18 October 2010

Projek Pembangunan: Sabah dan Sarawak dianak tirikan

Walaupun Sabah dan Sarawak penyumbang terbesar kepada pendapatan negara, terutama hasil minyak dan perladangan, namun agihan projek pembangunan bagi ke dua-dua negeri itu terlalu sedikit.

Dalam RM-10 misalnya sejumlah RM 110 billion projek dialokasikan di Semenanjung, namun bagi Sabah dan Sarawak hanya berjumlah RM 10 bilion.

Sebagai rekod sejak 5 tahun lalu, pendapatan tahunan negara daripada minyak adalah RM60 bilion setahun, dimana 40% daripadanya adalah sumbangan Sabah dan Sarawak.

Namun dari segi agihan pembangunan terutama melalui RM-10, Sabah dan Sarawak menerima kurang daripada 10% daripada jumlah kos projek yang dilaksanakan di Semenanjung.

Walaupun Sabah dan Sarawak telah menyeretai Semenanjung untuk membentuk negara Malaysia sejak 47 tahun lalu, keadaan infastruktur di dua negeri itu cukup ketinggalan.

Bekalan air bersih umpamanya, masih merupakan masalah utama penduduk negeri itu. Sementara kadar kemiskinan, masih di atas 10%.

Melalui bajet 2011 yang dibentangkan oleh Najib pada jumaat lalu, Sabah dan Sarawak hanya menerima RM 2.1 bilion untuk pembangunan infrastruktur, manakala di semenanjung hampir RM7 bilion.

Semenanjung juga akan menerima pembangunan sebanyak RM 40 bilion melalui pembinaan MRT di Lembah Klang, bangunan Warisan Merdeka dengan kos RM5 Bilion, RM 26 bilion untuk KLIFD (KL International Financial District) dan RM 10 bilion pembangunan hartanah di Sungai Buloh, Selangor.

Di mana kah silapnya?

Apa kah UPEN Sabah tidak mengemukakan kertas cadangan untuk tujuan permohonan bajet?

Apa kah yang dilakukan oleh para wakil rakyat Sabah? Apakah mereka dijangkiti sindrom malu? Atau kah mereka tidak tahu merancang?

Untuk membuat suatu perancangan, selain pengetahuan, juga jalinan antara para pegawai di Semenanjung sangat perlu. Apa kah para pegawai negeri hanya tersipu-sipu di kandang sendiri?

30 comments:

mai said...

Sabah dan Sarawak memerlukan perhatian yang lebih daripada kerajaan persekutuan. harap Bajet 2011 yang diumumkan oleh PM akan dapat membangunkan Sabah dan Sarawak dan menjadikan kedua-dua negeri lebih maju pada masa akan datang.

Jonny said...

Sabah dan Sarawak berhak mendapatkan layanan yang sama rata dengan Semenanjung.

Jonny said...

Diharapkan kerajaan pusat tidak akan mengangap kita sebagai deposit tetap lagi.

Norimah said...

Memang kerajaan Pusat ibarat memandang Sabah dan Sarawak sebelah mata saja. Sabah dan sarawak merupakan deposit penting dan pendapatan tertinggi negara. sepatutnya kedua negeri ini mendapat bajet yang lebih berbanding dengan negeri lain. Jangan sampai rakyat Sabah dan Sarawak benci kerajaan. Banyak lagi parti lain yang mahu memimpin Sabah dan Sarawak. Oleh itu kerejaan Pusat fikirkanlah.

mantra said...

Sabah dan Sarawak lebih memerlukan pembangunan, masih byk kawsan di kedua negeri ni yang masih mundur dan perlu dibangunkan. bajet yang diperuntukkan perlulah digunakan dgn setelusnya.

Nurul said...

Memang bajet 2011 itu tidak cukup untuk Sabah dan Sarawak. Semananjung memperolehi RM100++billion, manakala Sabah dan Sarawak hanya RM10--billion untuk bajet tersebut. Tidakkah jumlah tersebut agak besar perbezaannya. Kerajaan pusat fikirkanlah.

ali asgar said...

Sepatutnya Sabah dan Sarawak mendapat peruntukkan yang lebih berbanding semenanjung. Harap PM akan membuat semua bajet 2011 tersebut.

evan medhousky said...

ketempangan Belanjawan 2011 akan memberi manfaat kepada Pakatan Rakyat dengan menyedarkan masyarakat bahawa kerajaan yang konsisten adalah kerajaan yang mendahulukan kepentingan masyarakat tanpa menyisihkan sektor-sektor penting pembangunan negara.

evan medhousky said...

jika 110 bilion dibahagi dengan 11 negeri di semenanjung masing2 mendapat 10 bilion peruntukan. kalau kita ikut istilah negeri, mungkin peruntukan ini adil kerana masing2 mendapat 10 bilion. tapi jika kita lihat faktor sejarah, keluasan dan sumbangan, Sabah dan Sarawak wajar menerima lebih dari itu..

Alexandra said...

Tengok saja saiz Sabah Swak sudah cukup melebihi Semenanjung Msia. Kenapa mereka benar2 membezakan layanan di antara Sbh&Swak dgn SM? Jauh beza betul bajet yang diberikan. Itu pun mungkin cukup2 masuk dalam poket sesetengah pihak saja. Untuk rakyat, umpama melepaskan batuk di tangga sajalah kualiti jalanrayanya.

Alexandra said...

Kami hanya mahu taraf jalan raya kami menjadi setaraf dengan Semenanjung, itu pun orang Smjung sudah marah jika jalan raya mereka tidak diperbaiki. Jadi bagaimana dengan kami yang sudah bertahun-tahun masih belum mempunyai taraf jalan raya yang setimpal dengan peruntukan? Masalah bekalan air bersih pun belum selesai. Teringat dengan peruntukan sebanyak 2Billion yang diberikan baru-baru ini.

Alexandra said...

Benar kata Norimah, jangan sampai Sabah&Swak benci dengan kerajaan. Kelak Fixed Deposit kalian hilang selamanya.

supra said...

Sabah dan sarawak sebenarny perlulkan lebih byk peruntukan kerana masih byk lagi pembangunan yang diperlukan.

eika said...

harap Sabah dan Sarawak akan menjadi lebih maju dan tidak ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.

moon said...

Kerajaan BN tidak sedar akan kepentingan Sarawak Sabah yang merupakan tunjang kuasa mereka. Jika Sabah Sarawak berpaling tadah, Puterajaya bakal dihuni penghuni baru.

Paquin said...

Oleh kerana saya sabahan saya sememangnya mengahrapkan agar Sabah/Sarawak dapat perhatian sepenuhnya :)

Paquin said...

Ya Jonny. Sabah & Sarawak memang layak dapat layanan yang sama rata kerana jika SS dapat layanan yang sama, saya yakin SS juga mampu membangun lebih pesat lagi.

Paquin said...

Tapi bagi saya SS kini turut menikmati embanguna bah, walaupun tak sepesat di semenanjung.. At leasr ada la kan..

Paquin said...

Tapi bagi saya SS kini turut menikmati embanguna bah, walaupun tak sepesat di semenanjung.. At leasr ada la kan..

Paquin said...

Semoga perkara ini diberi perhatian sewajranya oleh kerajaan. Jangan sibiarkan saja, takut nanti SS jauh hati dengan kerajaan pusat pula:P

Paquin said...

Apapun saya harap, Sabah & Sarawak kaan terus bekembang maju. Gunakan peruntukan yang disediakan sebaik mungkin.

alanbb said...

Sudah lama kita sebagai satu keluarga besar Malaysia, lihat pembangunan Sabah Sarawak dan bandingkan dengan Semenanjung, jauh beza.

botkaki said...

Pemimpin Sabah Sarawak mesti berani menuntut bahagian yang lebih besar dalam peruntukan pembangunan negara.

ramarama said...

JIka tidak puas dengan pembangunan yang dirancang dan terasa dianaktirikan, peluang paling baik untuk membantah adalah semasa PRU 13 yang akan datang

jinn said...

Peruntukan serta perancangan pembangunan untuk Sabah Sarawak dalam bajet terkini memang kurang.

baba said...

Sabah dan Sarawak perlu perutukan dan perhatian yang lebih. BUkan sekadar peruntukan wang tetapi rancangan yang rapi yang boleh dijalankan di kedua negeri Borneo ini.

mike said...

kemajuan bukan diukur di semenanjung sahaja tetapi seluruh negara..jika terdapat negeri2 yang mundur maka untuk mencapai status negara maju adalah mustahil bagi negara.

mike said...

perancangan yang rapi harus ada agar budget boleh diperuntukkan..oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kerajaan negeri dan agensi berkaitan untuk membentuk rancangan pembangunan negeri sabah dan sarawak.

mike said...

kerajaan pusat juga tidak harus terus-menerus membidas hak sabah dan sarawak..perjanjian 20 perkara dan 18 perkara harus dihormati..sabah dan sarawak telah banyak menyumbang kepada pendapatan negara, maka harus dibalas dengan setimpal.

Antanum said...

saya rasa bukan mereka tidak membuat kertas kerja tapi semuanya adalah ditangan federal, jadi macam mana??

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels