Shafie Apdal patut meneliti surat pembaca berikut yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dua hari lalu dan merealisasikan hasrat Najib Razak untuk mendahulukan rakyat.
Pengalaman perit berhari raya di Semporna, Sabah
SAYA baru menghabiskan cuti raya selama dua minggu di rumah mertua saya di Semporna, Sabah bersama suami dan seorang anak kecil.
Ini kali pertama saya beraya di Semporna, Sabah dan tentunya saya menggambarkan keindahan beraya di perantauan.
Sayang seribu kali sayang, realiti kehidupan di Semporna tidaklah sesempurna namanya. kemudahan paling asas, iaitu bekalan air bersih amat-amat kritikal. walaupun dikelilingi laut, hakikatnya Semporna amat-amat dahagakan bekalan air bersih.
Sepanjang berada di sana, hanya dua kali bekalan air dapat digunakan. saya difahamkan, bekalan air ini dicatu di kampung-kampung, tetapi tiada masalah di taman-taman perumahan dan kuarters kerajaan.
Disebabkan kekurangan bekalan air bersih, penduduk terpaksa mengharapkan air hujan untuk digunakan. ini disebabkan bukan semua rumah yang mempunyai perigi sebagai bekalan air.
Begitu juga saya yang terpaksa berjimat-jimat dan menggunakan air hujan untuk mandi, membasuh baju dan memasak.
Apa yang lebih memeritkan, anak kecil saya dijangkiti kudis seluruh badan sehingga terpaksa ke klinik sebanyak dua kali disebabkan menggunakan bekalan air yang tidak bersih.
Saya juga terpaksa ke klinik kerana cirit birit selama dua hari, juga disebabkan bekalan air yang tidak bersih.
Setahu saya, setiap tahun kerajaan memperuntukkan sejumlah bajet yang tinggi bagi Sabah dan Sarawak, tetapi kedaifan di Semporna menggambarkan seolah-olah sabah tiada pembangunan.
Tiada lampu jalan, jalan yang kebanyakannya rosak, tiada pengangkutan awam, kawasan pasar yang lecak dan kotor dan kawasan hospital yang tidak dapat dilindungi daripada anjing-anjing liar.
Saya ingin menarik perhatian Menteri Kemajuan Luar Bandar dan wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkaitan masalah ini, apakah peruntukan tinggi yang disediakan oleh kerajaan pusat saban tahun tidak dapat disalurkan kepada kawasan-kawasan kampung dan pedalaman yang lainnya?
Tidak dinafikan bahawa kerajaan ada menghulurkan bantuan dari segi kewangan dan modal untuk mereka berniaga kecil-kecilan, tetapi semua itu tidak berbaloi jika kemudahan asas yang penting masih lagi tidak dapat dibekalkan dan diatasi.
Saya sendiri tidak tahan dengan keadaan serba kekurangan ini selama dua minggu berada di sana, apatah lagi penduduk Semporna yang memang hidup serba kekurangan tetapi tidak tahu apa tindakan yang patut mereka lakukan demi memastikan generasi akan datang dapat menikmati taraf hidup yang lebih baik.
MENANTU TERKILAN
Putrajaya
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0922&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

27 comments:
Shafie wajib memberikan penjelasan berkenaan dengan isu ini lebih2 lagi Semporna merupakan kawasan beliau sendiri... adakah Semporna akan menerima manfaat dari peruntukan rm2 bilion untuk bekalan air di Sabah??
memalukan. tempat sendiri terbiar tapi memerintah kedah.
pekara ini memerlukan perhatian untuk diselesaikan. kemudahan bekalan air bersih perlu disediakan kerana ianya adalah keperluan kepada penduduk.
Memang tidak dinafikan setiap tahun ada saja peruntukan yang disalurkan untuk sabah dan sarawak, bagaimanapun peruntukan tersebut khas untuk projek-projek tertentu sahaja.
Masalah tiada bekalan air ini berlaku bukan sahaja di daerah sampurna tetapi berlaku di tempat-tempat lain juga. Susahlah untuk dijelaskan tempat-tempat tersebut nanti ada pula pihak yang terasa. Cuma diharapkan para pemimpin janganlah hanya turun padang saja tanpa mengahatui masalah rakyat.
Itu yang perlu ditanya terhadap Shafie adakah rm2billion itu akan dapat menyelesaikan masalah air di Sabah. Yang akan dibahagikan kerja kontartor oleh Shafie sendiri, Adakah semua masalah air akan selesai atau sebaliknya berlaku nanti. harap penduduk bersabar dengan bekalan air.
Keperluan air bersih sangat kritikal diperlukan oleh penduduk. Mengharapkan air dari sungai yang berdekatan dengan kawasan kampung pun tidak selamat untuk dimunum kerana terdedah dengan sisa kilang kelapa sawit dan racun rumpai semasa berlakunya hujan lebat(di pelbagai kawasan di sabah). Cirit birit, kudis dan lain-lain sudah menjadi perkara biasa berlaku. Apa pun diharap perkara ini dipandang serius, tak kan lah sampai bila-bila pun macam ini saja.
Shafie Apdal seharusnya memperjuangkan keperluan rakyat Semporna, bukankah itu kawasan Shafie?
Satu kawasan pun tidak mampu menjaga. Mampukah dia menjaga seluruh Sabah jika dia dilantik menjadi KM nanti?
keadaan Semporna sehingga kini masih lagi mundur dan daif,shafie seharusnya membangunkan kawasan Semporna.
setiap permasalahan rakyat memerlukan pemimpin untuk mengambil perhatian. semoga apa yang berlaku dapat diselesaikan.
Kawasan tersebut diatas merupakan kawasan menteri yang memegang potfolio yang bertanggung jawap terhadap pembangunan kawasan luar bandar.
Keperitan penulis tidak sepi. Pergi ke pendalaman, penulis akan jumpa ramai orang yang mengharungi perasaan yang sama dengan dia.
Marah kalau tiada bekalan air bersih ketika sambutan hari besar seperti Hari Raya.
Tambah lagi jatuh sakit yang diakibatkan air yang tercemar.
Salam One Kota Belud,
Bukan sahaja di Semporna, jirannya di daerah Kunak pun masalah sama banyak berlaku
Na jawab, jawab.. hehehe
saya pun mahu juga tau penjelasannya:P
Kampung saya ada bekalan air bersih tapi rumah saya takda sebab belum sambung paip lagi. hiihihi
So kalau soal air bersih tu no komen la, sbb saya kalau balik kampun pun memang bergantung penuh pada air sungai & hujan. hihi
Tapi kalau pasal jalan raya tu.. alahai, tolonglah kasi bagus jaln2 di kawasan pedalam Sabah. Memanglah ada juga jala & ada yang sudah kena aspal tapi punyalah banyak lubang. huhuhu
Susah betul mahu drive kereta mcm naik kuda ja rasanya. huhu
Kalau boleh Shafie Apdal, kenalah lakukan sesuatu. Pantau semua pegawai yang berkaitan dan pastikan mereka buat kerja dengan betul. Jangan biarkan rakyat terabai!!
Semoga Shafie Apdal dapat membuat perubahan yang baik d Semporna. Kalau tak, apa pula tanggapan rakyat terhadap beliau kan. Semporna tu kan kawasannya... Tapi jangan lupa juga kawasan lain, senang cerita bangunkan saja semua kawasan:P hehehe
semporna adalah satu kawasan yang cantik dan indah, ia amat berpotensi untuk dibangunkan, namun hingga kini keadaan Semporna masih lagi mundur, tiada bekalan air bersih, elektrik dan sebagainya. kerajaan harus menumpukan perhatian kepada Semporna untuk dibangunkan.
Naaa...keadaan semakin teruk bila beliau dikaitkan dengan Seorang pelakon wanita dan dikhabarkan beliau sudah bernikah di luar negara. Berkaitan dengan semporna memang tidak dinafikan masih banyak yang perlu dilakukan dan Shafie harus menjawab segala keluhan dan persoalan yang ditimbulkan, bukan sahaja dari kalangan rakyat Sabah sendiri tetapi juga orang luar yang berkunjung ke Semporna.
persoalannya, di manakah wakil2 rakyat semporna? lebih2 lagi shafie yang selaku menteri kemajuan luar bandar dan wilayah malaysia yang merupakan anak watan daerah semporna? dimana mereka?
rintihan penulis ini mewakili suara kebanyakkan penduduk semporna yang tidak mendapat kemudahan asas yang sepatutnya..kemungkinan lebih ramai yang dijangkiti penyakit cirit-birit dan lain-lain akibat daripada bekalan air yang tidak bersih..lebih memeritkan pada masa2 perayaan..
yang pasti peruntukkan yang besar diberikan kepada sabah untuk pembangunan..namun tidak diketahui sama ada peruntukkan tersebut benar2 sampai kepada rakyat atau sebaliknya..peruntukkan tersebut bukan untuk mengisi poket YB2 tetapi adalah untuk rakyat..ianya adalah wang rakyat dan bukan untuk poket YB2 yang pastinya hanya mementingkan perut sendiri.
masalah yang dihadapi oleh penduduk di semporna juga dialami oleh penduduk2 di serata malaysia terutama di kawasan luar bandar. apakah menteri berkenaan tidak mampu menjalankan tanggungjawabnya? demikian juga dengan YB2 di kawasan terbabit, apakah mereka ini hanya tahu bercakap tetapi tidak tahu menjalankan tanggungjawab mereka? najib harus memilih calon BN yang benar2 bertanggungjawab dan pilihan rakyat pada PRU13 nanti.
'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' belum benar2 dipraktikkan oleh jentera kerajaan. sesuatu harus dilakukan agar kehidupan rakyat akan lebih selesa dan selamat.
Post a Comment