MENGAPA Kota Belud jadi sasaran Anwar? sedangkan dalam sejarah politik Sabah, belum ada parti yang bukan kerajaan pernah menang di Kota Belud.
Semasa Usno Tumbang pada tahun 1976, Kota Belud tetap dimenangi Usno, baik parlimen mahupun kawasan dewan undangan negeri, demikian juga pada tahun 1985, kawasan Kota Belud tetap dimenangi calon Berjaya dan Usno walaupun kawasan kedamian jatuh ke tangan PBS.
Kota Belud adalah kawasan campuran antara KDM, Bajau dan sedikit kaum cina, pokoknya kawasan ini adalah kawasan bumiputera.
Pada PRU-12, walaupun berlaku kemerosotan undi yang diperolehi calon-calon BN, terutama undi calon parlimen, namun kemerosotan tersebut bukan disebabkan pembangkang kuat, akan tetapi "berlaku" protes senyap disebabkan dua pemimpin utama kawasan tersebut diketepikan sebagai calon pilihanraya.
Keadaan tahun 2008 berbeza dengan PRU-13, kerana pada masa ini semua pemimpin utama telah bergabung semula sebagai satu pasukan; buktinya, pada majlis berbuka puasa semalam yang bertempat di Masjid Pekan Kota Belud yang turut dihadiri Naib Presiden Umno Datuk Safie Apdal, semua pemimpin utama Kota Belud turut hadir.
Ironinya pada masa yang sama, Anwar dan Saifudin Nasution Ismail daripada PKR, berada juga di Kota Belud. Melihat kepada roadshow ke dua bela pihak, tidak lah keterlaluan, perbezaan kehadiran orang ramai di antara manjlis tersebut ibarat langit dan bumi. Majlis yang dihadiri pemimpin BN mendapat sambutan puluhan ribu, manakala, yang hadir di majlis Anwar, kata orang... seperti majlis kenduri arwah.
Walaupun Anwar pada tahun ini sahaja telah beberapa kali ke Kota Belud, sambutan tetap yang itu itu juga, namun, Anwar tetap sahaja berkunjung ke Kota Belud. Apa kah muslihat Anwar disebalik lawatan tersebut? Apakah ada sesuatu di Kota Belud, selain tujuan politik?
Berasaskan maklumbalas akar umbi, sebenarnya tiada tempat bagi parti pembangkang di Kota Belud. Tidak dinafikan, mereka akan mendapat undi, namun undi mereka tidaklah boleh menumbangkan calon-calon BN.
Jikapun berlaku pertembungan satu lawan satu antara calon BN dan pembangkang di Kota Belud, mungkin calon pembangkang akan memberi saingan di Kedamaian, bukan untuk kawasan Parlimen Kota Belud, mahupun DUN Usukan dan Tempasuk.
Sebenarnya, tiada isu pembangkangpun apabila datang ke Kota Belud, yang ada, adalah isu-isu lama, seperti jalanraya kampung pada kampung-kampung tertentu di Usukan, namun perancangan untuk jalan-jalan tersebut sedang diusahakan oleh kerajaan negeri mahupun pusat.
Manakala isu air, penyiapannya sedang rancak dijalankan, dan hanya menunggu masa untuk diselesaikan.
Masalah Program Jelapang Padi dan Agropolitan, juga sedang rancak dijalankan, walaupun pelaksanaan terbantut sedikit kerana sumber air yang dikenal pasti seperti empangan Tambatoun, tercercat, kerana hasutan pihak pembangkang, agar penduduk yang terlibat memprotesnya.
Kota Belud mempunyai penduduk hampir 100,000, manakala yang memprotes pembinaan Empangan tersebut, tidak sampaipun seribu orang. Pembangkang sanggup mengorbankan keperluan 99,000 penduduk dan mengutamakan yang minoriti.
Berasaskan kepada tindakan pembangkang ini, telah jelas mereka bukan mengutamakan rakyat yang majoriti, tetapi mempergunakan minoriti hanya bertujuan membuat kecoh.
Sementara mengakhiri entri ini, Suara Rakyat belum menemukan jawapan, mengapa Kota Belud jadi sasaran Anwar.
7 comments:
Anwar menyasarkan tempat yang mampu untuk dicari MP yang mahu menyertai PR. Itulah yang Anwar inginkan sebenarnya.
Apa yang Anwar buat sebenarnya bukannya janji untuk rakyat tapi janji untuk menawan Putrajaya. Ini menandakan Anwar cuma mementingkan diri sendiri dengan memerangkap sokongan rakyat.
Anwar tidak perlulah rakus sangat mahu meletakkan calon di Sabah.. penerimaan rakyat Sabah terhadap Pakatan tetap tidak berubah sekalipun Anwar menjanjikan bulan dan bintang kepada penduduk Sabah..
agaknya Anwar mahu menambah lagi kesengsaraan penduduk KB dengan menghasut penduduk di daerah itu untuk menolak semua projek2 pembangunan ekonomi kerajaan di daerah itu..
Kota Belud ada ramai pemimpin hebat, pasti Anwar cuba menghasut mereka untuk sertai dia. tapi tak berjaya.
Anwar sekarang terdesak minta sokongan pengundi KB pula.
Tunggu dan lihat saja......
Post a Comment