10 February 2011

Undi Pembangkang Kota Belud

Jika kita teliti undi pembangkang Kota Belud sejak pilihanraya umum 1999, berkisar pada angka tidak kurang 10 ribu undi. Kota Belud mempunyai jumlah pengundi berdaftar kini sebanyak 45 ribu lebih.

Peratusan yang keluar mengundi pada PRU-PRU yang lalu adalah 75 peratus.

Pada tahun 1999 BN mendapat undi 17,817, manakala pembangkang 10,848 undi. Tahun 2004, BN mendapat 19,290, manakala pembangkang 10,420 undi. Tahun 2008 yang dianggap sebagai tsunami politik bagi BN, BN mendapat undi 17,842, manakala pembangkang 14,822 undi.

Melihat kepada trend pengundian di kawasan parlimen Kota Belud-walaupun kawasan ini adalah kawasan tradisi BN- jumlah undi pembangkang tidak pernah turun di bawah paras angka 10 ribu, kecenderungan bertambah sepertimana tahun 2008 mungkin berlaku.

Walaupun BN diwakili oleh pemimpin terkuat Kota Belud-yakni Salleh Said, pun demikian pembangkang masih mampu memndapat undi diatas 10 ribu. Tahun 1999, misalnya Salleh ditentang oleh anak tempatan yang tidak mempunyai nama dalam politik Saidil Simoi, pun demikian Saidil mampu memdapat undi di atas 10 ribu. Demikian juga tahun 2004, Salleh sekali lagi ditentang oleh calon bebas-yang tidak aktifpun dalam politik Kota Belud, pun demikian calon bebas itu mampu meraih 10 ribu ke atas.

Demikian juga pada tahun 2008, Saidil Simoi sekali lagi turun gelangang-kali ini atas tikit PKR melawan calon BN-Rahman Dahalan. Saidil hampir membuat kejutan dengan mendapat undi 14,822 berbanding calon BN 17,842-hanya majoriti 3,020 undi.

Pada PRU-12 itu, ada yang mengatakan bahawa penigkatan undi pembangkang hampir 4 ribu disebabkan undi protes dikeranakan tidak turunnya ke gelanggang para pemimpin kawakan Kota Belud pada masa itu-antaranya Datuk Salleh dan Tan Sri Pandikar.

Undi protes itu sangat ketara di semua kawasan DUN- terutama di Tempasuk, Kedamaian dan Usukan. Rahman Dahalan dan Musbah Jamli-hampir menjadi mangsa protes, namun undi protes sepetimana ditunjukkan belum mampu mengalahkan mereka. Kemenangan mereka, hanyalah kerana kawasan Kota Belud selain tradisi BN, juga pihak pembangkang tidak mencalonkan calon yang ada sifat winabble candidate.

Pada PRU-13 akan datang, walaupun pihak pembangkang masih berada dalam tahap lama dari segi pendekatan, tambahan lagi ketandusan pemimpin- trend undi pembangkang diperkirakan tetap pada takok lama. Undi Pembangkang ada kemungkinan bertambah-ekoran beberapa isu pembangunan yang belum tertunaikan semasa PRU-12 lalu. Isu pembangunan Dam di Kg Tambuton yang diapi-apikan oleh pembangkang, isu pengagihan projek-projek yang tertumpu pada orang-orang tertentu, yang dikaitkan dengan kroni, akan menyemarakan undi protes, dan ini akan menyumbang kepada undi pembangkang, yang mempunyai undi deposit 10,000 undi.

Siapapun calon Bn akan datang akan berdepan dengan isu-isu tersebut, selain isu negeri yang berkisar kepada penumpukkan kekayaan oleh orang-orang tertentu yang dikatakan rapat dengan kepimpinan negeri.

Walaupun semua wakil rakyat Kota Belud mempunyai jawatan di peringkat kerajaan atau syarikat GLC kerajaan, nampaknya isu pengagihan peruntukan projek merupakan isu kedai kopi yang sukar ditepis.

Di samping itu-lifetyle yang ditunjukkan oleh para pemimpin baik diperingkat parti-mempunyai kencenderungan bagi pengundi melalukan undi protes kepada calon kerajaan.

Malah ramai dikalangan kakitangan kerajaan secara kumpulan melakukan protes dalam diam mengenai kelibat para pemimpin ini. Jangan lupa-para kakitangan kerajaan itu, mempunyai keluarga di akar umbi- ini lah salah satu faktor, bahawa undi pembangkang akan bertambah pada PRU-13 akan datang. Sukar diramal, apa kah undi protes itu akan menjadi bertompok, sehinggakan boleh menggugat undi BN? adalah sesuatu di luar perkiraan OKB.

Pemimpin muda yang diketengahkan oleh Bn pada tahun 2008, Rahman Dahalan, walaupun tidak mempunyai kapasti untuk dibebankan dengan isu pembangunan Kota Belud, namun anak muda itu berusaha dengan gigihnya selaku MP Kota Belud. OKB menyaksikan di Parlimen, di twitter, Facebook mahupun blog MP itu, bahawa hanya masa sahaja yang menentukan baginya kerana dibenaknya adalah untuk memajukan kawasan kota Belud. Jika isu yang dikaitkan dengan peruntukan parlimen misalnya- wakil rakyat itu memberi kuasa sepenuhnya kepada pejabat daerah kota Belud, untuk mengagih-agihkan peruntukkan di kawasan-kawasan yang dikenal pasti. Idris Nanti sebagai pegawai perhubungan kepada MP itu beberapa kali mengsahkannya kepada OKB.

20 comments:

mandau said...

undi pembangkang dilihat makin bertambah, BN kena bertindak untuk dptkan lebih ramai sokongan dariapda penduduk.

zam said...

yang penting BN perlu berusaha gigih jika ingin terus kukuh di KB.

Anak Sabah said...

Sukar nak ramalkan parti yang mana akan mendapat sokongan daripada rakyat KB. Setiap parti ada peluang untuk menang.

zam said...

jika semua pemimpin KB menunjukkan prestasi yang baik dan melaksanakan tugas mereka dengan baik, pasti mereka akan mendapat sokongan yang padu daripada rakyat.

Anonymous said...

walau jika dilihat undi pembangkang makin bertambah, namun kini dilihat BN jg semakin kukuh di Sabah.

nickko said...

peningkatan jumlah undi pembangkang walaupun calon yang diturunkan tidak memiliki populariti seperti calon2 BN, jelas menunjukkan pembangkang mempunyai potensi untuk mengambil alih Kota Belud dari BN. BN tidak mempunyai pilihan lain selain terus berkhidmat untuk rakyat dengan menyelesaikan masalah2 rakyat dan merealisasikan semua janji semasa pilihanraya.

nickko said...

kemelut atau pergolakan dalaman yang berlaku dalam parti pembangkang sejak kebelakangan ini tidak perlu dijadikan pertimbangan untuk meyakinkan pemimpin2 BN bahawa pembangkang di Sabah sudah kehilangan bisa. dalam politik sentiasa ada kejutan. oleh itu gunakan masa yang ada ini sebaik2nya bagi mendapatkan semula sokongan rakyat.

Unknown said...

PRU13 pula bagaimana??Adakah para penganalisis dapat menganalisis apa kemungkinan yang berlaku. Maka BN perlulah melakukan sesuatu untuk mempertahankan kerusi KB.

Hamdan Hadillah said...

Setiap PRU undian Pembangkang semakin meningkat. Paling mengejutkan pada PRU 2008, jarak BN dengan PR hanya anggaran 3000 pengundi saja berbanding PRU 1999 7000 lebih pengundi.

Anonymous said...

pembangkang mungkin akan membuat kejutan di KB jika janji2 politik BN pada masa PRU lalu tidak ditunaikan.

Anonymous said...

wakil rakyat dan pemimpin2 KB yang dikatakan jarang turun padang untuk mengenal, memastikan dan menyelesaikan isu2 rakyat juga boleh mengundang kepada kekalahan BN pada PRU akan datang..sibuk bukannya alasan pada rakyat..

Anonymous said...

pasti BN telah mengenal pasti faktor2 yang menyebabkan undi pembangkang yang tinggi setiap kali pilihanraya namun jika tidak diambil serius dan bergantung kepada populariti parti maka tidak mustahil BN akan kecundang di KB.

Anonymous said...

penyelesaian kepada isu2 rakyat adalah satu2 cara untuk mengekalkan kedudukan BN di KB..oleh itu, BN harus bertindak segera sebelum PRU.

Anonymous said...

semua wakil rakyat KB mempunyai kedudukan tinggi dalam kerajaan maka peluang ini harus diambil untuk membangunkan KB.

Anonymous said...

apa pun, kita tunggu dan lihat apa yang akan berlaku di KB pada PRU akan datang.

Paquin said...

Pasti sengit p/raya nanti. hehehe

Paquin said...

BN haruslah berusaha utk mengembalikan kepercayaan rakyat. Jangan biarkan rakyat terus melangkag menjauhi BN :)

Paquin said...

Ya zam. jadi sekarang ni terpulanglah daripada pemimpin itu sendiri utk membuktikan kemampuannya. Selebihnya terserlah pada undi rakyat.

Paquin said...

Namun, saya yakin rakyat tahu apa yang terbaik untuk masa depan negara.

Paquin said...

Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti kerana politik ni memang sukar diramal.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels