6 February 2012

Isu Tanah Pintasan: onak dan duri bagi kaum iranun dan samah

Disebabkan pertukaran status pada tahun 1982, daripada padang ragut kepada rezab kampung, maka kawasan itu sekarang ini menjadi faktor perbalahan antara iranun dan samah.

Satu ketika telah berlaku pertumpahan darah dan terkini, keadaan di kawasan itu, bagaikan api dalam sekam, menunggu meletus.

Pertukaran status pada tahun 1982, oleh kerajaan negeri atas cadangan pejabat pegawai daerah, telah menyenaraikan beberapa kampung, yang sebelumnya tiada kaitan dengan kawasan itu. Kawasan Pintasan dihuni 100 peratus oleh suku iranun, namun atas pertukaran status pada tahun 1982, maka kampung2 samah seperti Taungusi, Labuan dan Wakaf diberikan kawasan, sementara dua perkampungan iranun Tamau dan Merabau diketepikan. Kampung Tamau berbatasan dengan kampung pintasan.

Pertukaran status tanah pintasan pada tahun 1982, bukan bertujuan untuk membangun kawasan itu, namun niat yang tersembunyi adalah perampasan secara halus dengan menggunakan undang-undang.Tujuan daripada perampasan secara halus tersebut, agar suku iranun akan kekurangan tanah untuk menampung penduduk yang bertambah, dan pada gilirannya terpaksa berhijrah.

Akibat daripada kekurangan tanah untuk perkampungan, maka ramai suku iranun terpaksa berhijrah. Ramai yang berpindah di rancangan Felda, di suangparai, kota kinabalu, dan penempatan2 lainnya. Akibatnya, walaupun jumlah suku kaum ini bertambah saban tahun, namun jumlah pengundi yang tersenarai dalam DUN Tempasuk, hanya 3,700 pengundi, seperti mana data SPR tahun 2011.

Suatu yang ajaib, jika dahulu- kampung kayu putih, merupakan penempatan suku iranun, namun disebabkan kawasan itu digezatekan sebagai kawasan samah, maka berlaku perobohan rumah-rumah di kawasan tersebut. Kini kawasan tersebut menjadi tempat berpuaka bagi suku iranun dan samah, di mana sebelumnya, perkara seumpama itu tidak berlaku.

38 comments:

Kris Jr said...

kerajaan mungkin perlu mengkaji semula tanah2 tu untuk menyelesaikan masalah2 mereka

Kris Jr said...

Diharap tiada kejadian berdarah di kawasan tu lagi

Anak Sabah said...

Harap isu pertukaran status ini tidak akan terus menjadi faktor pembalahan antara Iranun dan Samah, perpaduan haruslah dijaga.

Anak Sabah said...

Apakah cara yang tersesuai untuk diambil supaya dua-dua pihak ini puas hati?

antap said...

isu penempatan tanah bagi kedua kaum tersebut harus diselesaikan segera sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini.

antap said...

jgn kerana hal ini sahaja kedua kaum tersebut akan terus berbalah.

Hinamori said...

Kerajaan prihatin dan terbuka untuk mendengar masalah yang dihadapi oleh penduduk sekitar

Hinamori said...

Penduduk2 kampung mempunyai hak untuk melindungi hak-hak mereka apabila mereka ditindas atau hak-hak mereka diceroboh.

DorianG said...

hopefully there will be an intervention by the government to prevent such incidents from happening again in the future.

Alexis said...

pertukaran status tu yang membawa masalah ni menjadi rumit. harap2 kerajan negeri dapat melakukan sesuatu untuk menyelesaikan isu ini.

me gusta said...

Sampai bilalah masalah tanah seperti ini akan selesai? Tindakan efektif kena diambil.

Sniper said...

salam semuanya..

jgn kamu semua lupa bahawa blog ini kemungkinan dikendalikan oleh orang yang berbangsa illanun (nama asal sebelum ditukar kepada irranun),...dan mungkin berniat utk memecah belahkan perpaduan antara suku irranun dan samah...dan tiada soal rampas merampas tanah cuma kaum irranun perlu ingat asal usul....

Sniper said...

...apa yang berlaku, kaum irranun ini telah menyerang dan menetak kepala petani kaum samah menggunakan parang tajam secara beramai-ramai walaupun para petani kaum samah tidakpun sampai 10 org di kg. kayu putih yang menunjukkan yang mereka amat berkuasa di semua tanah di kg. tersebut...dan mengusir petani kaum samah yang telah lama bercucuk tanam di kg. tersebut....sama-samalah kita nilai baik dan buruknya...salam..

Saya orang Sabah bah!! said...

Kerajaan tidak pernah berdiam diri mengenai perkara ini. Pasti kerajaan mencari jalan yang terbaik untuk semua.

Karin-nah said...

Masalah ini mungkin menjadi masalah utama bagi kaum iranun. Maka kita mahukan wakil rakyat turun padang melihat sendiri perkara ini.

getah lastik said...

apa ribut2.kan kawasan tu akan diambil oleh kerajan nak dijadikan agropolitan tp smpai skrg pun tida kmajuan tp duit berjuta juta da diambil.

mike said...

betulkah tu sniper? boleh bagi secara detail kah dari mana sumber kau? boleh juga yang kami ni baca...

mike said...

dengar2 ada cadangan menubuhkan tribunal NCR di sabah...kalau dilaksanakan, mungkin isu tanah pintasan ini dapat diselesaikan.

mike said...

kerajaan negeri harus mencari penyelesaian kepada isu ini..jika dibiarkan barangkali akan berulang kejadian yang tidak diingini itu.

zam said...

sebarang isu yang beralaku haruslah diselesaikan dengan sebaiknya.

zam said...

memang susah untuk memuaskan hati semua pihak, apa pun berusahalah melakukan yang terbaik untuk semua.

zam said...

yang penting kepentingan semua rakyat harus menjadi keutamaan dan dijaga dengan sebaiknya.

rebirth said...

masih wujud ka perbalahan antara kaum Irranun dan Samah pada masa ini?? jika masih wujud, pemimpin2 masyarakat perlu melakukan sesuatu dan kerajaan juga perlu bersedia bertindak jika ada mana2 tuntutan mereka yang tidak dipenuhi..

Anonymous said...

Polisi tanah harus diperbaiki lagi agar tiada pihak menjadi mangsa lagi.

Anonymous said...

Lets go ahead with Tribunal. Im sure its help to reduce fraud.

Anonymous said...

WR harus memantau dan memahami keadaan sebenar. Masalah rakyat harus diambil perhatian wajar.

Anonymous said...

Perpaduan antara kaum dan bangsa harus sentiasa dipelihara. Semoga mereka berjaya mencari kaedah untuk menyelesaikan masalah.

Anonymous said...

Hak & kepentingan orang Sabahan harus diberi perhatian yang wajar.

lina a said...

Semoga kerajaan negeri akan menyokong penuh untuk mendirikan tribunal tanah anak negeri secepat mungkin

lina a said...

rasa ini akan dapat membantu melindungi dan menyelesaikan isu tanah adat rakyat di negeri Sabah

lina a said...

Biarlah perkara tribunal ini akan diambil kira dan dilaksanakan secepat mungkin

lina a said...

walau bagaimanapun, pertubuhan tribunal ini hanya akan berjaya jika disokong penuh oleh rakyat.

lina a said...

orang asli berhak untuk melindungi hak-hak mereka jika ditindas atau hak-hak mereka dicerobohi

No name said...

Harap masalah dapat ditanggani dengan wajar.

No name said...

Kerajaan negeri juga harus bertindak untuk melindungi hak milik semua penduduk di Sabah termasuk suku kaum kecil.

No name said...

Lets go ahead with Tribunal if such body can resolve or reduce land issues.

No name said...

Hopefully more people can stand in front to protect the people land. They are some need it for surviving.

No name said...

Kami menunggu perkembangan pertubuhan Tribunal. Kerajaan akan buat sesuatu untuk menunaikan permintaan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels