8 July 2012

Musa dan Salleh gesa jangan tiup sentimen perkauman

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengingatkan rakyat Sabah supaya berwaspada dengan tindakan pihak tertentu yang cuba meniupkan dan membakar sentimen perkauman.

Beliau berkata perkara seumpama itu perlu dielakkan demi kebaikan rakyat pelbagai kaum.

“Cubaan meniupkan sentimen perkauman bukan sahaja menggugat keharmonian hidup rakyat tetapi juga memberikan impak negatif kepada imej negara, menjejaskan sektor pelancongan, ekonomi dan pelaburan yang akhirnya merugikan rakyat dan negara kita,” katanya.

Musa berkata demikian dalam ucapannya sempena Majlis Jamuan Makan Malam Sambutan Hari Ibu Bapa dan Penyampaian Hadiah Peraduan Menulis Esei Bahasa Cina peringkat negeri di  Kota Kinabalu  malam Jumaat.

Sementara itu Speaker DUN Sabah  Datuk Seri Salleh Said Keruak, Ketua Bahagian UMNO Kota Belud  mengingatkan ahli dan parti komponen Barisan Nasional (BN) supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat pelbagai kaum.

Berucap semasa merasmikan mesyuarat perwakilan pergerakan pemuda UMNO bahagian Kota Belud, Pemimpin pergerakan pemuda parti tidak seharusnya menyentuh isu melibatkan perasaan parti dan komponen BN yang lain.

“Setiap ahli diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang kenyataan yang boleh menyentuh perasaan kaum dan parti komponen BN yang lain,”
Sokongan rakyat kepada BN jelas pada setiap sambutan dengan kehadiran ribuan Masyarakat pada setiap program yang dianjurkan.

10 comments:

Green Sabah said...

Hopefully no political parties will play the race and religion card for political mileage.

sabah-go-green.blogspot.com

Green Sabah said...

The people should also beware of the efforts which tried to ruin the harmony among the people.

sabah-go-green.blogspot.com

mantera said...

masyarakat di Sabah dah hidup bersatu padu walaupun berbilang kaum. jgn gugat keharmonian di Sabah.

mantera said...

sentimen perkauman jgnlah dimainkan, kita harus saling menghormati.

Kris Jr said...

konsep 1M'sia harus disemai, dipupuk dan dilaksanakan.

Kris Jr said...

semua rakyat harus mengamalkan hormat menghormati dan toleransi.

Batresiah said...

Sebagai ketua parti Datuk Musa harus bijak memastikan ahlinya dapat mengikut rentak yang diinginkan.

me gusta said...

Hanya mereka yang racist yang suka laga-lagakan kaum dan bangsa lain.

me gusta said...

Bagus jika di Sabah ada undang2 nya sendiri berkenaan isu racist.

Harryzan Aming said...

pemimpin2 pembangkang sering menuduh BN menggunakan pendekatan racist.. tetapi bagi saya mereka lah yang menggunakan pendekatan racist memandangkan mereka sendiri yang menimbulkan isu itu di media..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels