Kerana sama bangsa, seorang lagi peniaga Cina akan beli dengan peniaga ini atau tidak?

Bi said...

Keadaaan akan sentiasa sama jika orang kita sendiri tidak memulakan langkah berubah dan mengubah situasi tertentu.!!

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels