30 October 2010

PRK Batu Sapi: Antara SAS dan Vaccum cleaner

Sepatutnya calon-calon yang bertanding perlu menyelesaikan keperluan asas pengundi Batu Sapi, dari titi yang roboh, titi nelayan yang usang, jalan ke perkampungan yang daif dan masalah sampah saraf.

Namun bagi calon SAPP hanya sibuk dengan isu Sabah for Sabahan serta borneozatioan. Selain itu, tuduhan kepada Ketua Menteri Sabah sebagai "vaccum cleaner" projek kerajaan negeri.

Selain itu Yong juga mendakwa bahawa ramai kroni Musa Aman masih dalam siasatan SPRM dengan berbagai masalah termasuk pengubahan wang haram.

Dalam pilihanraya bermacam-macam isu dilemparkan semata-mata untuk menarik sokongan. Bagi AYT, para pengundi yang rasional tidak akan terpengaruh dengan serangan-serangan peribadi ini. Serangan ini hanya merupakan dongengan.

Namun rakyat Sabah telah tahu benar, bahawa Saham Amanah Sabah telah rugi besar, akibat swap daripada saham bluechip kepada saham biasa semasa Yong Teck Lee masih ketua Menteri dan Pengerusi Saham Amanah Sabah. Kenapa rakyat Sabah tahu? sebabnya ramai yang melanggan saham milik kerajaan negeri itu. Harga par value SAS adalah RM1.00 se sesaham, kini bernilai kadang-kadang 18sen, kadang 23 sen sesaham.

Yong cuba mengalihkan isu skandal SAS kepada pemimpin UMNO? Isu SAS telah dibicangkan panjang lebar pada persidangan DUN Sabah yang lalu. Dalam persidangan DUN itu, telah terbongkar bahawa mereka yang terlibat dalam skandal swap saham bluechip MISC milik SAS dengan saham spekulatif seperti saham sugarban adalah para individu yang ada kaitan rapat dengan Yong Teck Lee, bukannya para pemimpin UMNO, bukan Musa Aman atau Salleh Said Keruak.

Isu Yong Sabah for Sabahan dan Borneozation hanya retorik, sebabnya Yong pernah menjadi Ketua Menteri Sabah 1996-1998. Semasa ditampuk kuasa Yong memunji-muji BN, di mana sahaja ada peluang. Slogan Yong masa itu, BN Boleh, Sabah Boleh, SAPP Boleh. Apa sebab Yong kini melupakan semua slogan itu? sebabnya Yong tiada kuasa lagi, Yong tidak dapat projek lagi, Yong tiada keistimewaan lagi.

Pada PRU-12 lalu, Yong mendesak Musa Aman agar dia diberikan kawasan Parlimen Kota Kinabalu, namun Musa Aman enggan; kerana kerusi itu milik PBS. Disebabkan Yong gagal mendapatkan kerusi itu, maka Yong sabotaj calon BN, sehinggakan kerusi Parlimen Kota Kinabalu jatuh ke tangan DAP.

Selain itu, Yong "mengaus" tidak mahu bertanding, walaupun Musa Aman memberinya peluang memilih kawasan-kawasan lain, namun Yong hanya mencadangkan agar dia di lantik sebagai Senator.

Apabila keputusan PRU-12 diketahui, di mana BN kehilangan 2/3 majoriti di dewan rakyat, Yong mendesak Musa Aman melantiknya sebagai senator sekaligus sebagai menteri penuh di kabinet persekutuan. Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri masa itu, tidak bersetuju dengan cadangan itu. Akibat daripada itu, maka Yong keluar BN dengan alasan telah hilang kepercayaan terhadap Abdullah.

Seebenarnya itu bukan sebab utama Yong keluar BN, sebabnya adalah kerana Yong dijanjikan jawatan Timbalan Perdana Menteri 2, bagi mewakili Sabah dan Sarawak dan keturunan cina dalam kabinet Anwar Ibrahim, hasil daripada gerakan 16 september 2008.

Yong dalam politik memang bercita-cita besar dan bernafsu besar. Tahun 1990 diambang pembuangan undi Yong dan kuncu-kuncunya memberi kata dua kepada Tan Seri Pairin Kitingan, jika PBS tidak keluar BN, maka mereka akan keluar. Pirin tiada pilihan kerana jumlah kerusi yang ditandingi kuncu-kuncu Yong membolehkan mereka menubuhkan kerajaan. Pairin terpaksa akur. Terjadilah peristiwa Tikam Belakang.

Disebabkan PBS menikam belakang BN, maka Tun Mahathir mengumumkan kemasukkan UMNO ke Sabah, dengan jemputan Tun Mustpaha. Usno dibubarkan dan secara enblok semua ahli USNO akan menjadi ahli UMNO.

Akibat undang-undang anti-lompat DUN Sabah, maka Tun Mustapaha kehilangan kerusi DUN Usukan. PRK terpaksa diadakan di DUN Usukan Kota Belud. Tun Mustapha mewakili UMNO-BN di tentang JAP OMAR calon PBS. Seperti diduga, Tun Mustapha menang mudah, sebab itu lah Kota Belud dipanggil sebagai Tempat lahirnya UMNO Sabah.

Pada PRU (1994)-Sabah, secara tidak diduga, Yong Teck Lee sekali lagi menikam, kali ini menikam Tan Seri Pairin. Yong keluar PBS dan menubuhkan SAPP. SAPP bergabung dengan AKAR-LDP dan UMNO sebagai BN-Sabah.

Pada PRU 1994, gabungan BN itu tidak menang, PBS yang menang. Namun, apabila Datuk Lajim dan Rubin Balang keluar PBS dan seterusnya masuk UMNO, maka tumbanglah kerajaan PBS.

BN menjadi kerajaan Sabah ketika itu. Jumlah parti yang bergabung dalam BN-Sabah telah bertambah: KINI BN-Sabah dianggotai: UMNO-LDP-UPKO-PBRS-MCA-MIC-Gerakan-PBS. PBS dietrima semula pada tahun 2002.

Melalui senario di atas, adalah jelas, YONG berjuang bukan untuk kepentingan rakyat Sabah sepertimana yang digembar-gemburkannya. Yong berjuang dimana ada peluang disitu lah dia berada.

Kepada pengundi Batu Sapi, jangan lah terpancing dakyah Yong Teck Lee. Dipetik dari blog Apa yang tersirat.

11 comments:

mai said...

Yong hanya pandai mengkritik tapi semua orang tahu bagaimana prestasinya ketika menjadi KM Sabah dulu.

mandau said...

nampaknya beginilah sikap Yong yang sebenar, dia seorang yang tidak boleh dipercayai. semasa dia menjadi Ketua Menteri Sabah, ia menyebabkan SAS mengalami kerugian besar. kepada semua rkyat. jgn mudah terpedaya dgn Yong Teck Lee.

evan medhousky said...

satu penjelasan yang cukup menarik. selain itu Yong juga tidak patut menimbulkan isu2 berat ini semata2 untuk kepentingan politik beliau. isu itu perlu dibawa kedalam satu bentuk perbincangan yang lebih bersifat penyelesaian dan legislatif.

evan medhousky said...

semasa Yong menjadi Ketua Menteri juga terlalu banyak hak2 rakyat dikatakan telah dinafikan oleh beliau dan antaranya adalah geran2 tanah untuk kampung2 tradisional melayu seperti kawasan Inanam, Gudon, Tebobon, Karambunai dan Menggatal tidak diluluskan bagi tujuan pemilikan kerajaan negeri untuk keuntungan peribadi). tiada kontrak untuk kontraktor bumiputra. tiada peluang pekerjaan untuk anak2 Bumiputra...

evan medhousky said...

YTL yang kononnya sedang berjuang atas konsep Sabah Sabahan dan mengembalikan kuasa autonami Sabah dilihat mempunyai agenda yang cukup licik dan memperalatkan pilihanraya kali ini untuk beliau terus merencanakan agenda peribadinya. pengundi di Batu Sapi seharusnya melihat lebih jauh tentang peranan, sikap, sifat serta betapa oportunisnya bekas Ketua Menteri Sabah ini seandainya mereka mahu memilih YTL sebagai wakil rakyat mereka. rekod masa lampau YTL perlu dinilai sebaiknya oleh pengundi2 Batu Sapi.

amrul said...

ara pengundi yang rasional tidak akan terpengaruh dengan serangan-serangan peribadi ini. Itulah yang patut kepada pengundi. Yang bersaing bukan Datuk Musa tapi Datin Linda kenapa mahu membabitkan Datuk Musa dalam hal ini sedangkan ini tidak berkaitan dengan beliau pun. inilah politik SAPP yang menburukkan orang lain. Kita boleh fikirkannya sendiri.

eika said...

semua orang tahu tentang isu SAS. Yong cuba menutup kesalahannya tapi orang ramai pasti tahu apa yang berlaku sebebnarnya.

supra said...

kerugian SAS oleh YTL membuktikan bahawa YTL tidak boleh mentadbir Sabah dengan baik.

Antanum said...

Sebenarnya Yong hanya ingin melihat bagaimana sokongan penduduk d batu sapi terhadap SAPP. Beliau hanya ingin mengatur strategi untuk pilihanraya yang akan datang..... segala apa yang beliau katakan hanya la retorik semata...

Jonny said...

SAPP hanya mahu memainkan isu-isu lampau dan bukan ikhlas mahu menyelesaikan masalah tersebut. Rakyat perlu pandai menilai calon-calon ini sebelum memberi sokongan.

Jonny said...

Yong bukan ikhlas mahu memperjuangkan hak rakyat Batu Sapi. Pilihan raya kecil ini hanya digunakan untuk mengukur sokongan rakyat terhadap SAPP.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels