2 February 2011

Pakatan mahu Pertukaran Kerajaan ikut cara Tunisia dan Mesir

Pakatan mahu agar pertukaran kerajaan di negara ini ikut cara Tunisia dan Mesir. Kerana itu-semasa berkempen di Tenang-mereka mengapi-apikan rakyat agar ikut rakyat dua negara itu.

Rakyat di negara ini tidak akan ikut cara rakyat Tunisia dan Mesir-atas sebab-rakyat di negara tidak mengalami apa yang dialami oleh rakyat dua negara itu.

Rakyat Tunisia dan Mesir sedang berhadapan dengan pemerintah Kuku besi-sedangkan rakyat negara bebas sebebasnya.

Contoh palling ketara adalah Makrof Mutalib-seorang guru yang dibayar oleh kerajaan, demikian juga isterinya Normala Sudirman-berkerja dengan kerajaan-akan tetapi kedua-duanya adalah pembangkang kepada kerajaan.

Normala merupakan Ketua Muslimat Pas Labis sejak tahun 2000, namun sejak itu-walaupun kerajaan tahu- Normala itu pembangkang-namun tetap sahaja dibenarkan berkhidmat dengan kerajaan.

Jadi, kehendak Pakatan agar melakukan penentangan (unrest) gaya rakyat Tunisia dan Mesir tidak akan berlaku di negara ini.

Rakyat telah faham dan tahu sejak tahun 2009, Pakatan mencuba mengapi-apikan rakyat agar melakukan penentangan-misalnya melalui BERSIh, HIDRAFF-namun usaha Pakatan itu tidak berjaya.

Benar-pada PRU-12 lalu- Pakatan mampu menawan-Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Perak, namun itu tahun 2008. Pada keadaan sekarang dan pada Pru-13 akan datang- OKB yakin rakyat akan mengembalikan Selangor, Kedah dan Pulau Pinang kepada pemerintahan Barisan Nasional. Kelantan-biarkan- kerana Kelantan menunggu Nik Aziz tidak menjadi MB lagi.

1 comment:

amnitpg said...

ALhamdullilah , itu yang Melayu nanti kan ,, dan kita tengok kesan nya..

Adakah berlaku perubahan kepimpinan dari Melayu ke Cina atau Ke India.. sepeti kata Tun M , Melayu mudah lupa.. sejarah tidak lupa .. Malaysia adalah Tanah melayu selamanya..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels