5 December 2012

Tidak Mudah jadi Pemimpin Kota Belud

Ada pemimpin,kerana ada yang dipimpin. Kalau pemimpin yang menganggap dirinya pemimpin, namun tiada yang dipimpin, ibarat makan sop ikan tidak bergaram. 

Iktibar perlu diambil pada persidangan parti Umno yang baru sahaja melabuhkan tirainya minggu lalu. Bayangkan lebih 500 ahli dan penyokong serta perwakilan berlepas dengan kapal terbang untuk mengahdiri persidangan itu. Pemimpin yang bertanggungjawab menghantar 'kontenjen"yang ramai itu adalah  Datuk Salleh, Datuk Musbah dan Datuk Rahman.

Sumbangan tiga pemimpin itu, secara tersirat sudah para ahli ketahui. Kos yang ditanggung untuk hadir pada persidangan itu, bukan hanya tikit kapal terbang, akan tetapi juga termasuk penginapan dan belanja makan minum.

Atas faktor itu, tidak mudah menjadi pemimpin Kota Belud. Keadaan ini perlu menjadi iktibar kepada mereka yang bercita-cita menjadi pemimpin Kota Belud; jika anda tiada kemampuan daripada segi ekonomi lupakan saja hasrat itu. Jangan cuba-cuba jadi pemimpin dahulu dan kemudian ekonomi akan kukuh kemudian, kerana cara itu, mencari peluang dengan menggunakan nama parti berserta ahli dan penyokongnya.

Rakyat kini sudah bijak. Di benak mereka, terpahat, bahawa sesiapa yang bercita-cita jadi pemimpin, sedangkan latarbelakang ekonominya tidak kukuh, difikiran mereka, bahawa individu itu hanya mencari peluang untuk cepat kaya. Mereka menyaksikan, bahawa sebelum ini seseorang yang hanya punya kereta proton, kemudian punya bermacam-macam kereta serta rumah yang hebat selepas menjadi Yang berhormat.

Keadaan politik kini, tidak seperti 20 tahun lalu, keadaan politik kini sungguh kritikal. Jika pun ada individu yang mampu menjadi pemimpin kerana cetusan daripada bawah, ertinya individu itu punya wibawa daripada semua segi mengatasi kebanyakan. 

Kita semua tahu, kebanyakan yang menganggap dirinya mereka "pemimpin" hanya menjadi pelengakap kepada organisasi, bukannya kerana kewibawaan atau kemampuan mereka. Kalaulah parti dibolehkan hanya diwakili seorang individu, pasti yang "lain-lain" tidak akan tersenarai.

Suatu hari nanti, jika semua ahli/penyokong atau rakyat berkampuan daripada segi ekonomi, maka pada masa itulah wujudnya pemimpin yang berwibawa, kerana pada masa dan ketika itu, pemimpin dilihat bukan sahaja daripada segi kemampuan kewangannya, akan tetapi ketokohannya.

Pada masa itu, tidak wujud lagi, istilah "tajaan" menghadiri sebarang persidangan baik yang menyeberang laut mahupun bukan, kerana mereka yang hadir adalah menyaja diri sendiri dan atas kemahuan diri sendiri. Pada ketika itulah akan berlaku keadaan seperti di Jepun atau Singapura, bahawa hanya mereka yang benar-benar berwibawa menjadi pemimpin. Fikir-fikirkan lah.

67 comments:

Hinamori said...

perwakilan gandingan pimpinan baru untuk memperkasakan Umno mengharungi cabaran, merealisasikan pembaharuan dan memenuhi harapan.

Hinamori said...

Saf kepimpinan baru yang dipilih itu pastinya menjadi sandaran harapan perwakilan dan ahli Umno di peringkat akar-umbi, untuk berani melakukan anjakan paradigma supaya parti terus unggul dan relevan merentasi zaman.

Hinamori said...

Pemimpin perlu tangkas untuk mengembalikan semula kegemilangan Umno

Hinamori said...

bermakna terpikul di bahu setiap pemimpin berkenaan suatu amanah dan tanggungjawab besar untuk bangsa, agama dan negara.

Hinamori said...

Umno perlu melalui proses transformasi untuk kekal sebagai tunjang keutuhan BN yang menjadi pengharapan segenap lapisan rakyat.

Hamdan Hadillah said...

betul apa yang dikatakan ini. Pemimpin kerana ada yang mahu dipimpin.

Hamdan Hadillah said...

Sememangnya pemimpin di Kota Belud ini benar-benar tahu akan tanggungjawab mereka yang sebenarnya.

Hamdan Hadillah said...

Jangan mudah putus asa buktikan yang mana BN di Kota Belud mampu memberikan yang terbaik.

Hamdan Hadillah said...

Pelbagai isu dibangkitkan untuk melemahkan sokongan kepada BN. Namun semua itu tidak akan berkesan. kerana rakyat tahu apa yang terbaik untuk mereka.

Hamdan Hadillah said...

Jika pemimpin terus bersatu maka pasti akan lebih kuat.

Hamdan Hadillah said...

Pertahankan kerusi yang ada selagi mampu. jangan biarkan dirampas oleh mereka yang tidak sepatutnya.

mantera said...

seorang pemimpin perlu ada ciri seperti

Bertanggung Jawab
Biasanya seorang pemimpin memiliki rasa tanggung jawab yang besar di dalam dirinya. Karena dia merasa bahwa apa yang telah diamanahkan kepadanya adalah sebuah tanggung jawab yang harus di dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Dan ia akan merasa bersalah jika amanah tersebut di tak dilaksanalkan.

mantera said...

Optimisme
Seorang pemimpin akan memandang masa depan adalah suatu kebaikan bagi dirinya dan orang lain. Dan ia yakin bahwa masa depan jauh akan lebih baik. Orang yang memiliki sifat optimisme akan sangat mempengaruhi lingkungannya. Dan bisa mengajak lingkungannya. Sebab orang-orang akan mau mengikuti seseorang yang bisa melihat masa depan dan memberitahukan pada mereka bahwa di depan sana terbentang tempat yang lebih baik dan mereka dapat mencapai tempat itu.

mantera said...

Integritas
Integritas adalah melakukan sesuatu sesuai dengan apa yang Anda katakan dengan Anda lakukan. Jadi Integritas bukan omong kosong atau Bukan Bualan. Integritas membuat Anda dapat dipercaya. Integritas membuat orang lain mengandalkan Anda. Integritas adalah penepatan janji-janji Anda. Satu hal yang membuat sebagian besar orang enggan mengikuti Anda adalah bila mereka tak sepenuhnya merasa yakin bahwa Anda akan membawa mereka kepada tujuan yang Anda janjikan.

mantera said...

Menyukai perubahan
Pemimpin adalah mereka yang melihat adanya kebutuhan akan perubahan, bahkan mereka bersedia untuk memicu perubahan itu. Sedangkan pengikut lebih suka untuk tinggal di tempat mereka sendiri. Pemimpin melihat adanya kebaikan di balik perubahan dan mengkomunikasikannya dengan para pengikut mereka. Jika Anda tidak berubah, Anda takkan berkembang. Itulah pola pikir seorang pemimpin yang menyukai perubahan.

mantera said...

pantang Menyerah
Kecenderungan dari pengikut adalah mereka menyerah saat sesuatunya menjadi sulit. Ketika mereka mencoba untuk yang ke dua atau ke tiga kalinya dan gagal, mereka lalu mencanangkan motto, “Jika Anda gagal di langkah pertama, menyerahlah dan lakukan sesuatu yang lain.” Jelas saja mereka melakukan itu, karena mereka bukan pemimpin. Para pemimpin itu tahu apa yang ada di balik tembok batu, dan mereka akan selalu berusaha menggapainya. Lalu mereka mengajak orang lain untuk terus berusaha. Dan jelas seorang tidak akan menyerah begitu saja. Ia tidak gentar dengan apa yang ia hadapi.

mantera said...

Berani menghadapi resiko
Kebanyakan orang menghindari resiko. Padahal, kapan pun kita mencoba sesuatu yang baru, kita harus siap menghadapi resiko dan tidak takut gagal. Keberanian untuk mengambil resiko adalah bagian dari pertumbuhan yang teramat penting. Para pemimpin menghitung resiko dan keuntungan yang ada di balik resiko. Sifat berani tersebut membuat ia selalu memanadang setiap kejadian adalah peluang dan kesempatan.

mantera said...

Berdedikasi
Para pengikut menginginkan seseorang yang lebih mencurahkan perhatian dan komitmen ketimbang diri mereka sendiri. Pengikut akan mengikuti pemimpin yang senantiasa bekerja dan berdedikasi karena mereka melihat betapa pentingnya pencapaian tugas-tugas dan tujuan.

unknown said...

Memang la tidak mudah jadi pemimpin

unknown said...

And to be honest, a leader should be the one who is capable of making KB a great place to stay

unknown said...

He must be capable of doing all he can to ensure the folks are taken care ofd

unknown said...

He must be capable of assigning tasks to his members

unknown said...

Bukan mudah namun bukan juga tidak mustahil kan

Blackforest said...

Di manakah titik pertemuan keseimbangan dalam mencari calon yang benar-benar ditonjol sebagai 'calon pasti menang'??

Blackforest said...

Faktor demografi dan geografi juga penting dalam pemilihan calon kerana zaman memilih calon di kawasan luar bandar dengan perwatakan calon bandar yang lebih suka menghabiskan masa di hotel dan pusat cigar sudah tidak relevan.

Blackforest said...

PRU 2008 tidak signifikan dengan pemilihan calon kerana ada calon yang tidak boleh berkomunikasi bahasa kebangsaan dan banyak menghabiskan masa di luar negara boleh terpilih kerana pengundi melakukan 'undi protes' secara besar-besaran.

Blackforest said...

Ada juga kawasan yang dimenangi oleh calon Bebas atas faktor yang sama tetapi pola atau tren ini tidak akan berulang kerana pengundi PRU-13 akan bersifat lebih rasional dan praktikal.

unknown said...

Rakyat bisa bersuara

Blackforest said...

Ini sama sekali tidak menolak faktor akan ada calon menang kerana faktor kesetiaan kepada parti tetapi jika sekiranya calon terbaik dikemukakan kepada pengundi, ia dilihat sebagai nilai tambah bukan sahaja kepada parti tetapi juga masa depan parti yang juga perlu menilai apakah yang akan berlaku di PRU -14 lima tahun dari PRU akan datang.

Blackforest said...

Beberapa nilai perlu dihalusi dan diperincikan oleh badan yang bertanggungjawab dalam pemilihan calon atau dalam erti kata lain menentukan siapakah 'calon pasti menang'.

Blackforest said...

Kredibiliti tidak boleh dikompromi sebagaimana kemampuan berartikulasi serta mempunyai daya tarikan popular dalam kalangan pengundi ataupun halayak umum.

Blackforest said...

Tiga nilai ini penting kerana kredibiliti, artikulasi dan popular merupakan asas kepada usaha berterusan untuk melahirkan hubungan resiprokal dengan jentera parti serta pengundi. Yang berpengalaman juga akan disukai kerana ia akan membolehkan diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan.

Blackforest said...

Namun, bukan semua boleh menjadi pemimpin walaupun bertanggapan berkemampuan. Ini kerana seorang pemimpin mesti mesra rakyat dan bukan dirinya; seorang pemimpin mesti bersedia berdamping dan bergaul dengan masyarakat tanpa mengira batasan kelas, agama, keturunan dan gender.

Blackforest said...

Seorang pemimpin juga mesti seronok dengan tanggungjawab sebagai Yang Berhormat (YB) dan bukan sekadar bangga menjadi YB di kawasan masing-masing tanpa sebarang sumbangan yang boleh diiktiraf kemudian nanti. Dengan adanya elemen sebegini, ia akan membantu calon itu menang tanpa perlu sangat dibantu untuk menang berdasarkan kepada faktor sampingan.

Blackforest said...

Penting juga calon sentiasa ingatkan diri bahawa beliau juga adalah sebahagian daripada rakyat dan pemimpin berjiwa rakyat akan mudah menang dan diterima pengundi kerana bukan elitis tetapi inklusif dengan acuan kawasan masing-masing walau mereka adalah tokoh dalam bidang tersendiri seperti pendidik, peguam, ahli perniagaan, pegawai daerah, ilmuwan, ulama, doktor, peneraju organisasi dan pelbagai lagi.

Blackforest said...

Angkuh, bongkak dan bersifat sentiasa mahu memerintah dan bukan tunduk kepada maklum balas majoriti boleh memakan diri jika tidak berhati-hati dalam pemilihan kali ini. Jika dalam PRU -12 senarai boleh dipinda di saat-saat akhir tanpa mengira sensitiviti calon yang sudah menyiapkan poster mereka, ia tidak boleh berulang kali ini.

Blackforest said...

Rugi jika segala macam perubahan telah dilakukan tetapi disebabkan oleh sengketa disaat-saat akhir, segalanya dilupakan dan menjadi perang dalaman sehingga bersifat 'asalkan sesiapa menang pun dan bukan calon dari parti sendiri' ibarat menjadi abu dan arang dalam seni politik yang penuh dengan hasad dengki, curiga dan cemburu serta saling tidak percaya di antara satu sama lain.

Blackforest said...

Calon memain peranan yang sangat penting dan pengalaman Pilihan Raya Kecil boleh dijadikan sebagai 'kayu pengukur' untuk membolehkan persediaan yang bersifat menyeluruh dapat dilakukan untuk berhadapan dengan PRU yang paling getir dalam sejarah PRU di Malaysia.

unknown said...

Pemimpin yang berkaliber harus dipuji

unknown said...

Rakyat jadi penentu masa depan BN.

unknown said...

Leader should play their role well

unknown said...

Voice out any dsyfunctional methods

Pemerhati said...

Pakatan Pembangkang hari ini terus dibidas kerana sanggup berbohong kepada rakyat dalam pembentangan bajet mereka yang sebenarnya begitu banyak menyembunyikan fakta-fakta di mana sekiranya ia dikaji semula, bajet tersebut hanya akan menambah defisit dan meningkat hutang negara melebihi had yang sepatutnya.

Pemerhati said...

Menurut Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan, bajet pembangkang hanyalah semata-mata bajet untuk menyedapkan halwa telinga rakyat tanpa mendedahkan hakikat sebenarnya bahawa negara boleh jatuh bankrap sekiranya bajet tersebut dilaksanakan.

Pemerhati said...

“Saya rasa amat kecewa bagaimana Pakatan Pembangkang boleh berbohong kepada rakyat secara terang-terangan. Mereka minta rakyat telan bulat-bulat segala unjuran bajet yang mereka bentangkan, sedangkan segala bajet yang dibentangkan itu tidak langsung berpijak di bumi yang nyata.

Pemerhati said...

“Bagaimana seorang pemimpin boleh berbohong sebesar ini semata-mata untuk menyakinkan rakyat demi meraih undi dengan memperjudikan keseluruhan nasib rakyat di negara ini? Jelas kita perlu berwaspada dan berhati-hati dengan sikap pemimpin yang sebegini agar kita tidak tertipu dan menyesal di kemudian hari,” tegas beliau kepada UMNO Online.

Pemerhati said...

Tambahnya lagi, bajet ini bukanlah bajet untuk PIBG, sekolah atau koperasi, sebaliknya ia adalah bajet untuk sebuah negara, di mana nasib rakyat di negara ini bergantung kepada kemakmuran ekonomi negara.

Pemerhati said...

“Masa depan kita, anak-anak dan keluarga jelas bergantung dengan sejauh mana dengan pertumbuhan ekonomi negara. Jika inilah bajet yang dibentangkan oleh Pakatan Pembangkang, ia secara terang dan jelas boleh memudaratkan ekonomi negara dan masa depan rakyat Malaysia itu sendiri,” ujarnya lagi.

Pemerhati said...

Menurut beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin boleh membohongi rakyat dengan bajet Pakatan Pembangkang itu tetapi fakta dan angka yang didedahkan mengenai kepincangan bajet mereka itu tidak boleh menipu.

Pemerhati said...

“Angka dan fakta yang kami dedahkan ini bukan hanya sekadar satu anggaran, tetapi ia adalah angka yang sebenar dan tepat berdasarkan pengiraan yang betul. Angka dan fakta ini bukanlah sesuatu yang dirahsiakan oleh kerajaan sebaliknya ia adalah maklumat yang boleh diperolehi oleh semua rakyat di negara ini. Rakyat boleh melihat sendiri samada apa yang kami dedahkan ini benar atau tidak,” jelasnya lagi.

Pemerhati said...

Tambah beliau, bajet yang dibentangkan oleh Pakatan Pembangkang seperti menurunkan harga kereta, menghapuskan hutang PTPTN, gaji minimum sebanyak RM 1100.00 dan lain-lain, tidaklah lain hanyalah bajet semata-mata untuk meraih undi dari rakyat.

Pemerhati said...

Sedangkan hakikat sebenarnya menurut beliau lagi, banyak perkara yang tidak disebutkan di dalam bajet mereka itu yang sebenarnya akan memberi kesan yang amat besar kepada ekonomi dan institusi sosial negara.

Pemerhati said...

“Mereka juga mendakwa, dengan bajet itu mereka dapat mengurangkan defisit negara kepada 3.5 peratus, sedangkan hakikatnya bajet tersebut sekiranya dilaksanakan defisit negara akan meningkat dengan lebih tinggi iaitu sebanyak 7.2 peratus. Hutang negara juga akan meningkat kepada 57.8 peratus melebihi had maksimum Akta Pinjaman Domestik iaitu 55 peratus,” tegas beliau

Pemerhati said...

Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat, negara akan mengalami kehancuran dan kecelaruan jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Pemerhati said...

Bekas Perdana Menteri itu berkata, hal ini kerana kerajaan yang akan dibentuk oleh pembangkang merupakan kerajaan campuran daripada tiga parti yang tidak mempunyai matlamat dan hala tuju sama.

Pemerhati said...

Beliau menarik perhatian keinginan Pas untuk menjadikan Malaysia negara Islam ditentang oleh DAP manakala Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertindak sebagai orang tengah hanya mensasarkan kemenangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemerhati said...

“Keadaan ini memang bahaya, kadang-kadang apabila kita berada dalam keadaan selamat, kita tidak fikir akan jadi tidak selamat, kita selamat sebab memilih pemerintah yang prihatin.

Pemerhati said...

“Ini terpulang kepada rakyat, namun ada yang mengundi mengikut emosi dan taksub walaupun pemimpin jelas menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan Islam.

Pemerhati said...

“Apabila rakyat tidak menggunakan pemikiran dan mengundi semata-mata kerana perasaan, besar kemungkinan negara kita akan hancur. Sebab itu kita lihat banyak negara tidak dapat laksanakan cara-cara demokrasi kerana ketaksuban kepada pemimpin, bukan untuk membangunkan negara,” katanya.

yves st. laurent said...

Rakyat yang bijak akan tetap memilih UMNO serta Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini bukan kerana ia parti yang sempurna tetapi satu-satunya parti yang ikhlas dan tegas berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.

yves st. laurent said...

Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata UMNO dan BN juga sentiasa mendengar keluhan rakyat dan sentiasa memperbaiki diri serta parti demi kepentingan rakyat.

yves st. laurent said...

Justeru, katanya, adalah penting untuk UMNO dan BN sifar masalah termasuklah masalah dalaman kerana sekiranya ia tidak diatasi maka kesannya adalah dalam dan besar kerana kemungkinan besar Malaysia akan berubah lanskap sepenuhnya iaitu menjadi sebuah negara republik ataupun sebuah negara yang terlalu liberal.

yves st. laurent said...

“Apa pun masalah dalaman UMNO, hala tuju UMNO masih tetap, jati diri UMNO masih teguh dan pendirian UMNO masih utuh. Sedangkan pembangkang masih tercari-cari hala tuju, masih terpinga-pinga dengan jati diri dan masih terkial-kial memahami erti pendirian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

yves st. laurent said...

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata kesemua 13 parti BN perlu bergerak sebagai satu formasi yang teratur dan tersusun ke arah satu objektif iaitu kesepaduan dan kefahaman yang jitu agar BN sentiasa menjadi parti yang kuat dan tidak mungkin ditandingi pembangkang sekaligus mencapai kemenangan pada PRU nanti.

yves st. laurent said...

“Rakyat seharusnya sedar bahawa semboyan perang yang ditiup bukan sekadar semboyan perang merebut kuasa pilihan raya tetapi lebih dari itu, perang ini melibatkan survival bangsa dan kedaulatan negara.

yves st. laurent said...

“Mana tidaknya kerana pembangkang begitu jelas gemar bersekongkol dengan anasir-anasir luar yang punya kepentingan untuk menjajah Malaysia secara halus,” katanya. Beliau berkata rakyat harus sedar bahawa parti-parti pembangkang yang kononnya berpakat, masih tidak sepakat.

yves st. laurent said...

“Kalau ada pun kesepakatan di mereka hanyalah untuk memusnahkan negara melalui hasutan, tiupan semangat perkauman dan kebencian yang tidak membawa apa-apa kebaikan pun untuk rakyat,” katanya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels