19 September 2010

Pemimpin perlu rasai derita rakyat: Najib

Para pemimpin masyarakat perlu memiliki sifat rendah diri dan tawaduk dalam menjalankan tanggungjawab serta sanggup merasai kesusahan yang dialami rakyat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, seseorang yang bergelar pemimpin bukan bermakna berada pada kedudukan tertinggi atau memiliki keistimewaan tetapi ia satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

"Para pemimpin juga perlu berhemah dan sentiasa sanggup bersama rakyat tanpa mengira masa terutama ketika mereka berada dalam kesusahan.

"Oleh itu, apabila musibah atau mala petaka menimpa rakyat, pemimpin seharusnya berada di barisan hadapan dan menjiwai kesusahan rakyat serta membantu mereka," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pekan di Dataran Pekan di sini hari ini.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, beliau yakin Barisan Nasional (BN) berada di landasan yang betul kerana parti itu benar-benar berjiwa rakyat dan menjuarai kepentingan setiap lapisan masyarakat di negara ini.

''Suka saya mengingatkan selagi kita bersikap demikian dan berpegang kepada gagasan 1Malaysia iaitu rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan, pasti rakyat akan sentiasa bersama-sama BN," tegasnya.

20 comments:

azman said...

pemimpin perlu menjiwai kesusahan rakyat dan berusaha menyelesaikan setiap masalah rakyat. ini akan membuatkan pemimpin disayangi rakyat.

Bujang Senang said...

Itu memang betul kata datuk Najib. Pemimpin haruslah merasakan sendiri apa yang penderitaan yang dirasakan oleh rakyatnya. Ini boleh memotivasikan pemimpin itu sendiri.

tombolo said...

pemimpin perlulah sentiasa merendah diri dan memahami penderitaan rkyat. pemimpin seperti ini akan sentiasa dihati rkyat.

Anak Sabah said...

Berjuanglah untuk kebaikan rakyat dan bukan kebaikan diri. Pemimpin haruslah cuba mendekati dan memahami suara hati rakyat.

Unknown said...

Memang patut pemimpin merasai derita rakyat. Dengan merasainya, mereka dapat mengenal pasti masalah mereka dan cara untuk menyelesaikannya.

Unknown said...

Adalah penting untuk semua pemimpin bersikap berhemah dan sentiasa berdedikasi untuk menolong rakyat. Dengan mempunyai sikap seperti itu, rakyat akan sentiasa menyokong pemimpin.

Jason said...

Whenever problem strike the rakyat, BN should always be the first in line to help out.

Anonymous said...

sikap rendah diri dan mesra harus diamalkan oleh setiap pemimpin/ wakil rakyat..bukannya seperti kacang lupakan kulit..

Anonymous said...

seseorang pemimpin/wakil rakyat apabila dipilih janganlah berlagak, sombong, angkuh, tinggi diri dan pentingkan diri..harus diingat bahawa kuasa rakyat lah yang membolehkan pemimpin/wakil rakyat berada di atas..dengan kuasa rakyat jugalah mereka boleh dijatuhkan dan berada di bawah..

Anonymous said...

pemimpin/wakil rakyat haruslah bersungguh-sungguh melaksanakan dan bertanggungjawab sepenuhnya akan amanah yang diberikan oleh rakyat...kepentingan rakyat harus diutamakan dan bukannya kroni2 atau saudara mara sendiri sahaja seperti yang banyak berlaku pada masa kini..

Anonymous said...

bukan hanya perlu berhemah tetapi juga harus peka dan sensitif akan isu2 rakyat...bukan diketuk baru bangun dari tidur..apa yang perlu dilakukan adalah tindakan dan bukannya debat..pemimpin yang seperti ini yang akan menjadi pilihan rakyat..

Anonymous said...

konsep 'rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' harus dipraktikkan dan BN harus buktikan bahawa mereka mengamalkan konsep ini sepenuhnya..

Unknown said...

Kita mesti merasa apa perasaan yang rakyat rasai. Baru kita tahu apa yang rakyat mahukan sebenarnya. Tapi jika tidak, maka memang rakyat akan tetap dengan perkara yang sama janji yang tinggal. Pemimpin haruslah lebih berfikiran yang pemtingkan rakyatnya.

mandau said...

pemimpin kenalah selalu mendekati rkyat, ia akan disukai ramai seperti pepatah " ular menyusur akar takkan hilan bisanya".

Anonymous said...

memang patut seseorang pemimpin memahami kesusahan rakyat agar, pemimpin boleh membantu menyelesaikan masalah rakyat.

Anonymous said...

sebelum bergelar pemimpin, mereka sepatutnya telah tahu apa ciri2 yang perlu ada pada seorang pemimpin. mereka sepatutnya telah sedia maklum dengan risiko dan tanggungjawab mereka. apa jua dasar, program atau konsep yang diketengahkan oleh kerajaan atau pemimpin, sebenarnya baik tapi kegagalan pemimpin merealisasikan rancangan dan cadangan itu menyebabkan imej keseluruhan kerajaan dan parti terjejas.

kb girl said...

Jika kita mempunyai pemimpin yang turut merasai derita rakyat, kita bakal maju seperti negara-negara maju yang lain di dunia.

Unknown said...

Benar kata PM. Ini salah satu unsur penting seorang pemimpin yang baik.

Unknown said...

Pemimpin yang merasai derita rakyat adalah pemimpin yang berjiwa rakyat.
Inilah pemimpin yang patut kita cari dan sokong.

Bi said...

Apa yang dikatakan oleh PM kita perlu di ambil perhatian yang penuh. Jika boleh kita bersama2 untuk menjayakan slogan 1Malaysia!!...

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels