20 July 2018

PRK SUNGAI KANDIS- UJIAN TERHADAP UMNO SELEPAS PRU-14

PRK Sungai Kandis adalah ujian pertama bagi parti Umno selepas PRU-14. Meskipun di atas kertas, peluang Umno amat tipis, namun, berasaskan senario politik semasa, yang mana rakyat menyaksikan, bahawa Pakatan Harapan diselubungi dengan tidak menunaikan janji-janji pilihanraya, PRK kali ini boleh dikatakan sebagai refrendum kepada Kerajaan yang menerajui Putrajaya itu.

Pada PRU-14, Dun tersebut dimenangi oleh Allahyarham Suhaimi Shafie (Adun tiga penggal sejak tahun 2008) apabila memperolehi undi sebanyak 23,998 dengan majoriti 12,480, mengatasi calon Bn Kamaruzzaman bin Johari (11,518 undi), calon Pas Mohd Yusof (7573 undi) dan calon PRM Hanafiah bin Husin (76 undi).

Pada PRK kali ini, parti PAS dikhabarkan tidak meletakkan calon. Jika diandaikan, calon Umno menerusi Datuk Loman Noor Adam boleh mendapat undi Pas, namun masih kurang hampir 5,000 untuk mencapai undi Allahyarham Suhaimi.

Apa yang pasti keputusan PRK Sungai Kandis, akan menjadi penanda aras keupayan Umno dalam usaha parti itu untuk bangkit semula selepas kehilangan kuasa julung kalinya dalam tempoh 61 tahun.

Pada PRK kali ini juga akan dilihat bagai mana keampuhan saf kepimpinan baru Umno yang diterajui Datuk Seri Dr Zahid Hamidi bersama Timbalan beliau- Datuk Mohammad Hassan.


No comments:

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels