PEMBANGKANG dan atau seteru dalaman Musa Aman tidak mempunyai apa-apa cara untuk berdepan dengan Ketua Menteri Sabah itu; atas sebab itu serangan yang bersifat peribadi terus dikayuh semata-mata untuk mengwujudkan persepsi negaif terhadap beliau.
Mereka tidak dapat menyerang Musa melalui perkembangan ekonomi negeri, pelaburan ekonomi, pembangunan mahupun kecekapan pengurusan kewangan negeri, kerana Ketua Menteri itu telah menunjukkan kecemerlangannya.
Serangan peribadi terhadap Musa sebenarnya bermula sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 2003. Usaha-usaha pihak-pihak tertentu untuk menghalang Musa dilantik telah diusahakan melalui rekayasa dokumen dan dokumen itu dinamakan dalil 88.
Selepas dua penggal berlalu, terbukti semua dakwaan dimana menurut pihak-pihak tertentu itu betul, ternyata berkesudahaan sebagai buih-buih laut.
Kini cubaan menjatuhkan Musa dispeksifikasikan sebagai Musagate berhubung sumbangan individu tertentu terhadap Umno Sabah yang bernilai RM40 juta.
Sumbangan RM40 juta ini menjadi makluman umum apabila berlaku pilihanraya kecil Permatang Pauh pada tahun 2008. Selepas PRK itu, Ketua Pemuda PKR membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) bahawa berlaku rasuah antara Musa dan seorang individu yang bernama MChia.
Sebagai badan yang cukup terkenal dalam memerangi rasuah (ICAC) bertindak membuka Kertas Siasatan (IP), dan sepertimana kenyataan Setiausaha Barisan Nasional Sabah- Datuk Rahman Dahalan yang juga ahli Panel SPRM, bahawa pegawai penyisaat ICAC telah berada di Sabah lebih sebulan untuk menyiasat dakwaan itu.
Hasil daripada siasatan itu, pada Penggal terakhir Parlimen tahun ini, Parlimen diberitahu melalui Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nazri Aziz menteri yang bertanggungjawab ke atas SPRM-bahawa SPRM dan ICAC mendapati tiada didapati hubungan antara Musa Aman dengan RM40 juta sepertimana dilaporkan, sebaliknya wang RM40 juta itu adalah sumbangan politik individu yang tidak mahu dikenali kepada Umno Sabah.
Malangnya keputusan SPRM dan ICAC itu tidak dapat dierima oleh pihak Pembangkang, sambil menuduh badan itu bias dalam keputusannya. Keadaan berlainan, apabila pihak SPRM membuat keputusan berhubung akuan bersumpah bekas Penolong Gebanor Bank Negara- yang mendakwa bahawa Anwar Ibrahim mempunyai master akaun yang bernilai RM2bilion. Keputusan SPRM itu diterima dengan baik oleh pihak pembangkang, malah memberi high five kepada suruhanjaya itu.
Benarlah, disebabkan tiada faktor politik yang membolehkan mengecam Musa, maka perlu dicari faktor yang sukar dinafikan olehnya, yakni rasuah, kerana keputusan bersalah atau tidak bergantung kepada pihak ketiga. Selagi pihak ketiga itu tidak membuat keputusan, maka selagi itu dakwaan itu melekat.
Sebagai contoh, para pemimpin yang didakwa rasuah dan bertahun-tahun dakwaan itu melekat pada diri mereka, dan kemudian selepas itu, mereka dibebaskan dengan bersih- antaranya Tan Sri Kasitah Gadam, Datuk Saidin Thambi. Apabila mereka dibebaskan, musim kejayaan mereka telah berlalu, sebenarnya ini yang diinginkan oleh pihak-pihak tertentu terhadap Musa.
Di pihak Pembangkang, ketiadaan Musa agar menyenangkan mereka mempengaruhi pengundi, di pihak yang mahu Jawatan Ketua Menteri Sabah pula, jalan cepat dan pendek untuk mendapatkan jawatan itu; namun mereka terlupa, jawatan dan rezeki ditentukan oleh Yang Maha Kuasa. Seharusnya pihak-pihak tertentu yang kemaruk sangat dengan jawatan perlu mengambil iktibar dengan keadaan Anwar Ibrahim. Mantan TPM itu, secara terbuka diumumkan oleh Perdana Menteri pada masa itu, bahawa selepas Sukan Komonwel di Kuala Lumpur pada tahun 1998, maka Anwar akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Benarlah permainan politik boleh mengkhayalkan, juga boleh membunuh minda, politik boleh menghalalkan yang tidak halal, atas sebab itu dalam politik; prasa yang melekat padanya. in politics nothing is impossible.

