11 June 2012

Lajim bercakap seperti pembangkang-tapi ahli pembangkang pula puji kerajaan

Datuk Lajim menepis ramalan bahawa beliau akan menyertai PKR semalam, semasa lawatan Anwar Ibrahim ke Sabah.

MP Beaufort itu berkata, disebabkan beliau bercakap seperti pembangkang, atas asas itulah beliau diisukan akan menyertai pembangkang.

Lajim mengakui pendekatannya seolah-olah seperti pembangkang, kerana kononnya kehendak rakyat yang diwakilinya.

Tetapi apa yang pelik, pembangkang pula memuji kerajaan, atas sebab itu pada Khamis 7 Jun lalu seramai 80 pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) kawasan Beaufort bertukar haluan menyertai Barisan Nasional (BN) dalam satu majlis khas di Beaufort, Sabah.

Bekas pemimpin PKR yang juga calon bagi kawasan Parlimen Beaufort pada pilihan raya umum ke-12 (PRU12) lepas, Lajim Yusoff berkata keputusan menyertai BN kerana kepercayaan ke- pimpinan Ketua Menteri Sa- bah Datuk Seri Musa Aman yang membawa pelbagai pembangunan pesat di negeri ini.

“Kami menyertai BN kerana percaya BN betul-betul boleh memajukan Sabah di bawah kepimpinan Datuk Seri Musa Aman kerana selama ini kami perhatikan semua projek Sabah khasnya di Beaufort semuanya berjalan lancar.

Kami tidak percaya lagi kepada parti pembangkang (PKR) yang hanya berangan-angan untuk memerintah negeri Sabah,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian Umno kepada Musa di kediaman Menteri Pembangunan Mas- yarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Azizah Mohd Dun di Kampung Limbawang di sini.

Lajim yang pernah menyertai PKR selama lapan tahun itu berkata sewaktu berkempen pada PRU12 lepas, pe- mimpin PKR hanya pandai menaburkan bermacam- macam janji, sebaliknya tidak ditunaikan untuk penduduk kawasan Beaufort.

Beliau berkata tindakannya dan rakan-rakan lain menyertai BN adalah secara sukarela selepas menyedari PKR tidak mempunyai hala tuju jelas dalam usaha membela nasib rakyat di negara ini.

Sementara itu, Musa yang mengalu-alukan penyertaan itu berkata penyertaan bekas penyokong PKR itu membuktikan mereka sedar hanya BN adalah satu-satunya parti yang sentiasa berjuang menjaga kebajikan rakyat terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Mereka sedar tiada guna berada dalam pembangkang yang tidak buat apa-apa kebaikan untuk rakyat kerana BN sentiasa berjuang untuk kebaikan rakyat terutama perdana menteri (Najib) yang telah memberi pertolongan dan peruntukan untuk Sabah.

“Saya kagum dan senang hati atas kesedaran bekas ahli PKR yang masuk ramai-ramai (Umno) dan saya ucap tahniah dan terima kasih dan saya percaya banyak lagi anggota PKR akan sertai BN pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, ketika berucap Musa yang juga anak jati kelahiran Beaufort berkata kerajaan negeri bercadang me- wujudkan sebuah empangan di bahagian Hulu Sungai Padas iaitu di daerah Kening- au, Tenom dan Beaufort bagi mengatasi masalah banjir di daerah Beaufort.

“Perkara ini sedang diusahakan untuk mengatasi masa- lah banjir di kawasan Beaufort kerana saya amat memahami masalah (orang) Beaufort kerana saya juga anak Beaufort dan rakyat Sabah harus buat keputusan tepat dan paling baik berdasarkan track record BN yang berkhidmat dan mendahulukan rakyat di bawah pentadbiran perdana menteri (Najib),” katanya.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said,Bendahari Umno Negeri, Datuk Hajiji Haji Noor, dan para pemimpin tempatan.

7 comments:

mantera said...

Lajim dan beulang kali katakan dia akan terus bersama BN. pembangkang yang sengaja timbulkan hal ini.

anonymous said...

bukan lajim ukin yg keluar Barisan,tapi Lajim Yusof yang Keluar PKR.

Unknown said...

Apa pun yang orang ingin katakan yang pasti Lajim cuma memberikan pandangan yang baik untuk semua.

Anonymous said...

Apabila menteri memberi kenyataan, pihak lain kadang2 sering menyalah tafsirkannya.

Anonymous said...

Tidak mustahil jika khabar angin seperti ini disebarkan lagi bila PRU13 semakin hampir untuk kelirukan rakyat.

Kris Jr said...

Setiap pemimpin mempunyai pandangan dan pendapat tersendiri. Lagi pun BN mengamalkan demokrasi dalam parti.

Mumbai said...

ini menunjukkan jika Lajim keluar meninggal BN dan menyertai parti pembangkang, beliau sebenarnya sedang bergerak kebelakang..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels