PENAMPANG, 17 Feb — Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan hari ini berkata cadangan agar kerajaan persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai masalah pendatang di Sabah adalah wajar.
Katanya penubuhan suruhanjaya itu akan mencerminkan keikhlasan dan ketelusan kerajaan dalam menangani masalah pendatang di negeri ini secara muktamad.
“Semua orang tahu Sabah bergelut dengan masalah pendatang sejak sekian lama. Sudah tentulah rakyat ingin tahu punca timbulnya masalah ini dan cara untuk mengatasinya daripada pelbagai sudut.
“Sebab itulah kami dalam PBS menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja ini. Malah, ini bukan perkara baru. PBS telah memperjuangkan perkara ini sejak lama dulu,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Chap Goh Meh PBS di sini.
Pairin (gambar), yang juga Timbalan Ketua Menteri, berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Isnin mengenai penolakan penubuhan suruhanjaya itu.
Kata Pairin gesaan agar suruhanjaya itu ditubuhkan bukan bererti kerajaan persekutuan tidak mengambil sebarang langkah untuk menyelesaikan masalah berkenaan.
Sambil menghargai usaha yang telah dilaksanakan kerajaan, Pairin berkata beliau berharap makmal mengenai pendatang tanpa izin di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) akan menghasilkan penyelesaian praktikal dan konkrit berhubung masalah itu dengan segera.
Mengenai isu “pertumbuhan luar biasa” penduduk Sabah sebanyak 500 peratus, Pairin berkata perkara itu perlu disiasat.
Semalam, ketua pemuda Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Arthur Sen berkata berdasarkan banci 1970, Sabah hanya mempunyai 636,431 penduduk dan apabila jumlah ini meningkat kepada 3.3 juta pada 2005, penduduk tempatan berasa terancam oleh kebanjiran “warganegara segera dan pendatang”. — Bernama

22 comments:
Tidak ada masalah jika Pairin menyokong usul ini. Bagi saya adalah logik jika ada badan yang mengurus dan mengkaji isu ini dari akar umbinya.
Sokongan dari rakyat juga amat diperlukan. Ini adalah untuk kebaikkan kita bersama.
pekara ini tidak harus dilihat dari aspek politik semata-mata. ini melibatkan kepentingan rakyat Sabah secara keseluruhannya.
masalah pendatang asing tanpa izin ini memerlukan komitmen semua pihak untuk menyelesaikannya. idea atau cadangan yang dirasakan sesuai perlulah dipertimbangkan. ini bagi mencari penyelesaian terbaik.
Rakyat lebih kurang tahu apa sebenarnya yang menyebabkan kemasukan PATI yang banyak ke Sabah. Kita memerlukan cara yang kukuh untuk memberhentikan perbuatan yang mendorong kemasukan mereka dan juga menghalang PATI yang baru daripada masuk.
SPRM patut menyiasat JPN dan Jabatan Imigresen terlebih dahulu.
maslaah pendatang asing telah wujud dan tidak selesai hingga kini, tidak ada salahnya jika kita mempertimbangkan usul jika ia satu usul yang baik.
Masalah pendatang asing dah lama berada di Sabah. Bukan senang untuk menyelesaikan isu ini.
Apapun cadangan yang diberikan untuk menyelesaikan masalah ini harus dipertimbangkan.
Demi kebaikkan rakyat maka tidak salahnya kita meminta kerajaan persekutuan mencuba untuk menyelesaikan masalah PATI yang sekian lama.
berjuang demi kepentinga rakyat tidak semestinya dikatakan pembangkang. Pairin yang berusaha untuk menyelamatkan Sabah dari PATI adalah satu perjuangan yang bermakna untuk rakyat Sabah. Penduduk yang menderita dengan kebanjiran PATI.
Sebagai seorang pemimpin tempatan beliau berasa risau jika perkara ini berterusan. Maka itu sebab beliau mencadangkan untuk menubuhkan Suruhanjaya diraja bagi menangani masalah PATI. Tetapi ditolak oleh Datuk Hisammuddin. Harap Hisammuddin faham apa tujuan sebenar. Maka sekiranya ditolak cadangan itu, tidak semesti kementerian dalam negeri duduk diam. Seharusnya berfikir bagi menyelesaikan masalah yang dipandang serius oleh penduduk sabah.
sudah banyak usaha dilakukan oleh pihak kerajaan negeri bagi menangani masalah ini tetapi sehingga hari ini masih belum menunjukkan hasil yang memuaskan. oleh sebab itu tindakan beliau mendesak kerajaan persekutuan supaya menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat sekaligus menyelesaikan masalah PATI di negeri ini sangat tepat.
samada Pairin terjebak dengan politik pembangkang atau tidak yang penting tindakan beliau ini boleh disifatkan sebagai satu tindakan yang berani dan jujur. jika pemimpin2 lain bersatu dan mempunyai pendirian yang sama seperti Pairin, masalah2 yang telah lama membelenggu rakyat Sabah pasti mudah untuk diselesaikan.
Pairin hnya menyokong apa yang dirasakannya betul.
Setuju Mohd Ishak. Ada baiknya JPN dan Jabatan Imigresen disiasat memandangkan kes ini sangat berkait rapat dengan mereka. hehhe
Kadangkala jika cadangan yang diusulkan itu baik, takda salahnya jika mana2 pihak tanpa mengira parti memberikan sokongan:)
Ketepikan dahulu pegangan politik masing2 dan fokuslah kepada usaha menanggani perkara ini.
Saya yakin jika semua pihak berjuang demi kepentingan rakyat, isu sebegini tak akan timbul. Malah ia mungkin lebih mudah ditanggani.
Apapun, kita tunggu dan lihat sajalah nanti. Semoga perkara ini mendapat perhatian.
Some people are trying too hard to let him down.
Adakah sedemikian?
Post a Comment