25 July 2012

PRU-13: Sabah- BN mungkin tewas 14 kerusi parlimen

Entah faktor apa yang digunakan Pensyarah UiTM Sabah, Arnold Puyok yang mengatakan bahawa BN Sabah akan kehilangan 14 kerusi parlimen pada PRU-13 akan datang.

Dalam sejarah politik Sabah belum pernah berlaku, bahawa parti kerajaan kalah melebihi 10 kerusi di peringkat Parlimen.

Pada PRU lalu, BN Sabah menang 24 kerusi parlimen, walaupun kemudiannya menjadi 22 kerana SAPP keluar daripada BN selepas pilihanraya itu.
Sebagai rekod, pada PRU 2004, hanya satu kawasan parlimen yang jatuh ke tangan pembangkang, demikian juga pada tahun 2008.

Sebelum inipun, hanya kawasan Kota Kinabalu dan Sandakan sahaja bersilih ganti pemenangnya, kadang pihak BN yang menang kadang DAP yang menang atau calon bebas.

Menurut Arnold, BN mungkin tewas lebih daripada 60 peratus kerusi parlimennya di Sabah dalam pilihan raya umum akan datang. Pendapat ini diragui kebenarannya, kerana faktor yang mendorong ke arah itu belum mencukupi.

Ada kebenaran jika di kawasan Kota Kinabalu dan Sandakan serta Penampang, bukannya pensiangan. 

Mungkin Pensiangan akan terlepas ke tangan pembangkang, jika BN mencalonkan Tan Sri Joseph Kurup semula, kerana penggundi di kawasan itu bukannya menolak BN, tetapi Joseph Kurup.

Sebagai rekod, pada tahun 2008, Kurup menang tanpa tanding, kerana masalah teknikal calon pembangkang.

Arnold bercakap dalam majlis perbincangan meja bulat di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh kluster politik, keselamatan dan hubungan antarabangsa Majlis Profesor Negara.

3 comments:

mantera said...

itu hnya analisis dia. belum tentu lagi BN akan tewas byk kerusi.

Batresiah said...

Apa perkara boleh berlaku sekarang ini. Mungkin ada juga kemungkinan BN boleh tewas pada PRU13 dan ada kemungkinan juga PR langsung tidak mempunyai kemenangan nanti.

udelehi hohi said...

Prungkanghehoheho

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels