31 May 2012

Penggerak Pembangunan Kota Belud

Kota Belud hanya ada tanah, laut, bukit dan sungai, selain itu, tiada...kecuali emas hitam di ZEE yang kini diterokai, syarikat-syraikat minyak antaranya Petronas dan Shell.

Penduduk Kota Belud pada tahun 2012, menghampiri 100,000 yang tersebar di tiga kawasan Tempasuk, Usukan dan Kedamaian.

Sumber kehidupan penduduk  sebahagian besarnya  tergantung kepada alam dan hanya sedikit bergantung kepada dunia perniagaan dan pegawai awam dan swasta.

Berasakan kepada keadaan itu, maka program pembangunan Kota Belud, lebih cenderung kepada pemanafataan sumber alam.
 
Program Jelapang Padi, Agropolitan dan Pelancongan merupakan pendekatan yang diambil kerajaan agar supaya, pada tahun 2020, penduduk Kota Belud boleh setanding dengan penduduk daerah lain amnya dan negara khasnya daripada segi pendapatan.
 
Bagi mendokong program pemanfataan alam, seluas 100 ekar tanah sawah telah dikenal pasti di kawasan Tempasuk, akan dimajukan  dengan menggunakan Kaedah Penanaman Padi SRI2. Kaedah penanaman Padi SRI2 boleh meningkatkan hasil tuaian antara 10-15ton sehektar setiap musim.

Program contoh ini akan diusahakan bersama pakar-pakar Padi dan berkolobrasi dengan Persatuan Peladang sebagai pelaksana utama.

Persatuan Peladang, akan mendapat khidmat nasihat daripada pakar-pakar SRI2 dalam merealisikan program Model itu.

ADUN Tempasuk dan Pembantu Pertanian dan Industri Tani Sabah-Datuk Musbah Hj Jamli merupakan individu yang mencetuskan idea ini, agar supaya kawasan Tempasuk menjadi pusat R&D Padi di Sabah.

6 comments:

mantera said...

KB amat berpotensi dibangunkan, byk sumber yang perkembangkan seprti dalam pelancogan, pertanian dan byk lagi. majukan potensi yang ada.

Scarlett said...

Perancangan dan pelaksanaan yang sistematik boleh merealisasikan impian untuk memajuan lagi kawasan KB.

Green Sabah said...

Its possible to turn Kota Belud into an agriculture based district so that the locals there can go into plantation, agriculture and other jobs involving nature.

Green Sabah said...

With more advanced technology and new plantation methods, the agriculture sector can become more modern and increase productivity. Hope that the government's initiative to introduce these agriculture programs will get the local people's support and cooperation.

Batresiah said...

Teruskan memberikan pembangunan yang baik kepada KB untuk memastikan terus mendapatkan sokongan daripada penduduk kawasan tersebut.

Jeff Ambuyat said...

saya harp usaha kerajaan ini dapat diterima baik oleh penduduk kota belud.. jangan sewenang2nya membantah projek2 yang hendak dilaksanakan tanpa melihat manfaat jangka panjang projek berkenaan..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels