11 October 2012

Isu Scorpene: Lagi-lagi Pembohongan Pembangkang Terbongkar

Sekumpulan NGO hari ini mendakwa NGO Suaram dan pembangkang "berbohong" berhubung isu yang berkaitan kapal selam Scorpene yang dibawa ke mahkamah di Perancis.

Mereka mendakwa, berdasarkan penyelidikan mereka, pada 13 Mac 2012 melalui sebuah dokumen "Ordonnace Constatant L'Irrecevabilite de la Constitution De La Partie Civilel" yang ditandatangani oleh dua orang hakim, NGO itu "ditolak bulat-bulat" oleh institusi pengadilan Perancis sebagai pihak plaintif (partie civile).

"Ini bermakna kes aduan Suaram berkenaan Scorpene telah dibuang oleh Mahkamah Perancis sejak Mac 2012. Kami ulangi kes aduan Suaram berkenaan Scorpene telah dibuang oleh mahkamah Perancis sejak Mac 2012.

"Namun pembangkang mahu menipu rakyat dengan mengatakan aduan Suaram telah diterima dan statusnya sebagai pengadu yang sah diiktiraf oleh mahkamah Perancis," kata Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM) Dzulkarnain Taib.

Beliau dakwaan Suaram diterima atau diiktiraf sebagai plaintif "pembohongan paling besar dalam sejarah politik negara" untuk memburukkan Malaysia, kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dakwanya, pembangkang berbohong bahawa penyiasatan kehakiman jenayah di mahkamah Paris diteruskan bertujuan untuk "mengaburi rakyat dan menyembunyikan kenyataan" yang sebenarnya.

Dzulkarnain mendakwa, tiga hari selepas ditolak - 16 Mac 2012 - peguam Suaram Willian Bourdon memohon menjadi "plaintif bersekutu" yang didakwanya menggunakan alasan bahawa Suaram adalah badan yang bekerjasama dengan Persekutuan Antarabangsa Hak Asasi Manusia (FIDH).

Turut hadir dalam sidang media itu, wakil NGO daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), kumpulan pendesak Melayu PERKASA dan Majlis Perundingan Melayu (MPM).

Tiga lagi wakil NGO turut menyokong tetapi wakilnya tidak hadir dalam sidang media itu.

Bernama sebelum ini melaporkan, seorang pendakwa Perancis Yves Charpenel menafikan wujudnya perbicaraan di negara itu berhubung isu Scorpene.

Bagaimanapun, peguam Bourdon dan Naib Presiden PKR Tian Chua kemudiannya menolak kenyataan itu dengan menyatakan permohonan Suaram diterima dan "penyiasatan masih diteruskan".

Kenyataan itu juga turut disiarkan dalam media dan blog Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ditanya status permohonan sebagai "plaintif bersekutu" tersebut, Dzulkarnain berkata setakat ini tidak mengetahui kedudukannya dan meminta pihak media memeriksa dengan pihak mahkamah Perancis sendiri.

Dzulkarnain yang juga bekas editor lidah rasmi PKR Suara Keadilan itu  juga enggan mendedahkan dokumen yang diperolehinya dan berkata akan berbuat demikian bila tiba masanya.

Sehubungan itu, Dzulkarnain berkata pihaknya mencabar supaya NGO hak asasi dan pembangkang menafikan fakta tersebut dan menuntut mereka memohon maaf kepada kerajaan Malaysia dan rakyat susulan dakwaan "propaganda jahat" itu.

2 comments:

Lucy Pevensie said...

Nampaknya banyak perkara yang pembangkang putar belit untuk menjatuhkan kerajaan

Lucy Pevensie said...

Rakyat perlu lebih berhati-hati dengan perkara macam ni, pembangkang akan buat isu apa saja untuk menarik perhatian rakyat

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels