26 August 2010

Pemimpin ada akar umbi dan pemimpin sebagai pemain

Tun Mustapha adalah contoh pemimpin yang ada pengikut akar umbi. Maksud pengikut akar umbi di sini, bukan terhad pada satu kawasan sahaja, tetapi menyuluruh.

Datuk Harris Salleh adalah contoh pemimpin sebagai pemain politik. Pemimpin sebagai pemain adalah pemimpin yang berpeluang menggunakan masa, situasi, sentimen pada masa yang tepat.

Setelah Tun Mustapha, hanya Datuk Pairin yang boleh dikategorikan sebagai pemimpin yang mempunyai sokongan akar umbi yang menyeluruh.

Bagi OKB, setakat ini belum ada pemimpin Sabah yang mempunyai sokongan akar umbi yang menyeluruh.

Namun sebagai pemimpin yang mahukan agar rakyat yang dipimpinnya maju jaya, sifat-sifat itu ada terdapat pada ketua menteri Sabah sekarang ini, yakni Datuk Musa Aman.

Atas sebab sifat-sifatnya tersebut, maka jika dahulu ada beberapa pemimpin Sabah yang tidak sehaluan dengannya; akhirnya, para pemimpin tersebut kini bergandingan bahu dengannya demi kemajuan negeri Sabah.

Jika Tun Mustapha mempunyai sokongan padu daripada akar umbi secara menyeluruh, Musa Aman mempunyai sokongan padu daripada para pemimpin akar umbi secara menyeluruh.

Hanya pemimpin yang mempunyai sokongan akar umbi yang menyeluruh yang boleh bertahan dalam politik.

Parti Berjaya pimpinan Datuk Harris kalah dengan mudah kerana Datuk Harris tidak mempunyai sokongan padu daripada akar umbi. Para pemimpin yang menyokong beliau masa itu juga tidak mempunyai sokongan akar umbi. Hanya 6 kawasan yang boleh bertahan pada PRU-Sabah tahun 1985 yang menggunakan tikit Berjaya menang; dan kesemua pemimpin itu adalah mereka yang mempunyai sokongan akar umbi.

Kepimpinan Musa Aman adalah fotokopi kepimpinan Tun Mustapha, yang berbeza hanya dalam bentuk sokongan.

10 comments:

tombolo said...

pemimpin yang mempunyai sokongan akar umbi akan berjaya dan bertahan, seperti Tun Mustapha dan Musa Aman yg mana merupakan pemimpin Sabah yang berjaya.

neiji sheito said...

kegagalan pemimpin membela nasib rakyat adalah ibarat meletak racun kedalam akar umbi yang mana sedikit masa lagi kedudukan pemimpin itu pasti akan tumbang kerana kehilangan sokongan akar umbi. begitulah pentingnya akar umbi ini bagi seseorang pemimpin untuk terus kekal memimpin. diharap semua pemimpin mempunyai kesedaran ini dan sentiasa mengutamakan kepentingan akar umbi.

Boten_Trish said...

Tun Mustapha is one example for being a leader with lots of supports from the people. So, is Datuk Harris but that was before the controversy and Musa Aman is just like Tun Mustapha. I gotta agree with that. He has worked hard to garnered the people's trust and support. Hopefully everything will work out just fine.

Bi said...

Tapi kena tambah sikit lagi, yang mana rakyat juga memainkan peranan penting untuk melettakkan berapa lama seseorang pemimpin itu boleh bertahan.

Bi said...

Selain itu, kepimpinan seseorang itu juga mempengaruhi tempoh beliau berkhidmat. Jika beliau mampu memimpin dengan baik maka akan ramailah juga yang menyokong beliau.

Paquin said...

Ya sememangnya tak dinafikan sokong padu dari akar umbi amat p[enting bagi menentukan kelangsungan politik para pemimpin.

Paquin said...

Setiap pemimpin pasti mempunyai kelebihan dan kelemahan masing2. Namun itu adalah perkara nombor dua... Yang utama ialah sokongan kerana dengan adanya sokong apapun berlaku pemimpin itu pasti akan jadi pilihan rakyat dan diagungkan sebagai pemimpin yang terbaik :)

Paquin said...

Taniah pada Musa kerana telah membangunkan negeri Sabah dan menjalankan tugasnya sebagai CM dan pemimpin rakyat dengan baik :)
Semoga sokonga padu terhadap beliau akan terus bertambah kuat :)

Paquin said...

Setuju eika. Saya yakin dan ramai juga yang yakin akan kemampuan Musa utk terus berjuang demi rakyat. Well done & keep up the good work DMA:)

Paquin said...

Apapun, saya setuju dengan idea yang dilontarkan oleh penulis ni :)

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels