TIDAK syak lagi, selepas berbagai PROGRAM pembangunan berjalan di tempasuk, kawasan ini semakin gah.
Kalau anda sempat berjalan-jalan di kawasan ini, terlalu sukar mencari jalan kampung yang belum bertar.
Pembangunan infrastruktur seperti jalan-jalan kampung, adalah sesuai dengan program pembangunan bagi kawasan ini.
Satu rahmat kepada penduduk Tempasuk khasnya dan amnya Kota Belud, apabila program pembasmian kemiskinan dilaksanakan oleh kerajaan.
Jika dahulu, kerajaan hanya mencurahkan bantun kecil-kecilan seperti pembaikan lorong-lorong kaki, namun kini, bukan lagi demikian.
Projek mega seperti Jelapang Padi yang menelan kos 1bilion ringgit dan projek agropolitan yang menelan kos jutaan ringgit merupakan jawapan kepada kepada masalah kemiskinan.
Pemimpin yang memperjuangkan semua ini adalah ADUN Tempasuk, Datuk Musbah Haji Jamli. Pemimpin ini, tidak jemu-jemu memperjuangkan agar taraf penduduk Kota Belud amnya dan Tempasuk khasnya supaya meningkat, kerana perkembangkan perekonomian sesuatu kawasan hanya akan berkembang, jika pendapatan rakyatnya meningkat.
Musbah, wakil rakyat Tempasuk dua penggal, belum berpuas hati dengan kadar pembangunan kawasan yang diwakilinya, beliau mahu kadar pembangunan lebih pesat lagi.
Adalah impiannya, jika Kota Belud, menjadi tarikan pelancong, pusat minyak dan gas serta penyumbang beras dan hasil pertanian negara.
11 comments:
Hopefully the developments in Tempasuk district will be increased so that the people there may enjoy better progress.
sabah-go-green.blogspot.com
Perubahan dan kemajuan ini hasil daripada usaha pemimpin dan penduduk di kawasan tersebut. Pemimpin yang proaktif dan penduduk yang sentiasa memberikan sokongan memudahkan lagi sesuatu perancangan untuk dilaksanakan.
The government have allocated funds to upgrade various roads in the state and hopefully the roads in Tempasuk will get attention as well.
sabah-go-green.blogspot.com
kawasan Tempasuk kini makin maju dan membangun. ini kerana keprihatian wakil rakyat kawasan tersebut.
harap kawasan2 lain di KB jg akan maju seperti Tempasuk.
Jika Musbah diberikan mandat untuk meneruskan kepimpinannya di kawasan ni pasti lebih banyak pembangunan yang akan dinikmati oleh penduduk. terpulanglah PRU nanti, undi ada di tangan rakyat.
Rakyat pasti tahu menilai
Kerajaan sentiasa berusaha untuk menaikan taraf hiup rakyat secara berperingkat
Itulah yang kita tahu sekarang ini. Kerana adanya pembangunan yang dibuat kawasan tersebut akan dapat membantu meningkatkan lagi kemajuan dikawasan tersebut.
syabas kepada Datuk Musbah Haji Jamli..
untuk membasmi kemiskinan di Sabah, bukanlah sesuatu tugas yang mudah.. setiap kali kerajaan umumkan projek, pasti ada bantahan.. malangnya bantahan itu datang daripada pemimpin2 pembangkang, bukannya rakyat.. inilah puncanya kenapa usaha2 pembasmian kemiskinan dan usaha memajukan negeri ini berlaku agak perlahan..
Post a Comment