19 August 2010

Suara suara sumbang parti KDM-BN Sabah

Suara-suara sumbang parti KDM komponen BN Sabah telah mula kedengaran. Ahad lalu Presiden UPKO Bernard Dompok mendakwa umno adalah penghalang kepada konsep IMalaysia tajaan perdana menteri dan presiden umno sendiri.

Sebelum itu parti PBS telah memberi kata dua kepada kerajaan agar isu PTI perlu dinoktahkan pada tahun 2012. Seolah-olah PATI bertimbun di sabah adalah angkara kerajaan.

Parti KDM melihat bahawa umno terlalu dominan dalam kerajaan negeri. Mereka mendakwa bahawa akar umbi KDM terpinggir dalam pemerintahan BN Sabah yang ditulangi oleh umno.

Perlu difahami dalam umno sendiri ramai pemimpin KDM. Ada beberapa ketua bahagian umno daripada suku KDM.

Selain itu KDM "well represent" dalam kabinet negeri. Bukan itu sahaja ramai ketua-ketua jabatan adalah daripada suku KDM.

Pun demikian parti-parti KDM agaknya belum berpuas hati. Mereka ingin kembali kepada kegemilangan PBS tahun 1985-1994, di mana di semua peringkat kaum KDM lah yang mengambil peranan.

Syarikat-syarikat GLC pada tahun kegemilangan PBS boleh dikatakan seluruhnya dikuasai kaum KDM. Pada masa itu rumpun bajau, dan bumiputera islam lainnya bagaikan warganegara kedua kecuali keluarga Abu bakar Titingan di mana masa itu diwakili Datuk Baharom Titingan.

Umno masuk Sabah dan bertapak, bukan kehendak umno. Umno masuk Sabah kerana angkara para pemimpin KDM sendiri.

Tahun 1990 semasa pilharaya sedang berlangsung, PBS yang merupakan komponen BN telah keluar BN, sehinggakan gelaran kepada parti itu adalah peristiwa TIKAM BELAKANG abad ini dalam sistem demokrasi negara.

Pada masa ini pemimpin KDM yang menyuarakan ketidak puas hatian kepada Umno adalah pemimpin yang sama yang menikam BN pada masa itu.

Kalaupun inginkan bahagian yang lebih besar, jangan lah menuntut yang bukan hak. Minta lah sesuai dengan kapasiti dan latarbelakang sendiri.

OKB berharap kempimpinan umno yang diberi mandat membela bumiputera islam dan bukan islam yang menerima konsep umno, jangan teragak-agak dalam pendirian.

Memang diakui ada pemimpin Umno yang bersifat arogant dan tidak penduli terhadap mereka yang bukan ahli umno. Ini bukan salah umno dan bukan juga salah pemimpin itu. Masing-masing mempunyai parti. Pemimpin Umno bertanggungjawab kepada ahli-ahli umno. Salah kah itu?

11 comments:

Jonny said...

Konsep 1 Malaysia ini sememangnya konsep yang baik. Tapi tanpa kerjasama semua pihak, tak mungkin kita boleh mencapainya. Diharapkan semua pihak akan bekerjasama menjayakan konsep ini.

tombolo said...

parti KDM yang menjadi komponen BN seharusnya memahami dan menyokong perjuangan parti. kerjasama perlu dijalinkan dalam parti. dgn ini konsep dan perjuangan akan tercapai.

mai said...

dalam menyelesaikan pelbagai isu, semua kenalah bekerjasama. janganlah berpecah atau saling menyalahkan. amalkan konsep 1Malaysia agar setiap matlamat yang ditetapkan boleh dicapai.

boY said...

Sebagai seorang pemimpin yang menjaga hak orang islam dan bukan islam seharusnya adil dan mempunyai kata pendirian sendiri. Tidak salah sekiranya itu yang terbaik untuk semua. Bukan kerana kita majoriti kita mahu semua.

polemic said...

oleh sebab itulah setiap permintaan, salah faham & ketidakpuasan hati perlu dibincangkan dalam suasana yg tertutup & bukannya melalui bertukar2 kenyataan melalui media...perbincangan utk memulihkan hubungan di antara parti2 komponen perlu bagi mengelakkan perkara ini menjadi semakin teruk...

mandau said...

ya..sya setuju dgn polemic, jika ada sebarang masalah, ia perlu dibincangkan dgn cara baik, tk perlulah nak keluarkan kenyataan di media. ia akan menunjukkan lagi kelemahan mereka.

toM said...

KDM tidak patut terlalu mahukan kuasa, mahu semua jawatan dan pentadbiran. Kerajaan adalah adil dengan semua. oleh itu tidak perlu suara-suara sumbang kerana kerajaan tetap dengan pendirian sendiri.

neiji sheito said...

sebarang konflik yang timbul dikalangan parti komponen sepatutnya diselesaikan melalui meja rundingan. pendedahan kepada mana2 media hanya memburukkan lagi keadaan malah mengundang kritikan dari pelbagai pihak. setiap parti komponen sepatutnya menjaga parti masing2 tetapi bersama2 memikul tanggungjawab dalam menyelesaikan masalah2 yang dihadapi rakyat dan negeri.

neiji sheito said...

dalam kegairahan semua parti melakukan persediaan bagi menghadapi pru13, konflik dalaman tidak patut wujud malah wajib dielakkan. beri tumpuan kepada memperkukuhkan keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap parti pemerintah dengan melakukan apa yang sepatutnya dilakukan..

Bi said...

Memang tindakan yang betul yang mana jika ada yang tidak puas hati kita suarakan, walaupun berada dalam parti yang sama tapi memang saja akan ada yang tidak puas hati, dan bila parti PBS diam ramai yang mengatakan bahawa parti itu tidur dan macam kerbau ditarik hidung... Jika anda semua sedar bahawa semakin ramai rakyat yang bersuara untuk meminta hak2 mereka seperti juga orang melayu disemenanjung yang mana terlalu banyak hak istimewa... saya rasa tindakan PBS adalah satu tindakan yang mantap untuk orang2 sabah..... Dan ianya bukan suara sumbang tetapi suara merdu untuk kepentingan orang2 sabah.... jika suara ini bukan untuk kebaiikan seharusnya anda senaraikan sebab "kenapa" bukan cuba untuk menyindir dan memperlihatkan bahawa tindakan bersuara ini adalah satu tindakan yang salah....

popcorn said...

Kalau apa yang mereka suarakan adalah kehendak rakyat, tiada salah mereka kata demikian walau ia bertentangan dengan haluan kerajaan.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels