10 June 2010

Peranan Wakil Rakyat Baik MP Mahupun ADUN Sangat Diperlukan Bagi Menyahut Tekad Perdana Menteri

Kerajaan bertekad untuk terus membela golongan bependapatan rendah melalui pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10), kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Najib berkata sasaran itu akan memberi manfaat kepada kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah di mana Bumiputera merupakan golongan terbesar - 73 peratus daripada 2.4 juta isi rumah dalam kumpulan ini.

"Pendekatan ini akan menjamin keadilan sosial kepada golongan yang benar-benar memerlukan bantuan dan tidak akan ada sesiapa pun yang berasa terpinggir," kata Najib ketika membentangkan RMK10 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau turut memberi jaminan, golongan berpendapatan rendah akan terus diberi bantuan untuk mengurangkan kesan pengurangan subsidi ke atas kos sara hidup mereka.

"Fokus khusus akan diberi kepada golongan terpinggir yang tinggal di kawasan pedalaman, terutamanya yang mendiami di rumah panjang di Sabah dan Sarawak, serta Orang Asli dan pekerja di estet di Semenanjung Malaysia.

"Masih terdapat mereka yang hidup tanpa bekalan elektrik dan air, dan jauh daripada kemudahan kesihatan.

"Anak-anak bersekolah terpaksa berjalan jauh, merentasi jalan yang kadang kala berdebu atau lecak berlumpur dan terdapat juga antara mereka terpaksa merentas sungai untuk menimba ilmu di sekolah.

"Kerajaan akan membela mereka yang kurang bernasib baik ini untuk keluar daripada cengkaman kemiskinan.

Katanya lagi, kerajaan akan mempergiatkan pelaksanaan program ekonomi dan penyediaan kemudahan asas untuk manfaat golongan berkenaan.

"Kerajaan juga sedang mempertimbangkan kaedah untuk memberi hak milik tanah kepada masyarakat Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak.

"Ini akan membolehkan mereka mendapat manfaat daripada program pembangunan pertanian secara bersepadu menggunakan pendekatan agropolitan dan contract farming.

"Mereka juga akan diberi akses yang lebih baik kepada infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan, pendidikan dan latihan kemahiran," katanya.

Menurut Najib lagi, tumpuan juga akan diberi untuk memperbaiki kualiti hidup pekerja ladang dan estet yang tersesar.

Jelasnya, sebanyak 182 buah estet akan disalurkan bekalan air dengan peruntukan sebanyak RM109 juta, manakala program latihan kemahiran akan disediakan bagi golongan muda pelbagai kaum yang tercicir daripada persekolahan.

Warga ini juga akan dibekalkan kemudahan perniagaan melalui skim kredit mikro Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN).

Selain itu, latihan akan diberikan kepada golongan ini melalui Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), Pusat Giat Mara dan Institut Kemajuan Desa (INFRA).

Seramai 280,000 penduduk kampung baru Cina juga akan diberi bantuan melalui skim pinjaman mudah untuk membayar premium tanah bagi perlanjutan tempoh pajakan.

"Untuk ini, sebagai permulaan dana pembiayaan sebanyak RM100 juta akan disediakan," katanya lagi.

Melalui RMK10 juga, kerajaan akan membina 78,000 rumah mampu milik bagi setiap segmen masyarat, terutamanya golongan berpendapatan rendah.

"Undang-undang berkaitan akan diketatkan dan penguatkuasaan ditingkatkan ke arah memastikan rumah mampu milik dibina dengan kualiti yang sewajarnya.

"Satu dana berjumlah RM500 juta akan diperuntukkan bagi tujuan membiayai kerja-kerja baikpulih dan penyelenggaraan rumah mampu milik awam mahupun swasta.

"Dana ini didasarkan kepada kaedah geran sepadan, di mana separuh daripada kos akan disumbang oleh kerajaan, manakala separuh lagi oleh pihak pengurusan atau persatuan penduduk rumah berkenaan," katanya.

12 comments:

jack said...

memang perlu golongan berpendapatan rendah ini dibela oleh kerajaan..namun begitu apakah jaminan daripada kerajaan berhubung dengan membela golongan ini? saya berpendapat hal ini harus dimasukkan dalam KPI MP dan Adun negeri serta jabatan2 berkenaan..cara ini dapat memberikan jaminan untuk memastikan golongan ini dibela.

somboi said...

masih terdapat lagi kawasan di Malaysia yang masih mundur dan perlukan pembangunan. diharap dalam RMK10, kerajaan akan memperbanyakkan peruntukan untuk pembangunan kawasan tersebut. MP perlu ambil peranan penting dalam pembangunan kawasan yang masih mundur.

uranglama said...

sabah dan sarawak memang perlu diberi perhatian oleh kerajaan kerana masih banyak lagi kawasan yang mundur di kedua2 negeri ini. harap peruntukan lebih akan diberikan kepada kedua2 negeri ini dlm RMK-10 nanti.

samanda said...
This comment has been removed by the author.
samanda said...

diharap kerajaan akan benar2 prihatin terhadap pembangunan di luar bndar. masyarakt luar bandar telah lama menantikan pembangunan di tmpat mereka. MP perlu ambil peranan dalam membangunkan kawsan mereka masing2.

boY said...

betul..memang golongan berpendapatan rendah ini dibela oleh kerajaan. tapi apa-apa pun kerajaan harus melaksanakan RMK10 itu dengan betul2. janganlah asyik kawasan yang sudah maju mahu di maju kan lagi, cuba kawasan yang mundur itu tolong untuk dimajukan. kerajaan akan buat yang terbaik untuk rakyatnya.

toM said...

harap pihak yang bertanggungjawab ini akan melakukan tugas yang telah diberikan itu. bantulah rakyat untuk kesenangan semua..

toM said...

Datuk Najib turut memberi jaminan, bahawa golongan berpendapatan rendah akan terus diberi bantuan untuk mengurangkan kesan pengurangan subsidi ke atas kos sara hidup mereka. betapa baik dan prihatin PM kita terhadap rakyatnya. inilah dia yang dinamakan pemimpin, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan.

pacayang said...

sabah dan sarawak memang patut di beri keutamaan dalam penbangunan negeri mundur dan memajukan negeri itu. oleh itu, peruntukan lebih banyak yang akan diberikan kepada kedua negeri ini dalam RMK10.

2718 said...

semua MP mahupun ADUN mesti menunaikan hasrat PM jika ingin mendapatkan semula kepercayaan rakyat. jayakan RMK10 ini untuk membuktikan kerajaan perihatin terhadap rakyat dan mampu membela nasib rakyat.

2718 said...

Sabah dan Sarawak terlalu besar berbanding dengan negeri2 lain di SM, disebabkan itu banyak kawasan yang tidak mendapat perhatian kerajaan. oleh itu, MP di setiap daerah perlu bertanggungjawab dan memainkan peranan untuk membawa perubahan di kawasan masing2.

Paquin said...

Macam best ba rmk10 ni... hhhmmm harap2 lah jadi kenyataan oo :)

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels