28 October 2012

Ganguan Litrik KKIA: Kabinet Sabah menunggu laporan MAB

Kabinet Sabah sedang menunggu laporan penuh daripada Malaysia Airports Berhad (MAB) mengenai gangguan bekalan elektrik di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Khamis yang menyebabkan pembatalan penerbangan dan ribuan penumpang terkandas.

Semasa menggesa bagi laporan itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata MAB juga perlu menggariskan langkah yang perlu diambil untuk memastikan gangguan bekalan elektrik tidak berulang.

"Insiden ini tidak sepatutnya berlaku dan masalah itu tidak sepatutnya mengambil masa yang lama untuk diatasi. Ini telah menjejaskan ribuan penumpang dan mungkin mencemarkan imej Sabah sebagai destinasi pelancongan," kata Musa yang juga pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, dalam kenyataan.

MAB, semalam dipetik sebagai berkata masalah lampu tidak berfungsi di landasan KKIA telah mengakibatkan 51 penerbangan, sama ada terpaksa dilencongkan, ditunda dan dibatalkan selama dua malam, menjejaskan sejumlah 6,000 penumpang.

Bagaimanapun, ia disahkan selamat untuk operasi penerbangan komersil pada sebelah malam pada 9.30 malam pada Jumaat, berikutan pemasangan kabel baharu dan pencahayaan serta sistem sokongan bekalan elektrik mudah alih.

Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha menggesa siasatan dijalankan berhubung kejadian gangguan bekalan elektrik di landasan itu.

Beliau dipetik sebagai berkata tiada pihak patut dikecualikan daripada siasatan itu dan memberikan amaran tindakan tegas akan diambil terhadap "pihak yang cuai" sama ada individu, pihak berkuasa tempatan atau pengendali lapangan terbang.

Kong berkata beliau amat kecewa dengan kejadian itu yang telah menimbulkan ketidakselesaan dan kemarahan di kalangan penumpang yang telah merancang perjalanan untuk menyambut Aidiladha bersama-sama anggota keluarga dan orang tersayang.

10 comments:

Ian Cooper said...

Sabah mendapat peruntukan projek bekalan elektrik sebanyak RM400 juta daripada Bajet 2013 yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak September lalu.

Ian Cooper said...

Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) menerima peruntukan RM276.04 juta untuk melaksanakan 142 projek peningkatan bekalan elektrik di seluruh Sabah dan W.P Labuan tahun ini.

Ian Cooper said...

Pengarah Urusan Ir. Hj Abd Razak Sallim berkata penjanaan elektrik menjadi cabaran besar SESB disamping mengekalkan pencapaian sedia ada.

Ian Cooper said...

Beliau berkata projek-projek yang dalam perlaksanaan terdiri daripada 26 projek penjanaanm 14 projek penghantaran, 94 projek pembahagian dan lapan projek utama yang lain.

Ian Cooper said...

SESB juga sedang giat berusaha menurunkan indeks Sistem Purata Tempoh Gangguan (SAIDI) di seluruh negeri dan berjaya menunjukkan penurunan positif berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Ian Cooper said...

Menurutnya SAIDI tahun lepas ialah sebanyak 494.64 minit bagi setiap pengguna, melepasi sasaran Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air iaitu 700 minit.

Ian Cooper said...

Abd Razak berkata SESB juga mengambil langkah proaktif dan kreatif bagi membantu stesen janakuasa bebas (IPP) yang mengalami masalah. Jelasnya langkah itu adalah untuk memastikan stesen-stesen berkenaan terus beroperasi supaya tidak menjejaskan pengguna yanf bergantung sepenuhnya kepada IPP berkenaan.

Ian Cooper said...

Menurutnya lagi, SESB sedang membantu IPP ARL di Sepanggar yang mengalami kebarakaran tangki minyak dan IPP Stratav di Sandakan yang mengalami masalah pentadibran.

Frances Samil said...

Kejadian ini telah mencemarkan imej Sabah. Harap kejadian ini tidak berulang lagi.

mantera said...

moga kejadian ini tidak akan berulang lagi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels