7 July 2012

Benarkah krisis Umno Sabah hanya antara Lajim dan Musa?

Jika memandingkan tempoh antara Datuk Lajim Ukin dan Datuk Musa Aman memegang jawatan kerana politik, Lajim masih unggul.

Mantan ADUN Klias itu, telah menjadi anggota kabinet negeri sejak tahun 1985, antaranya jawatan Timbalan Ketua Menteri. Manakala Musa pula, hanya bermula pada tahun 1994. Musa bernasib baik, kerana dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 2003, melalui sistem penggiliran jawatan Ketua Menteri Sabah, antara tiga suku terbesar-Bumiputera Islam, Bumiputera bukan Islam dan kaum tionghua.

Pergeseran antara beberapa pemimpin Umno bermula, sebelum perlantikan Ketua Menteri Sabah yang ke-14.

Pada waktu itu, kasak kusuk, lobi melobi berlaku untuk dilantik sebagai Ketua Menteri, termasuklah kem Lajim ukin.

Musa yang ketika itu, yang merupakan Menteri kewangan negeri, dalam kabinet Tan Sri Chong Kah Kiat, bersifat low profile, tidak terlibatpun dalam kasak kusuk atau lobi melobi untuk dilantik sebagai Ketua Menteri bagi menggantikan Chong Kah Kiat yang akan tamat tempoh.

Walaupun usaha beberapa pemimpin kanan umno termasuk beberapa ketua bahagian umno mencuba mempengaruhi Datuk Seri Dr Mahathir (kini Tun) masa itu, supaya melantik sesiapa sahaja, asalkan bukan Musa, akhirnya gagal, sebaliknya Dr Mahathir melantik Musa sebagai Ketua Menteri.

Sebenarnya usaha beberapa pemimpin Umno negeri yang mahu mengenepikan Musa dihadapan Dr Mahathir, telah menjadi faktor pemasaran kepada ADUN N.42 Sungai Sibuga itu. Kebenaran persepsi ini diakui sendiri oleh beberapa Ketua bahagian Umno sendiri, kepada penulis.

Dr Mahathir, sebenarnya mahu melantik seseorang untuk menjadi Ketua Menteri yang tidak mempunyai cita-cita untuk jawatan itu. Pertimbangan mantan Perdana Menteri itu, apabila seseorang yang tidak mempunyai cita-cita untuk sesuatu jawatan, maka seseorang itu adalah bebas kepada semua bentuk janji-janji politik. Apabila bebas, maka Ketua Menteri yang dilantik itu, dapat menumpuhkan masa dan amanah yang diberikan untuk membangun negeri dan rakyat tanpa pilih bulu.

Pertimbangan itulah (yang disebutkan diperenggan diatas) yang mendorong Dr Mahathir melantik Musa, kerana nama Musa, hampir tenggelam dalam permainan politik negeri Sabah ketika itu, walaupun beliau memeggang jawatan penting.

Dr Mahathir memilih Musa, namun pilihan itu menyebabkan beberapa pemimpin Umno negeri tidak berpuashati, walaupun tidak diluahkan secara langsung. Mereka bersifat manis didepan Musa, akan tetapi di belakang beliau, mereka berkata berlainan nada.

Sebagai pemimpin politik, Musa juga mempunyai penyokong, mempunyai telinga dan mata. Berasaskan kepada desakan para penyokong yang juga pemimpin yang dipersetujui oleh pimpinan pusat, maka pada tahun 2004 dan 2008, Musa mengetengahkan para pemimpin yang sanggup berkerja secara berpasukan dengannya bagi menghadapi pilihanraya dan seterusnya membangun negeri dan rakyat.

Berasaskan kepada keputusan politik itu, maka ada pemimpin veteran yang telah direhatkan, namun selepas pilhanraya, mereka yang direhatkan menjadi calon pilihanraya itu, diberi peranan dengan kapasiti lain yang lebih mencabar dan penting dalam politik negeri mahupun tanah air.

Musa membuat keputusan bukan untuk menghidupkan politiknya akan tetapi membuat keputusan demi untuk semua, agar supaya, mereka yang tadi direhatkan akan tersedar, bahawa semangat berpasukan adalah segala-galanya. Kejujuran, komitmen yang telus diperlukan untuk mengwujudkan satu pasukan yang mantap, yakni apabila didepan kata sokong dalam gelap ataupun dibelakang juga bernada sama.

Kini, keadaan politik di negeri di bawah bayu ini, hampir segalanya berjalan lancar, walaupun ada satu dua pemimpin yang tidak sedar-sedar berhubung corak politik yang ingin diwujudkan oleh Musa.

Musa pada setiap peluang senantiasa berkata "Pintu pejabat saya senantiasa terbuka" "saya senantiasa terbuka pada apa sahaja perbincangan" demi rakyat dan negeri. Namun sifat keterbukaan Musa ini, tidak dimanafaatkan oleh pemimpin tertentu ini, sehingga menwujudkan satu persepsi, bahawa krisis Umno Sabah wujud kerana sifat pemimpin itu.

30 comments:

Green Sabah said...

There is no crisis in UMNO, so far all component party leaders and members are supportive of the Chief Minister's leadership. Datuk Rahman Dahlan, Shafie Apdal, V. K Liew and others have shown their support to the CM.

sabah-go-green.blogspot.com

Green Sabah said...

Lajim has resigned his position in UMNO and he is expected to leave the party any time. I don't expect much from him, it's better if he left rather than disrupting the party.

sabah-go-green.blogspot.com

mantera said...

sebenarnya tak ada krisis dalam UMNO Sabah.. isu2 yang tmbul hnyalah kecil, cuma ia sengaja diperbesarkan.

mantera said...

orng yang dikatakan mempunyai masalah dgn musa sebelum ni seperi Salleh, Sahfie dan LDP dah nyatakan bahawa mereka akan memberi sokongan penuh kepada Musa. jadi tk da masalah dikalangan mereka. ada pihak sengaja nak lagakan mereka.

Kris Jr said...

Lambat laun Lajim perlu buat keputusan juga, bersama atau tidak dalam BN.

Kris Jr said...

PR juga mempunyai masalah parti, ramai ahli PR sudah lompat parti.

Sanih Alias said...

Krisis rekaan semata-mata saja itu dibuat oleh Pembangkang. Sebenarnya tidak pernah berlaku pun.

Batresiah said...

Apa pun setiap masalah yang terdapat dalam parti sendiri seharusnya diselesaikan sepenuhnya. Jangan biarkan masalah itu menjadi permainan para pihak yang tidak bertanggungjawab.

azman said...

ada sesetengah pekara yang sengaja dijadikan isu oleh pihak tertentu.

azman said...

dilihat Musa mendapat sokongan daripada pemimpin-pemimpin negeri ini.

madd said...

rasanya isu seperti ini hanya sengaja dimainkan oleh pihak-pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka.

me gusta said...

Tidak mustahil jika pembangkang ambil kesempatan daripada isu ini untuk mengelirukan rakyat.

me gusta said...

Musa lebih berpengaruh daripada Lajim

Harryzan Aming said...

nasib baik la Tun M membuat keputusan tepat dengan melantik Musa sebagai KM Sabah.. kalaulah Tun M melantik pemimpin2 seperti Lajim, pasti Sabah tidak akan mengecapi kemajuan seperti hari ini..

ScottyDoesntKnow said...

The economy, crime, social woes, illegal immigrants and the country’s leadership are of the utmost concern of Malaysian youths of today, and these issues will decide how they vote in the next general election, according to a seminar paper. The paper, prepared by International Islamic University of Malaysia (IIUM) Electoral Studies head Datuk Prof Syed Arabi Idid, noted that a study of over 1,370 youths in the 21-35 age group nationwide found that they were sensitive to issues pertaining to their future and their country.

ScottyDoesntKnow said...

The respondents in the study, conducted last March, also confirmed the general perception that a significant portion of youths today depended on the Internet instead of the mainstream media to keep track of developments in the country. Syed Arabi’s paper, entitled “Youth, Media and Politics: A New Identity”, was tabled at a one-day seminar organised by the Electoral Studies Unit of IIUM in collaboration with the Department of Communication and the Department of Political Science, here.

ScottyDoesntKnow said...

Another notable finding of Syed Arabi was that political interest among the younger generation of today is high, with 60 per cent of the respondents deliberating on politics with friends, 52 per cent with family members and 32 per cent with political activists. Despite their concerns, 88 per cent of the respondents who were all voters were optimistic over a good or very good future for the country.

ScottyDoesntKnow said...

Syed Arabi further revealed that as for the Malays and Indians, crime and economic woes were the major concern at present.The Chinese appeared to be more worried over economic and leadership issues followed by crime. Respondents from all the three races also cited influx of illegal immigrants as another of the country’s woes.

ScottyDoesntKnow said...

The study also revealed that increasingly fewer Malays read mainstream newspapers daily compared with their Chinese and Indian counterparts. Only about 30 per cent of the Malay respondents read newspapers daily while the Chinese recorded 44 per cent in daily readership.

ScottyDoesntKnow said...

The dwindling newspaper readership is compensated by the rise in the those seeking information through the Internet daily – Malays (29 per cent), Chinese (27 per cent) and Indians (38 per cent). Syed Arabi’s study also attempted to determine whether youths of today preferred to vote for candidates or political parties in the next election. Although there is a preponderance towards voting for the party, it appeared that 40 per cent of young Chinese and 47 per cent of Indians were gearing towards candidates, with only 33 per cent of young Malays preferring candidates over party.

ScottyDoesntKnow said...

When respondents were asked which party would be their voting preference if ‘elections were to be held tomorrow’, 52 per cent said Barisan Nasional (BN) is the choice. Syed Arabi also pointed out that the study indicated that while support for the DAP had increased last March compared with the same study conducted in March 2008, the same cannot be said for PKR.

ScottyDoesntKnow said...

The overall support for PKR dropped to 10 per cent last March compared with 20 per cent in March 2008 while the support for PAS dropped by three per cent in the current study. Unlike in March 2008, the study also found that 10 per cent of the young voters remain as fence sitters, and are waiting to be wooed by both sides of the political divide.

ScottyDoesntKnow said...

Sabah Barisan Nasional remains strong and intact despite the move by two of its MPs to align themselves with the Opposition, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman. He said the move by Deputy Housing and Local Government Minister Datuk Lajim Ukin, the Beaufort MP and Tuaran MP Datuk Wildfred Bumburing to announce their support for Pakatan Rakyat was their decision.

ScottyDoesntKnow said...

“No, definitely not,” said Musa, the Sabah Umno and Barisan Nasional chairman, when asked whether the state Barisan was facing a crisis after Lajim and Bumburing switched their political allegiance. Sabah Barisan had anticipated their move and the close working relationship among the coalition's components remained, he said before breaking fast with United Sabah Islamic Association (Usia) officials.

ScottyDoesntKnow said...

Musa said he had always extended the same support to Lajim as he had to all Barisan and Umno elected representatives.“This includes support for all Lajim's programmes and activities. Perhaps he has his own agenda now,” Musa added.

ScottyDoesntKnow said...

In Kuala Lumpur, Umno vice-president Datuk Seri Mohd Shafie Apdal said the exit of two Sabah party leaders was part of politics.“We will not take this lightly and we will strengthen our machinery to face the general elections,” he said after launching the Seputeh Umno division meeting.

ScottyDoesntKnow said...

When asked if the defection shows that Barisan has lost support in Sabah, Shafie denied the claims and said that Sabah would still become Barisan's fixed deposit' in the 13th general election. Meanwhile, Beaufort Umno information chief Samin Ongki said the division was still intact and would give its support to Barisan and the state government.

ScottyDoesntKnow said...

Samin said the division's deputy chief, vice-chief, treasurer and most of the division members had not quit their posts, contrary to a claim by Lajim that 19 members of the division had quit with him. “We are all standing firmly with Umno,” he said, adding that the Wanita and Youth wings were also intact.

ScottyDoesntKnow said...

Lajim, who openly associated himself with Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, did not quit the party or his Deputy Housing and Local Government Minister's post. He said it was up to the party leadership to decide on his position.

ScottyDoesntKnow said...

Earlier, Bumburing, the Upko deputy president, after announcing his decision to leave Barisan, launched the non-political Sabah Reform Movement, which he said will work with Pakatan Rakyat. Anwar, Lajim and Upko vice-president Senator Datuk Maijol Mahap were present.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels