23 February 2011

Dun Tempasuk: Taklimat pembangunan

Pada 22 Februari bertempat di Dewan Musbah Taungusi telah berlangsung taklimat dan penerangan pembangunan DUN Tempasuk bagi tahun 2008-2011.

Penerangan dan taklimat dilaksanakan sendiri oleh ADUn kawasan itu Datuk Musbah Hj Jamli.Penerangan dan taklimat yang mengambil masa sejam 20 minit banyak berkisar tentang pembangunan yang mensasarkan kepada keperluan penduduk Tempasuk.

Sejak tahun 2008 hhingga kini kerajaan telah membelanjakan lebih Rm350 juta ringgit untuk pembangunan keperlluan penduduk Tempasuk Kota Belud. Antara pembangunan itu adalah prasarana seperti jalanraya, sistem pengairan sawah padi, prasarana penyediaan air bersih dan prasarana pendidikan.

Prasarana penyedian sistem pengairan sawah misalnya telah menelan belanja setakat 2010 sebanyak RM105 juta. Pembiayaan ini adalah sebahagian daripada bajet 1bilion untuk ppembangunan Jelapang Padi kota Belud.

Sementara itu penyediaan air bersih yang sangat-sangat diperlukan oleh ppenduduk Tempasuk menelan kos RM 48 juta. Penyiapan penyediaan air bersih akan siap sepenuhnya sebelum hujung tahun ini.

Majlis penerangan dan taklimat itu selain dihadiri oleh Pegawai daerah-ianya juga dihadiri oleh Ketua-ketua Anak Negeri, WKAN, Pengerusi JKKK, Ketua-ketua Kampung dan juga oleh 72 Ketua Cawangan Umno kawasan DUN Tempasuk.

Dalam taklimat itu juga ADUN Tempasuk merangkap pembantu Menteri Pertanian dan Asas Tani Negeri memberitahu bahawa satu usahasama antara Yayasan Sabah dengan kerajaan Jepun dan New Zealand untuk membina sangkar gergasi pemeliharan ikan laut dalam sangkar dengan kos 100 juta Amerika. Selain itu-projek pelancongan juga akan dibangun di Tandu Magarang dengan perbelanjaan lebih RM 300 juta.

ADUN Tempasuk itu juga berkata projek yang akan kick off tidak lama lagi itu akan membuka 1,500 peluang pekerjaan bagi penduduk kota Belud.

17 comments:

elia said...

Rakyat kena hadir taklimat ini, agar rakyat tahu garis pembangunan yang akan dilakukan dikawasan mereka.

elia said...

Taklimat ini juga dapat merapatkan lagi hubungan sesama. Disamping dapat mengukur pembangunan yang telah dilakukan.

madd said...

taklimat ini baik bagi membolehkan rakyat mengetahui pembangunan yang akan dilakukan di kawasan mereka dan pembangunan yang memberikan manfaat kepada mereka.

Mohd Ishak said...

Harap kerajaan akan sentiasa menjaga keperluan rakyat.

madd said...

taklimat seumpama ini wajar diadakan lagi pada masa akan datang.

tombolo said...

dari sini kita dpt mengetahui sumbangan dan projek2 pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan.

Sanih Alias said...

Taklimat inilah tempat yang sesuai bagi penduduk yang menghadapi masalah dan persoalan yang mahu dikemukan.

Hosie Masie said...

Taklimat seumpama ini sangat berguna kepada kita. Kita tahu apa yang bakal dibangunkan oleh kerajaan dan dengan ini dapat memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

Unknown said...

Sebagai penduduk kawasan tersebut seharusnya memberikan sokongan dan menghadiri taklimat tersebut supaya kita tahu apa perancangan akan datang dari masa kesemasa.

nickko said...

saya harap semua apa yang terkandung dalam taklimat itu dapat direalisasikan bukan hanya terhad dalam mana2 taklimat ataupun kempen. rakyat terutamanya dikawasan yang bakal menerima impak pembangunan pasti akan sentiasa mengikuti perkembangan sepertimana yang telah dijanjikan oleh pemimpin tersebut.

nickko said...

kadang2 banyak taklimat pun tidak guna juga kalau tindakan kurang atau tidak ada langsung.

mandau said...

taklimat ini juga harus digunakan untuk penduduk dan pemimpin saling bertukar pandangan dan mencari jalan untuk selesaikan masalah yang tmbul.

Paquin said...

Bayangkanlah jika semua pembangunan yang dirancang dapat direalisasikan sebaik mungkin, fuhyoooooo.. Punya best:P

Paquin said...

Jadi pihak yang berkenaan haruslah memastikan kandungan taklimat itu dikotakan supaya ia tidak sekadar dimulut saja.

Paquin said...

Kepentingan dan kebajikan rakyat harus jadi keutamaan dan lakukanlah apa saja bagi membuktikan keprihatinan pemimpin terhadap rakyat.

Paquin said...

Dengan adanya taklimat sebegini, rakyat akan tahu apa pembangunan yang hendak dilakukan. Secara tak langsung rakyat dapat menilai sendiri sejauh mana perancangan yang dibuat berjaya dilaksanakan.

Paquin said...

Semoga semuanya berjalan lancar nanti.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels