6 October 2010

Sesuatu keputusan dibuat berasaskan kepada keadaan; keputusan boleh berubah-ubah berasaskan masa

KEPUTUSAN boleh berubah-ubah berasaskan masa. Demikian juga sesuatu kesimpulan melalui penyelidikan, akan berubah mengikut masa. Berpaksi kepada keadaan ini, sebab itu timbul istilah dalam politik- tiada musuh selamanya, demikian juga tiada kawan selamanya.

Selain daripada itu, usia berkecimpung dalam dunia politik, tiada batas dan had masanya. Ukurannya, selagi seseorang ahli politik itu mempunyai sokongan, maka selagi itu, seseorang pemimpin politik itu masih boleh meneruskan kerjayanya dalam bidang politik.

Isu politik Sabah yang dikatakan ada "pergolakan" terutama mengenai perebutan jawatan Ketua Menteri, sering menjadi perhatian para penganalis politik negeri ini.

Terkini, dikatakan bahawa ada pergeseran antara Datuk Musa Aman dan Datuk Safie Apdal.

Tiada yang mengetahui punca sebenar kenapa peregeseran boleh berlaku? Ada yang mengatakan pergeseran tersebut, berpunca daripada "perubahan" hubungan antara Datuk Salleh dan Musa Aman.

Sebelum PRU-12 khyalak telah maklum, bahawa hubungan antara Musa Aman dan Salleh berada pada tahap yang sangat kritikal. Atas sebab itu, Salleh yang pada masa itu adalah ahli parlimen Kota Belud, tidak dipilih mempertahankan kawasan tersebut atas tikit BN, sebaliknya digantikan oleh orang luar daerah.

Sebelum pembubaran dewan rakyat pada 2008 untuk membolehkan PRU-12 diadakan, Datuk Safie Apdal adalah timbalan pengerusi perhubungan umno negeri, merangkap penasihat USBO. Namun, pada PRU-12 lalu, 3 pemimpin utama USBO, yakni Salleh Tun Said, Pandikar Amin dan Amirkahar Tun Mustapaha digugurkan sebagai calon.

Pada masa itu, bagi mereka yang tidak mengetahui cerita sebenar, telah dengan rasminya menuding jari kepada Musa Aman. Musa Aman telah dituduh menggugurkan 3 nama tersebut, walaupun kononnya pada senerai asal nama-nama pemimpin USBO tersebut telah tersenarai pada awalnya.

Masa berlalu. Kebenaran juga semakin terselak. Akhirnya, kebenaran itu sedang beraksi pada ketika ini.

Perlantikan Salleh sebagai Timbalan pengerusi perhubungan umno negeri, bukan sahaja memperkukuh kedudukan umno negeri, malah hubungan antara Musa dan Salleh telah menjelma bagaikan isi dan kuku.

Datuk Salleh telah berjaya menterjemah hasrat persiden parti, kerana itu, Sabah diiktiraf sebagai simpanan tetap BN.

Sementara BN Sabah mengorak langkah memperkemas jenteranya bagi menghadapi PRU-13, ada petualang-petualang dalam BN mencuba merosakkan rentak itu.

Bermula dengan kenyataan presdien UPKO, Bernard Dompok, yang kononya penghalang utama 1Malaysia adalah para pemimpin Umno sendiri. Kemudian disusuli oleh kenyataan Timbalan Presiden LDP yang mengatakan bahawa dia (bukan parti LDP) tidak boleh berkerjasama dengan Musa Aman.

Ada juga aktiviti-aktiviti yang cuba dijalankan bagi mencuit kerjasama antara Musa Aman dan Salleh Tun Said. Ada juga aktiviti yang cuba ditonjolkan seolah-olah Umno negeri tidak kompak.

Majlis yang dianjurkan oleh PKMM cawangan Sabah di Kota Belud pada 10 Oktober yang menjemput Datuk Safie Apdal sebagai tetamu kehormat, dikatakan mempunyai niat tersirat.

Walaupun majlis tersebut pada zahirnya dianjurkan oleh PKMM, akan tetapi semua individu yang terlibat adalah ahli-ahli Umno, termasuk Timbalan Ketua Bahagian, seorang AJK bahagian, 3 mantan pemimpin bahagian.

Tujuan pengajuran majlis tersebut adalah untuk menunjukkan kepada Safie Apdal sebagai Naib persiden Umno, bahawa umno Kota Belud khasnya dan umumnya Sabah, belum benar-benar bersatu di bawah kepimpinan Musa Aman-Salleh Tun Said.

Apakah majlis tersebut berjaya atau tidak menghimpun orang ramai, bukanlah isunya. Isunya adalah- kenapakah para pemimpin UMNO tidak boleh bersatu? dilain pihak mahukan rakyat bersatu? Fikir-fikirkan lah.

13 comments:

Jonny said...

Cara lama mungkin tidak lagi sesuai untuk keadaan semasa kerana situasi dulu tidak sama dengan situasi sekarang. Kita perlu berubah mengikuti masa supaya tidak terpingir.

Jonny said...

Kita juga sepatutnya membuat keputusan berdasarkan keadaan kerana bukan semua cara bersesuaian. Selamat berjuang semua.

mai said...

saya setuju bahawa keputusan dibuat berasaskan keadaan. semua pihak perlulah bersatu untuk menjadi lebih kuat dan dihormati.

Nurul said...

Betul kata penulis ini. Keputusan boleh berubah-ubah pada bila-bila keadaan dan juga masa. Manusia memanga akan mempunyai pemikiran yang cepat dipengaruhi. Ini yang memyebabkan sesuatu itu akan berubah.

neiji sheito said...

dalam politik apa2 sahaja boleh berlaku termasuk yang diluar jangkaan kita...

ferlo said...

senario politik kena berubah mengikut peredaran masa dan keperluan rkyat. rkyat inginkan perubahan.

Antanum said...

Arena politik yang dicorakkan oleh pelbagai pihak tetapi saya percaya bahawa hanya rakyat sahaja yang mampu untuk melakukan perubahan itu...

eika said...

keputusan yang dibuat perlulah sesuai dengan keperluan dan keadaan. yang penting semua kena bersatu untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

supra said...

jika nak berubah pun, berubahlah kepada keadaan yang lebih baik. itu yang diinginkan rkyat.

Jari said...

People changed.. for better or worst up to you..

mike said...

"kenapakah para pemimpin UMNO tidak boleh bersatu?"

bukan semua pemimpin UMNO tetapi hanya segelintir sahaja yang menggunakan parti sebagai platfom untuk memenuhi kepentingan peribadi.

mike said...

memang sesuatu keputusan itu harus dibuat berasaskan kepada keadaan semasa dan boleh berubah mengikut kesesuaian. jika tidak, maka akan menjadi kelam kabut dan sesuatu keputusan itu akan dilihat sebagai tidak relevan.

mike said...

yang penting, sesuatu keputusan yang dibuat itu haruslah difikirkan yang terbaik, relevan dan memenuhi segala kriteria yang diperlukan bagi mencapai sesuatu matlamat. namun, membuat keputusan bukan sesuatu yang mudah..terpulang kepada seseorang itu untuk mendapatkan apa yang terbaik.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels