7 December 2012

PRU-13: Sejauh mana kesetiaan rakyat Sabah

DUA PRU tahun 2004 dan 2008, rakyat Sabah begitu setia pada BN. Semasa PRU itu, BN hampir menyapu bersih semua kerusi baik Parlimen mahupun Kerusi DUN.

Pada PRU-2004, BN hanya kalah satu kerusi Parlimen, yakni Parlimen Sandakan dan satu kerusi DUN-Dun Kuala Penyu; manakala pada PRU-2008, kawasan Parlimen Sandakan berjaya ditawan melalui Presiden LDP-Datuk VK Liew, sementara DUN Kuala Penyu dimenangi calon daripada UPKO. Namun, kejayaan itu mengalami kecatatan apabila calon PBS kalah di Parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjong.

Pada PRU-2008, banyak penganalisis politik terperangkap dengan analisis mereka, kerana terpengaruh dengan kejayaan pada PRU-2004 baik Sabah mahupun di Semenanjung. Hanya Tun Daim Zainuddin yang meramalkan bahawa beberapa negeri akan jatuh kepada parti pembangkang, ekoran kritikan pedas mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir terhadap kempimpinan BN ketika itu.

Di Sabah juga berlaku keyakinan yang sungguh tinggi terhadap keupayaan BN, sehingga beberapa pemimpin veteran digugurkan. Keyakinan tinggi itu, walaupun tidak mendatangkan tsunami politik, namun di beberapa kawasan berlaku pengurangan majoriti yang amat ketara, bukan sahaja terhadap calon-calon komponen BN, akan tetapi juga calon-calon Umno.

Ekoran tsunami politik di Semenanjung yang untuk ke dua kalinya BN kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat, maka berlaku pergantian pucuk pimpinan. Perdana Menteri Sekarang-Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih pucuk pimpinan pada April 2009, setahun selepas keputusan pilihanraya. Selepas Najib mengambil alih pucuk pimpinan, beliau hanya merombak kabinet persekutuan, dan mempertahankan jawatan-jawatan MB.

Sesiapa yang menjawat jawatan MB adalah juga pengerusi BN negeri ataupun pengerusi perhubungan Umno negeri, kecuali negeri Sarawak dan negeri-negeri yang dikuasai pembangkang.

Mengingat tsunami politik pada tahun 2008 di Semenanjung, BN kini sangat bergantung harap dengan jumlah kerusi  parlimen daripada Sabah dan Sarawak. Jumlah kerusi bagi Sabah dan Sarawak termasuk WP Labuan hanya 57 kerusi atau 26 peratus daripada 222 kerusi parlimen. Untuk mempertahankan kerajaan BN di peringkat pusat diperlukan 112 kerusi dan untuk mendapatkan kuasa 2/3 diperlukan 148 kerusi parlimen. Pada PRU-12, BN hanya menang 140 kerusi daripada 222, daripada jumlah itu Sabah, Sarawak dan WP Labuan menyumbang 55 kerusi parlimen atau 39  peratus dari jumlah keseluruhan kerusi yang dimenangi BN.

Pada PRU-13, harapan besar BN masih kepada Sabah dan Sarawak. Namun, harapan itu agar tercacat, ekoran kemerosotan pengundi Sarawak terhadap BN yang didapati pada PRN Sarawak pada April 2011. Jika diambil kira keputusan PRN Sarawak itu, setidak-tidaknya BN kehilangan 7 kerusi parlimen di negeri Bumi Kenyalang itu. Jika itu berlaku, maka BN hanya mendapat 24 kerusi daripada 31 kerusi parlimen secara keseluruhan.

Bagi Sabah pula, kemungkinan besar dapat mempertahankan jumlah kerusi parlimen yang dimenangi pada tahun 2008, walaupun kawasan-kawasan krtikal seperti Sepanggar, Penampang, Putatan, Pensiangan, Keningau, Tawau dan Sandakan  serta Beaufort dianggap kawasan kelabu.

Pada PRU-13 ujian getir bukan sahaja kepada pucuk pimpinan BN pusat akan tetapi juga ujian terhadap Pengerusi BN negeri- Datuk Musa Aman.

Bagi menghadapi PRU-13, Musa bukan lagi berhadapan dengan masalah dalaman seperti mana berlaku pada tahun 2008, akan tetapi berdepan dengan parti pembangkang yang semakin teratur berdepan dengan BN.

Kalaulah berlaku kesepakatan di kubu-kubu pembangkang untuk melawan BN satu lawan satu, calon-calon BN akan berhadapan dengan saingan sengit bagi kawasan-kawasan yang ditandingi komponen BN. Sementara bagi kawasan-kawasan yang ditandingi Umno, nafas lega masih boleh dilepaskan, kerana keterpaduan para penyokong parti terbesar itu, kecuali kawasan DUN Klias dan Parlimen Beaufort.

Kalaulah berlaku penolakan terhadap kepimpinan KDM daripada BN, mungkin kawasan-kawasan yang disebutkan di atas akan terlepas kepada pihak pembangkang. Jika ini berlaku, maka daripada 26 kerusi, Sabah mungkin hanya dapat menyumbang 17 kerusi parlimen. Jika jumlah itu dicampur dengan kerusi daripada Sarawak, maka dua buah negeri itu hanya boleh menyumbang 41 kerusi parlimen. Dengan jumlah itu BN masih mempertahankan Putrajaya dengan catitan, BN Semenanjung sekurangnya menang 71  kerusi parlimen. Namun berasaskan perkembangan semasa, terutama selepas perhimpunan Agung Umno ke-66 yang melabuhkan tirainya minggu lepas, BN Semenanjung dengan mudah mendapat antara 80-100 kerusi di Semenanjung.

Perkahbaran yang mengembirakan bahawa komuniti peniaga terutama daripada kaum cina, masih mahukan BN memerintah, kerana kelompok itu sangat khuatir jika pembangkang menguasai Putrajaya, kepimpinannya tidak akan mampu menguasai Pas yang mempunyai agenda sendiri.

Selain alasan itu, komuntiti peniaga khuatir akan berlaku kelumpuhan ekonomi dengan mengambil iktibar perkembangan di Republik china, dimana akibat pergantian pucuk pimpinan, keadaan perekonomian di negara itu masih tidak menentu.

Juga, Pembangkang tidak mempunyai pengalaman mengurus negara, selain besar kemungkinan akan berlaku perebutan jawatan terutama jawatan-jawatan penting.

Benar, pada PRU-12 telah berlaku tsunami politik di Semenanjung, namun pada PRU-13, keadaan itu tidak akan berlaku lagi, akan tetapi disebabkan tsunami itu lambat sampai ke Sabah dan Sarawak, maka pada PRU kali ini, Sabah dan Sarawak pula mengalami gegarannya walaupun hanya sedikit.

Walaupun gegaran tsunami diramal akan melanda Sabah dan Sarawak, namun pengundi bagi dua negeri itu sungguh matang. Pengundi Sabah adalah yang termatang, kerana telah terbiasa mengubah kerajaan. Namun, berasaskan pengamatan, rakyat Sabah masih dibelakang BN, walaupun ada riak-riak yang berlaku. Andaian pembangkang, kononnya pemimpin KDM daripada BN akan ditolak, hanya merupakan persepsi, kerana setakat ini, belum ada pemimpin pembangkang daripada KDM yang mampu bersaing dengan pemimpin utama KDM-Tan Sri Pairin Kitingan.

Sementara daripada pihak Bumiputera Islam pula, pembangkang belum menemukan pemimpin yang boleh bersaing dengan barisan pemimpin yang ada dalam BN; kecualilah Datuk Lajim Ukin yang hanya kuat bagi kawasannya Klias dan Beaufort.

Nampaknya berasaskan keadaan semasa, Pengerusi Perhubungan Umno Sabah merangkap pengerusi BN Sabah, nampaknya akan boleh bernafas dengan leganya apabila keputusan PRU-13 diumumkan kelak. Diperkirakan sebelum fajar menyising, Musa akan membuat sidang media, menyatakan kerajaan BN Sabah kekal, dan jumlah kerusi parlimen yang disumbangkan kepada Pusat tidak berlaku perubahan.

Kejayaan BN itu diunggu-tunggu rakyat dan juga komuniti perniagaan, kerana hanya melalui kestabilan politik, ekonomi negeri dapat dikayuh menunju kejayaan. Semoga harapan ini akan menjadi kenyataan dan menunjukkan bagaimana kestiaan rakyat Sabah terhadap pemerintahan negara.

49 comments:

Hinamori said...

Krisis PKR Sabah semakin meruncing.

Hinamori said...

pakatan pembangkang sebagai parti "touch and go" yang tidak mempunyai dasar jelas untuk mentadbir dan mengubah negara.

Hinamori said...

rakyat jangan terpedaya dengan helah pembangkang,

Hinamori said...

pendekatan pembangkang hanya mencipta dan memainkan isu dengan harapan memenangi hati dan minda rakyat.

Hinamori said...

Pakatan tidak tahu bagaimana mahu menyelesaikan masalah, objektif mereka hanya untuk membentuk kerajaan dan akan bergaduh sesama mereka

Hinamori said...

Ini sudah dibuktikan di negeri yang mereka tadbir termasuk di Selangor dan Pulau Pinang

Hinamori said...

pakatan parti pembangkang itu tidak akan bertahan kerana pakatan mereka berdasarkan 'marriage of covenience' atau kesenangan bersama.

Hinamori said...

tanda-tanda perpecahan dalam pakatan semakin ketara dengan isu terbaharu membabitkan cadangan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Perdana Menteri jika mereka menang pilihan raya umum ke-13

Hinamori said...

Saranan itu disuarakan seorang perwakilan PAS pada muktamar tahunan parti bulan lepas, namun perkara tersebut disanggah pemimpin pembangkang lain termasuk Lim Guan Eng, yang dilapor berkata DAP berpegang kepada konsensus sebelum ini bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik Perdana Menteri jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.

Hinamori said...

jelas perebutan dalaman sudah menjadi budaya pakatan pembangkang kerana mereka "berkawan" untuk mengaburi mata rakyat dalam usaha mahu memerintah negara.

Batresiah said...

Jika BN mampu memberikan yang terbaik maka tidak mustahil rakyat akan menyokong parti BN untuk menjadi pemerintah akan datang.

Batresiah said...

Sebenarnya semua itu bergantung kepada usaha yang dibuat oleh Kerajaan sendiri.

Batresiah said...

Rakyat sebenarnya menilai semua apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan BN kepada mereka.

Batresiah said...

Jika lemah pentadbiran kerajaan BN maka semakin kuranglah sokongan kepada BN. Sebaliknya juga berlaku. Maka buktikan kepada rakyat yang mana BN adalah Kerajaan yang terbaik untuk dipilih.

Batresiah said...

Kelemahan kita dapat lihat dalam PR sendiri sekarang ini. Ini akibat ahli yang gilakan kuasa sama seperti Anwar yang inginkan kuasa Perdana Menteri.

mantera said...

Barisan Nasional (BN) akan berusaha habis-habisan untuk mempertahankan Sabah pada pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

mantera said...

pihak tersalah faham dengan menyifatkan Sabah sebagai ‘deposit tetap’ BN, sedangkan sebenarnya negeri ini sama pentingnya dengan negeri lain

mantera said...

Seorang pemimpin BN Sabah mengingatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat supaya menjauhkan dari negeri itu kerana rakyat negeri di bawah bayu menolak mereka.

mantera said...

Timbalan Ketua Umno Semporna, Datuk Nasir Sakaran berkata, maJoriti rakyat Sabah menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak.

mantera said...

Timbalan Ketua Umno Semporna, Datuk Nasir Sakaran berkata, maJoriti rakyat Sabah menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak.

mantera said...

Beliau berkata rakyat kini menyedari bahawa pembangunan pesat di Sabah hanya datang daripada kerajaan BN.

mantera said...

Rakyat Sabah kini semakin matang menilai dan kerajaan BN mempunyai rekod lampau yang amat baik.

mantera said...

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok yakin Barisan Nasional (BN) akan dapat mengekalkan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang, terutama pada pilihan raya negeri Sabah.

mantera said...

Sabah kekal sebagai kubu kuat BN dan sejajar dengan itu, beliau menyeru mereka, terutama masyarakat Kadazandusun Murut (KDM), supaya terus bersama BN demi kebaikan mereka.

mantera said...

Memang tidak diragukan bahawa BN kuat di Sabah, tapi tidak boleh dinafikan akan ada cabaran di kawasan bandar dan Sub-bandar.
"Tapi yakin BN akhirnya akan menang pada pilihan raya akan datang

Blackforest said...

Keputusan PRU-12 walaupun hanya menjadi rujukan; dimana BN kehilangan kuasa 2/3; namun ianya boleh menjadi iktibar.

Blackforest said...

Setiap pilihanraya berlainan suasana, berlainan mode, berlainan isu. Demikian juga pada PRU-13, suasana yang berbeza dengan PRU-12.

Blackforest said...

Mengenai parti mana yang akan menang; tergantung kepada siapa yang bercakap. Namun, pendapat yang mempunyai merit adalah pendapat mereka yang berada di atas pagar.

Blackforest said...

Pada PRU-13, dianggarkan kira2 2 juta pengundi baru akan ikut merancakkan pilihanraya. Parti mana sahaja yang mereka sokong akan menentukan keputusan pilihanraya. Ramai penganalisis menganggarkan "swing" 10% pengundi atas pagar ini akan menentukan keputusan.

Blackforest said...

Melihat undi popular BN pada PRU2 lalu; PRU-1995-BN mendapat 65%, 1999-57%; 2004-64% dan tahun 2008-51%. Tahun 2008-undi popular BN menjunam 13% berbanding tahun 1995. Pada PRU itu Pembangkang mendapat 83 kerusi berbanding BN 139 daripada 222 jumlah kerusi parlimen.

Blackforest said...

Daripada 139 kerusi yang dimenangi BN, 55 daripada Sabah, Sarawak dan Labuan; manakala 81 kerusi PR semuanya daripada semenjanung dan masing2 1 daripada Sabah dan Sarawak.

Blackforest said...

Bagi kerusi PR, 54 daripada 83-hanya dimenangi dengan majoriti kurang 10%; apabila berlaku "swing" 10%, maka PR hanya mungkin menang 29 kerusi.Di pihak BN pula, daripada 139 kerusi, 56 kerusi dimenangi dengan majoriti kurang 10%, jika berlaku "swing" pengundi 10%; maka berimpak besar kepada BN.

Blackforest said...

Berasaskan keputusan PRU-12, maka terdapat 110 kerusi yang ditentukan oleh "swing votes"; kemenangan mudah memerlukan 112 kerusi. Jika melihat keputusan PRU-12, kerusi2 yang dimenangi PR 82% memperlihatkan trend pengundian yang terbagi antara melayu dan bukan melayu. PR menang kerana mendapat 50% undi melayu; 90% undi india dan 70% undi cina.

Blackforest said...

Pada PRU-13, kemungkinan peratusan ini berubah di kawasan2 yang dimenangi PR itu. Menurut persepsi semasa; undi melayu kepada BN bertambah 5% kepada 55%, sementara india 50:50 antara BN dan PR, undi kaum cina pula meningkat kepada 80%.

Blackforest said...

Ini bermakna, sekurang-kurangnya 68 kerusi yang dimenangi PR pada PRU-12 lalu sudah tidak selamat. Manakala kerusi marjinal BN (56); akan terselamat kerana berubahan pola pengundian.

Blackforest said...

Berasaskan kepada trend ini, PR sukar mendapat semula kerusi yang dimenangi pada PRU-12, yakni 83. Adalah memadai mereka akan menang antara 40-46 kerusi, itupun disumbangkan oleh parti DAP dan sedikit daripada parti PAS. PKR adalah parti yang menyumbangkan kepada kekalahan teruk PR. walaupun kerusi tradisi seperti Permatang Pauh, mungkin masih dimenangi dan kawasan cina yang meletekan calon daripada kaum cina.

Blackforest said...

Walaupun PR mendapat undi popular 51% pada tahun 2008 di Semenanjung; namun kali ini; undi popular itu akan menjunam; sebaliknya undi popular parti itu di Sabah dan Sarawak mungkin meningkat.

Blackforest said...

Keputusan PRU-13 akan menyaksikan bahawa PR hanya mendapat antara 29-32 kerusi di Semenanjung, sementara di Sarawak 7-10, manakala Sabah 4. Berasaskan kepada analsis ini, BN merupakan pemenang pada PRU-13 dengan mandat yang kuat daripada rakyat.

musram rakunman said...

Analisis Blackforest hebat. tahniah. teruskan beri semangat kepada penulis suara rakyat.

unknown said...

It's an indication for all of us.

jackie said...

Pendekatan pembangkang dengan cara memburukkan kerajaan, namun itu tidak di terima rakyat.

jackie said...

Teruskan sokongan kita kepada BN.

jackie said...

Jentera BN harus bersedia untuk menghadapi PRU ini.

Scarlett said...

Kesungguhan jentera Barisan Nasional (BN) merealisasikan transformasi dalam usaha memastikan kemenangan lebih dua pertiga dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang telah digerakkan.

Scarlett said...

Penganalisis politik tempatan, Prof. Dr. Ahmad Atory Hussein melihat bahawa kekalahan BN dalam PRU yang lalu bukanlah realiti kekuatan sebenar pakatan pembangkang sebaliknya ia adalah kesan daripada kekurangan dan kelemahan dalam BN sendiri.

Scarlett said...

Ujarnya, realitinya pakatan pembangkang memang tidak kuat apatah lagi mereka baru saja berpakat ketika berdepan dengan PRU sedangkan kesepakatan dalam BN telah lama dijalinkan iaitu sejak sebelum merdeka melalui parti Perikatan.

Scarlett said...

Namun demikian, menjelangnya PRU ke-13 akan datang, beliau yakin dan optimis bahawa sokongan masyarakat khususnya anggota parti telah kembali kepada BN

Scarlett said...

Tambahnya yang juga pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), keyakinan masyarakat terhadap kerajaan semakin bertambah bukan saja dengan perkhidmatan yang sangat cemerlang dalam mengutamakan kebajikan rakyat malah pelbagai manipulasi yang dibangkitkan oleh pembangkang juga dapat diselesaikan dengan baik.

Scarlett said...

Katanya lagi, jika diawal kemenangan pakatan pembangkang dalam PRU 2008 lalu, beliau juga berasa spektikal dengan pencapaian BN untuk menempuh PRU tetapi kemudiannya ia berubah selepas melihat kelangsungan transformasi yang direalitikan dengan jayanya oleh BN/

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels