31 August 2010

Feel Good Factor wakil rakyat tertentu Kota Belud seperti buih laut

Semasa bulan ramadan ini ada wakil rakyat tertentu Kota Belud turun padang dengan tujuan "feel good factor" terutama pada kawasan-kawasan di mana wakil rakyat tersebut tidak mendapat sokongan sebelum ini.

Melalui feel good factor itu, ditayanglah bungkusan beras dan bakul berisi mee segera kononnya untuk dibahagi-bahagikan kepada rakyat yang kurang bernasib baik.

Feel good factor ini agar supaya penyedia laporan lapangan memberi laporan postif terhadap wakil rakyat itu agar dipilih semula menjadi calon pada PRU-13 akan datang.

Tiada yang dilakukan oleh wakil rakyat itu; kerana hampir 2 tahun menjadi wakil rakyat tiada apa-apa perubahan yang ketara dibawanya untuk membangun rakyat yang diwakilinya.

Berbohonglah kalau tiada pembangunan yang dibawanya. Ada! pembinaan bastop yang dikhaskan kepada lembu-lembu untuk berlindung dikala hujan dan terik matahari.

Kota belud terutama yang berjarak 10km daripada pekan pada masa kini telah bertaburan bastop bertiang konkrit. Sayang seperti yang disebutkan di atas bastop itu hanya untuk lembu-lembu, kerana apa? tiada pun manusia yang menggunakannya kerana memang rakyat tidak memerlukkannya.

Begini lah perancangan wakil rakyat yang mewakili Kota Belud itu, kemampuannya hanya membina bastop yang tiada langsung keterkaitannya dengan pembangunan rakyat.

Feel good factor wakil rakyat tertentu itu adalah memasang poster berukuran besar di persimpangan jalan sudah tentu dengan kata-kata mengucapkan kepada penduduk Kota Belud yang beragama islam selamat menjalankan ibadat puasa dan selamat menyambut hariraya aidilfitri.

Hanya demikian kah kemampuan wakil rakyat itu? berbaloikah rakyat menyokongnya? sayang seribu kali sayang, rakyat yang memilihnya bukan pengundi seperti di kawasan bukit bintang, kepong atau PJ utara. Jika samalah status para penggundi Kota Belud dengan kawasan-kawasan yang disebutkan, adalah pasti wakil rakyat itu tidak akan dapat bergelar wakil rakyat lagi jika benar dipilih semula untuk bertanding.

Kepada para pengundi Kota Belud terutama kepada generasi muda, marilah kita sedarkan keluarga kita agar supaya menolak wakil rakyat seperti ini.

Generasi muda perlu membuat pilihan bahawa wakil rakyat yang diperlukan di kawasan Kota Belud ini adalah wakil rakyat yang berjiwa membangun, bukan berjiwa seperti buih laut.

Kepada generasi muda salurkan maklumat yang tepat di kampung-kampung anda, jangan lagi terpengaruh dengan politik picisan. Jangan lagi terpangruh dengan bujuk rayu, anda alah pengorak langkah kepada pemabngunan Kota Belud.

Wakil rakyat yang kita perlukan adalah wakil rakyat yang berjiwa Kota Belud, bukan wakil rakyat yang bersifat pemain dan mengejar kedudukan.

Bermula daripada sekarang, jika ada individu tertentu yang kononnya dipilih oleh parti, maka parti meminta kita memilihnya, jangan terpengaruh lagi.. sama-sama kita tolak individu seperti itu.

Perlu kita ingat pisang jangan sampai berbuah dua kali. Kita akan rugi berpanjangan.

14 comments:

ROJOKOBOG said...

Salam 1KB,
Dalam politik siapa musuh anda itu lah yang anda harus hormati dan jgn berputus asa utk berbaik-baik dgnnya..dlm kes yg 1KB maksudkan ternyata ada perkiraan yg amat lembab pengamatan ilmu politiknya, ternyata itu adalah anda sendiri, kalau berdasarkan kriteria politik yg matang jika satu kawasan yg anda telah mengalami kekalahan maka kawasan tersebut yg anda harus utamakan atau cari apa punca kekalahan anda di kawasan tersebut...patutlah 1KB agak sukar untuk jadi pemimpin di peringkat Daerah sekali pun, politik ikut perasaan agak yg yg terpendam dlm sanubari 1KB, 1KB boleh memberitahu seluruh masyarakat Kota Belud untuk berhati-hati dgn pemimpin seperti buih laut, akan tetapi siapa 1KB yg sebenarnya dlm kanca politik Kota Belud, adakah 1KB pernah jadi pemimpin peringkat Bahagian, adakah 1KB amat berpengaruh di Kota Belud, pernah kah 1KB menjadi calon bebas Parlimen KB, pernah kah 1KB jadi calon bebas di peringkat DUN...jika semua ini jauh panggang dari api jgn lah cuba untuk mempengaruhi masyarakat yg berpuluh ribu ramainya sedangkan anda hanya sebesar habuk ditengah jalan..bila angin tiba ianya akan menjadi debu lalu terbang entah kemana.

Milus bin Hj. Abd. Wahad said...

...salam OKB...
Tahniah atas posting kali ini...
tapi ingat juga, bahawa pemimpin ini sifatnya umpama burung yang sentiasa melakukan migrasi kerana faktor musim, maka pemimpin juga begitulah sifatnya...diperlu kerana terpaksa dan diperlu kerana sifat kepimpinan yang dia miliki..

gunner said...

sememangnya rakyat memerlukan pemimpin yang boleh melaksanakan tugasnya dgn baik, kita memerlukan pemimpin yang boleh menjaga hak2 rakyat dan memberi kesenangan kepada rkyat.

lafizah said...

Semua rakyat memang memerlukan pemimpin yang begitu boleh menguruskan sesuatu dan juga menjalankan tugas mereka sebagai wakil rakyat. Bukan yang hanya memikirkan tentang pangkat dan juga gelaran. Oleh itu, rakyat adalah yang tentukan siapa yang terbaik untuk mereka, undilah yang boleh membantu anda dan bukan yang hanya memerlukan sekejap saja lepas itu hilang entah kemana.

malisa said...

pemimpin haruslah lebih mementingkan hak untuk rakyat dan bukan untuk kepentingan diri sendiri saja. Harap pemimpin boleh menjalankan tugas yang diberikan. Rakyat juga haruslah pandai menilai siapa yang terbaik untuk mereka, jangan sampai pisang berbuah dua kali.

Jonny said...

Rakyat pasti akan memilih calon yang sesuai untuk mewakili rakyat. Berdasarkan kelayakan dan prestasi calon yang bertanding.

supra said...

pemimpin yang baik akan sentiasa disokong oleh rakyt, sebagai pemimpin, keutamaan rkyat perlu didahulukan.

neiji sheito said...

nasib pembangunan dan penduduk kota belud bergantung dengan wakil rakyat, oleh itu buatlah pilihan yang terbaik untuk daerah kota belut..

adam said...

rakyat mengharapkan pemimpin yang sentiasa dekat dengan mereka dan boleh membantu menyelesaikan masalah mereka. oleh itu pemimpin perlulah berusaha yang terbaik untuk rakyat.

mai said...

pemimpin perlu sentiasa peka dengan kehendak rakyat. ini akan membolehkan rakyat terus mempercayai pemimpin tersebut.

papamee said...

Tanggungjawap pemimpin adalah membantu negara menuju kearah lebih maju dan rakyat mampu berdikari, maju dan tidak mengharapkan bantuan yang berbentuk mee segera atau beras. Jika pemimpin tersebut perlu sentiasa memberi bantuan mee segera kepada rakyatnya, pemimpin tersebut harus malu kerana tidak mampu membawa kemajuan kepada rakyatnya.

kingking said...

Kalau tidak buat kerja pada hari biasa, cuma berlakon masa dekat pilihanraya, singkir pemimpin bersifat penipu ini. Jangan undi dia lagi.

huda said...

Jangan lagi kita terpedaya dengan janji-janji manis dan 'feel good factor' dari yb berkenaan.
Tiada prestasi, tiada undi.

bbq said...

Biar dia syok sendiri dulu. Rezeki jangan kita tolak. Apa yang diberi kita terima.
Kalau dia minta sokongan dan undi, tahulah kita apa patut dibuat.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels