16 August 2011

Timbalan Presiden LDP desak SPRM percepat siastan terhadap Datuk Musa Aman

Desakan Parti Liberal Demokratik (LDP) supaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan siasatan ke atas kes penggubahan wang haram yang membabitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman pasti akan menjadi buah mulut untuk beberapa hari mendatang.

Ini kerana desakan itu bukan datang daripada luar, tetapi daripada salah sebuah parti komponen BN sendiri.

Dalam kenyataannya, Timbalan Presiden LDP, Chin Su Phin berkata, memandangkan PRU ke-13 dijangka berlangsung dalam masa terdekat, isu tersebut wajar diselesaikan sesegera mungkin.

Penyiasatan SPRM ke atas kes tersebut bermula sejak akhir 2008, namun sehingga kini tidak menampakkan sebarang kemajuan.

Menurut Chin, kes tersebut didakwa melibatkan beberapa pemimpin tempatan tetapi kebanyakannya memainkan peranan kecil, manakala dalang utamanya masih gagal dicekup oleh SPRM dan masih memainkan peranan di belakang tabir.

“Kami rakyat Sabah mahu mengetahui perkembangan kes ini,” kata Chin dalam satu laporan di Freemalaysiatoday.

“Saya berharap SPRM akan menyiapkan penyiasatan ke atas mereka yang terlibat, di Sabah dan Sarawak, dan menghadapkan mereka ke mahkamah sebelum PRU ke-13,” tambahnya.

Menurut Chin, walaupun diakui SPRM bekerja keras memerangi rasuah, namun apa yang dilihat sekarang ialah mereka hanya mengherey bekas-bekas pemimpin ke mahkamah, manakala pemimpin sedia ada yang terlibat dengan rasuah masih dibiarkan bebas.

Perlu disebut bahawa nama Musa pertama kalinya dikaitkan dengan penggubahan wang haram apabila seorang yang bernama Michael Chia, yang dipercayai mempunyai kaitan dengannya, ditahan di Lapatangan Terbang Antarabangsa Hongkong pada Ogos 2008.

Ketika ditahan Chia didakwa cuba membawa keluar sejumlah S$16 juta wang tunai, yang dipercayai untuk digunakan dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Kes itu disiasat oleh Suruhajaya Bebas Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) yang menghantar tiga wakilnya ke Kota Kinabalu pada November tahun yang sama untuk menyiasat sumber wang tersebut.

Kes itu kemudian turut disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR), nama lama bagi SPRM.

Chia dan Musa bagaimanapun dilaporkan saling mengenali antara satu dengan lain. Tetapi banyak sumber mengatakan kedua-duanya mempunyai ‘kaitan’ dan Chia sering dilihat dalam majlis-majlis Musa.

14 comments:

mike said...

adakah Chin bebas dari sebarang bentuk rasuah? Chin harus menilai diri sendiri dulu sebelum menilai orang lain..

mike said...

"Desakan Parti Liberal Demokratik (LDP) supaya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) mempercepatkan siasatan ke atas kes penggubahan wang haram yang membabitkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman pasti akan menjadi buah mulut untuk beberapa hari mendatang."

apa bukti yang menunjukkan musa terbabit dalam kes ini? apa yang kita semua tahu, siasatan masih berjalan dan tiada bukti yang mengatakan bahawa musa terbabit dalam kes ini..

mike said...

semua orang tahu Chin tidak suka dengan musa aman. jadi tidak mustahil Chin cuba memanipulasikan isu ini untuk ekpentingan beliau sendiri dengan menuduh musa aman.

zam said...

ini isu lama dan tiada bukti pun yang mengaitkan Musa dengan kes tersebut. jadi isu ini tidak perlu untuk dibangkitkan lagi.

antap said...

nak buat siasatan mcm mana jika tak ada bukti pun Musa terlibat. tak perlulah libatkan Musa. dia tak ada kaitan dgn kes tersebut.

mike said...

apa yang sebenarnya Chin cuba lakukan? pasti ada agenda tersembunyi.

mike said...

musa aman tidak terbabit dalam kes ini...beliau sengaja dikaitkan dengan kes ini oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan kreadibiliti musa sebagai KM sabah.

Paquin said...

Hal ini mmg konpom jadi buah mulut, namun saya yakin ia takkan kekal lama melainkan ada bukti:P

Paquin said...

Jadi kita kenalah bijak menilai.. Jangan lompat kepada kesimpulan sebelum tahu asal usul cerita tu.

Paquin said...

Sekarang ini biarkan dulu siasatan dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab :)

Paquin said...

Apapun, Musa kenalah terus fokus pada pentadbiran negeri dan buktikan pada rakyat Musa adalah pemimpin yang boleh diandalkan. Kalau tak, susahlah...

Paquin said...

Semoga perkara ini dapat ditanggani dengan baik.

Wazxiran said...

Tidak perlulah Chin Su pin risau. SPRM dan ICAC tahu apa tugas mereka. Sedangkan ICAC sendiri tidak menyiasat Datuk Musa apakan lagi SPRM.

nickko said...

adakah kes ini hanya akan selesai sekiranya KM Sabah dikenakan tindakan undang2? adakah ICAC juga menerima rasuah sehingga tidak mampu mengheret KM Sabah ke muka pengadilan? atau mungkin wujud individu atau kumpulan tertentu yang sengaja merancang perkaitan kes ini dengan KM Sabah semata2 untuk merealisasikan kepentingan mereka dalam kerajaan?

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels