13 October 2010

Sambutan kepada Saifie Apdal: Tabik kepada penganjur

Tidak dapat dinafikan bahawa kejayaan sesuatu majlis adalah terletak kepada penganjuran. Dalam ini anggota penganjur.

Apabila penganjur benar-benar menjalankan tugasnya sebagai penganjur, apapun majlis yang diadakan pasti ramai yang datang.

Majlis kenduri misalnya, jika penganjur kenduri itu melaksanakan jemputan yang bertubi-tubi kepada sesiapa sahaja, pasti, kehadiran akan ramai.

Majlis Hariraya anjuran PKMM cawangan Sabah yang diketuai oleh Awadnir Matanggal, menganjurkankan majlis Hariraya pada 10-10-2010 di kg Botung Kota Belud dengan tetamu kehormat Menteri Pembangunan Luarbandar dan Wilayah, Datuk Safie Apdal.

Seperti gambaran penulis blog Sekaliketok.blogspot.com bahawa kehadiran orang ramai cukup banyak serta sambutan terhadap tetamu kehormat diiringi oleh para penunggang motosikal seramai 130 orang bermula daripada Pekan Kota Belud, sementara di kg Botung, Safie menaiki pickup terbuka yang dihisai tradisi Bajau dan didahului oleh para penunggang kuda sama dan iranun; menggambarkan bahawa penganjur telah berjaya. Sybas kepada Awadnir!.

Majlis Hariraya adalah acara makan-makan. Selain itu kehadiran tidak menghampakan, selain dapat menjamu selera, wang minyak ditanggung beres.

OKB tidak sempat hadir, disebabkan demam yang teruk. Tiada sekatan daripada sesiapa untuk tidak hadir. Mungkin OKB bukanlah pemimpin, hanya ahli UMNO biasa, dan mantan penyaja UMNO tahun 1990!.

Sebelum majlis itu, OKB sempat berjumpa TSP, SSK dan Musbah Jamli. Ketiga-tiga pemimpin ini tidakpun berbicara mengenai majlis tersebut, apatak lagi menghalangnya. TSP pada masa yang sama menyempuranakan hari pertungan anaknya, sementara SSK telah mengesahkan kehadirannya pada majlis TSP itu, lebih awal daripada majlis di kg Botung itu. Demikian juga Musbah Jamli, ada program terawal yang dia telah komited lebih awal daripada majlis itu.

Menuduh para pemimpin Kota Belud mensabotaj majlis itu, kalau lah benar, sudah tentu kehadiaran orang ramai tidak lah sepertimana gambaran para penulis blog Kota Belud.

Yang jelas tiada sabotaj! yang benar adalah majlis itu dianjurkan secara tergesa-gesa, oleh orang-orang tertentu termasuk Awadnir; atas sebab itu para pemimpin Umno daerah tidak dapat meluangkan masa disebabkan telah komited dengan program lain. Peribahasa "Kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu daleh" sebenarnya tidak tepat!

Kehadiran tidak menggambarkan sokongan! OKB rasa ramai yang setuju dengan ayat ini.

Gambaran bloger sekaliketok bahawa Safie Apdal disambut luarbiasa oleh akar umbi Kota Belud, menunjukkan bahawa para pemimpin Kota Belud khasnya tidak mensabotaj majlis itu.Fikir-fikirkan lah

17 comments:

evan medhousky said...

ini bermakna pemimpin2 yang tidak hadir dalam majlis tersebut bukan atas pendirian masing2 tetapi terikat dengan komitmen lain. ini yang perlu kita ketahui terlebih dahulu sebelum membuat sebarang spekulasi negatif.

Logop said...

Saya setuju dengan kenyataan OKB bahawa Kehadiran tidak menggambarkan sokongan.

Logop said...

Kalau betul para pemimpin Kota Belud mensabotaj majlis itu,tidak mungkin ramai yang hadir. Lagipun, majlis tersebut dianjurkan secara tergesa-gesa. Kalau majlis dianjurkan dengan tidak tergesa-gesa, sya pasti pemimpin OKB akan datang.

Jonny said...

Terima kasih OKB kerana menjelaskan perkara sebenar. Rupanya semua pemimpin yang lain ada hal masing-masing.

Jonny said...

Itulah kita kena mengenal pasti dahulu sesuatu sebelum membuat spekulasi secara melulu.

ali asgar said...

Nah kan kita tahu sudah kenapa ahli UMNO tidak dapat hadir pada masa itu. Ini program dibuat secara mengejut tanpa ada pemberitahuan jadi ini yang menyebabkan ahli kuat UMNO tidak dapat hadir kerana telah ada program yang lain yang telah dirancang.

Nurul said...

oleh itu pada orang-orang yang telah membuat andaian sendiri sebelum ini bertaubatlah dan janganlah suka membuat andaian sendiri jika tidak pasti kebenarannya.

Samsiah said...

Apa pun tahniah juga kerana program itu berjalan dengan lancar. Sebagai pemimpin memang banyak kerja dalam seharian. Maka ini yang terjadi dengan ahli UMNO KB. Mereka telah plan awal apa yang mahu dibuat. Kehadiran Shafie itu secara mengejut meyebabkan mereka xdapat datang kerana ada acara lain yang lebih awal dirancang.Jadi janganlah kita menjadikan ini sebagai isu kenapa mereka xdatang masa majlis kehadiran Shafie.

eika said...

artikel OKB ni telah menjawab segala persoalan yang timbul..ada pihak yang sengaja buat macam-macam spekulasi tentang pemimpin-pemimpin yang tidak hadir..pengajarannya, jangan suka buat macam-macam andaian kalau tidak tahu pekara sebenar.

mantra said...

nampaknya pemimopin UMNO kota Belud tidak menghadiri majlis tersebut kerana ada komitmen lain, mereka juga sebenarnya menyokong majlis tersebut, kabar angin yng mengatakan terdapat permasalahan antara pemimpin KB dan Shafie nampaknya tidak benar.

mai said...

semuanya sudah terjawab. pemimpin-pemimpin Kota Belud yang lain mempunyai komitmen yang menyebabkan mereka tidak hadir ke program tersebut.

supra said...

namapaknya hubungan Shafie dgn pemimpin KB adalah baik, harap lepas ni tiada lagi timbul sebarang spekulasi mengenai perkara ini.

Jari said...

10/10/10 kan tarikh cantik..semua orang pun mo kahwin, tunang, konvo..terlalu banyak komitmen. apalagi pasal politik yang last2 minute.

Antanum said...

Masih terlalu jauh untuk memuji tetapi tidak menjadi masalah jika kita memuji untuk menaikkan semangat untuk terus berjuang...

Paquin said...

At least ada penjelasan :)

Paquin said...

Hal ni dah dijelaskan so janganlah kita buat andaian yang bukan2 lagi :)

Paquin said...

Hahhahaa, betul tu Nurul. Tengok ada sebab munasabah bah kejadian yang berlaku tu. hihi

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels