7 May 2010

Apa Yang Dicari Melalui Dasar Subsidi

Nelayan dan petani mendapat pembelaan daripada kerajaan untuk mengurangkan beban hidup terutama dimusim tidak berpendapatan.

Nelayan tidak berpendapatan pada musim tengkujuh atau musim angin kencang, manakala petani tidak berpendapatan di musim banjir dan kemarau panjang.

Pada musim-musim luarbiasa ini lah bantuan kerajaan kepada mereka sangat membantu menyara hidup termasuk belanja anak-anak mereka ke sekolah.

Namun, dilain keadaan, subsidi juga mengakibatkan golongan sasar ini menjadi malas, nelayan tidak turun ke laut lagi walaupun musim ikan mendarat, demikian juga petani, membiarkan tanahnya ditumbuhi rumput rumpai.

Sasaran pemberian subsidi sebenarnya sebagai insentif kepada mereka untuk mempertingkatkan produktiviti, sebaliknya menjadi faktor menurunnya produktiviti.

Ini lah sebenarnya menjadi dilemma kepada kerajaan. Kerajaan membantu dengan memberikan subsidi agar menjadi pemangkin kepada keluaran, namun subsidi bukan pula menjadi pendorong, malah mereka menjadi malas.

Penyakit malas ini, apa kah ada kaitan dengan fizikal kerana yang mendapat subsidi itu adalah golongan-golongan warga emas atau cacat atau kah penyakit malas itu adalah disengajakan, kerana merasa bahawa sara hidup tidak memerlukan tulang 4 kerat lagi,kerana telah terjamin?

Namun, penyakit malas ini berakibat ganda, selain supply yang diharapkan akan meningkat kerana subsidi ini, ternyata tidak tercapai. Akibatnya supply berkurangan. Apabila supply berkurangan, maka harga barangan yang diharapkan terus meningkat.

Pada masa ini, harga ikan di Kota Belud cukup tinggi, demikian juga lada, sayur dan semcamnya..

Siapa yang dirugikan? kerajaan kah? atau pengguna? atau siapa yang diuntungkan?. Apa yang dicari melalui dasar subsidi...

12 comments:

2718 said...

ada banyak kes dimana subsidi atau bantuan kerajaan telah disalah guna. salah satunya, bantuan mesin jahit di lahad datu, si penerima telah menjual semula barang bantuan tersebut kepada individu lain. sebenarnya bantuan tersebut boleh digunakan untuk memperolehi pendapatan tambahan.

2718 said...

sometimes, kita tidak boleh salahkan kerajaan jika subsidi/bantuan tidak diberikan atau lambat diagihkan, kerana kerajaan juga akan membuat pertimbangan rasionalnya disebalik tindakan mereka dengan mengambilkira sikap rakyat.

karaabau said...

ya la...kira ok la lu ada subsidi dari kerajaan kan...rakyat seharusnya sedar bahawa subsidi yang diberi bukan lah untuk selama2...subsidi ini untuk mengurangkan beban serta membantu untuk meningkatkan hasil pertanian contohnya penanaman padi...gunakan lah subsidi yang ada dengan sebaik2 nya..

songkilou said...

Iya dan ada sesetengah pihak yang sengaja menggunakan bantuan kerajaan atas dasar kepentingan diri. Bukan 1 pihak saja yang salah kadang2 tapi ada pelbagai sebab yang boleh menjadi punca.

somboi said...

memang ramai yang menyalahgunakan bantuan subsidi seperti ada yang sanggup menjual minyak subsidi. kita haruslah memanfaatkan bantuan subsidi yang telah diberikan. subsidi diberikan untuk membantu dan meringankan beban rakyat.

tombolo said...

kerajaan memberikan subsidi untuk membantu rakyat. namaun pemberian subsidi telah menyebabkan sesetangah orang menjadi malas dan terlalu mengharapkan bantuan semata-mata. pemberian subsidi adalah untuk memastikan rakyat tidak terbeban dan juga untuk membantu rakyat maju dalam ekonomi. so, hargailah!

Suara Rakyat said...

salam semua.. seronok membaca komen2 kalian.. hebat dan dihargai..

Paquin said...

Btl tu 2718.
Kalau lah bantuan kerajaan tu dimanfaatkan sebaik mungkin, rasanya pasti org susah makin berkurangan...

Paquin said...

Iya karaabau.. sudah kena bg subsidi tu buat lah mcm cara org dpt subsidi. Jgn buat benda lain pula, nanti belakang hari sendiri juga yg susah. hehe

Paquin said...

Betul juga tu songkilou.
Tp aku rasa kan, yg dapat tu subsidi tu patut hargai dan buat apa yg patut ba. Kerajaan da buat part dorang, jadi dari si penerima ja la teruskan kebaikan yg diperolehi tu.
Kalau guna sebaiknya maka baiklah kejadiannya & begitu juga sebaliknya.
So fikir2 kanlah :)

Paquin said...

man, mungkin yg nda guna bgs2 tu subsidi kan minta ketuk ba kali.. hehheee
Gara2 org m,cm ni la terus yg lain pun terlibat sama...
harap2 bilangan individu yg menyalahgunakan subsidi tu berkurangan lah..

Paquin said...

Btl tu mandara. Jgn jd malas disebabkan subsidi. Hargai bantuan yg ada & teruskan berusaha utk ubah status ke level yg lebih baik :)

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels