31 March 2018

PRU-14 SABAH: ANTARA SENTIMEN DAN KEMAJUAN

Pengalaman rakyat Sabah mengubah kerajaan kerana sentimen adalah pada tahun 1976 dan tahun 1985.

Paling menonjol sekali pada tahun 1985, apabila sentimen mengatasi kemajuan. 

Rakyat negeri ini yang berusia antara 40-an ke atas sudah tentu masih ingat bagaimana rentak kemajuan negeri antara tahun 1976-1985, di bawah pemerintahan parti Berjaya yang diterajui Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri).

Dalam tempoh masa 9 tahun, bukan sahaja pembangunan fizikal akan tetapi penyediaan peluang-peluang pekerajaan disediakan, kerana kerajaan negeri banyak mengwujudkan berbagai agensi kerajaan, seperti KPD, SAFODA, Ko-Nelayan, Safma, SFI, Sabah Shipyard, Cement Industry, SEDCO dan banyak lagi.

Hanya kerana sentimen, kerajaan yang membawa begitu banyak kemajuan dan pembangunan, cukup mudah dikalahkan.

Demikian juga apabila Parti PBS yang menjadi parti pembangkang kepada Bn bermula tahun 1990, meskipun kerajaan negeri dan rakyatnya dinafikan daripada segi kemajuan & pembangunan oleh Persekutuan semasa era Dato Seri Dr Mahathir Mohammad (kini Tun) sejak tahun 1985, namun hanya kerana sentimen, pada pilihanraya negeri sehingga tahun 1994, kerajaan parti PBS terus mendapat sokongan rakyat Sabah.

Terlihat sungguh menerusi rekod itu, bahawa rakyat Sabah lebih cenderung kepada sentimen berbanding kemajuan.

Hanya kerana pesempadanan semula tahun 2002 yang diguna pakai pada PRU-2004, maka nisbah kerusi negeri bertukar daripada 20:20:8 kepada 32:20:8, telah menyebabkan parti yang membawa sentimen mengalah dan menyertai semula parti yang ditinggalkan pada tahun 1990.

Kini, isu sentimen dimainkan semula, khususnya oleh parti Warisan Sabah, pimpinan Datuk Shafie Apdal. 

Cara parti itu mempengaruhi rakyat Sabah meniru kombinasi antara cara parti Berjaya menumbangkan Usno dan cara PBS menumbangkan parti Berjaya.

Parti itu mempergunakan suku bangsa dan agama, mempergunakan isu-isu sentimental seperti isu tanah, selain isu kongkongan pemimpin Semenanjung terhadap pemimpin Sabah.

Sejauh mana kah isu sentimen mewarnai PRU-14? Apa kah rakyat Sabah masih menggunapakai cara lama? atau kah rakyat Sabah telah mengalami transformasi minda, bahawa kemajuan & pembangunan merupakan penentu kepada pilihan mereka.

Parti pembangkang, sebenarnya ketandusan isu jika berkaitan kemajuan & pembangunan, kerana kerajaan Bn telah memajukan Sabah sejak tahun 1994. 

Fakta bahawa kemajuan & pembangunan Sabah dilandasan betul, apabila kadar kemiskinan berjaya diturunkan. Cuba bayangkan kadar kemiskinan tahun 2009 adalah 19.7%, walaupum dalam tempoh masa 15 tahun kerajaan Bn membawa begitu banyak kemajuan & pembangunan. Kadar kemiskinan telah turun kepada 2.9% pada tahun 2016, dan dijangka kadar itu akan menurun seterusnya ke angka di bawah 2% dalam sedikit masa lagi.

Menjelang PRU-14 yang sudah diambang pintu, rakyat negeri ini, hanya akan menunggu keputusan itu, apa kah SENTIMEN merupakan penentu atau kah KEMAJUAN & PEMBANGUNAN!!!.

Jika KEMAJUAN & PEMBANGUNAN merupakan pilihan, bermakna, rakyat Sabah telah mengalami transformasi dalam segi politik, yang membawa erti, bahawa rakyat Sabah sudah menuju politik matang.

No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels