26 May 2011

BUGIS DI SABAH. SIAPA ANAK WATAN?‏

Perdana Menteri Malaysia adalah berketurunan bangsawan Bugis, yang mewarisi gelaran Orang Kaya Indera Shahbandar. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak adalah generasi ketiga atau keempat Bugis di Tanah Melayu yang merupakan tanah tumpah darahnya dan kesetiaannya hanya kepada negara Malaysia.

Di Sabah ramai juga keturunan suku Bugis. Namun yang dipersoalkan bukan keturunan Bugis generasi kedua, ketiga atau keempat yang telah sebati kehidupan dan budayanya dengan penduduk pribumi tempatan Sabah. Bugis kategori ini hanya menumpahkan taat setianya kepada Sabah dan Malaysia serta tidak mepunyai sikap rakus dan gelojoh berbanding dengan golongan pendatang baru kaum Bugis yang statusnya kerakyatannya masih diragui rakyat tempatan!

Persoalan ini timbul bila pada 22 Mei lalu, persatuan suku itu yang dikenali Persatuan Kebajikan Bugis Sabah (PKBS) tiba-tiba telah bertukar nama, lebih tepat dipanggil rebranding kepada Persatuan Komuniti Bugis Sabah dengan singkatan yang sama PKBS. Bagaimana ini bisa berlaku? Sedangkan PKBS yang sebelumnya telah diharamkan R.O.S kerana melanggar beberapa syarat dalam Akta Pertubuhan?

Nah sekarang PKBS sudah kembali aktif. Lumrahnya begitu setiap kali menjelang pilihan raya umum untuk menonjolkan pemimpin-pemimpinnya yang begitu ghairah menjadi calon pilihan raya. Maka nama-nama seperti Datuk Osman Jamal, Andi Bandipilo (pernah ditahan ISA kerana peranannya mengeluarkan kad pengenalan), Haji Pondiring Nawa, Mohd Gasing Saling, Datuk Dr Pataware dan Zainal Hj Amin.

Namun ada yang bertanya, benarkah "tembuni" nama-nama yang ghairah menjadi calon itu ditanam dibumi Sabah atau di Indonesia?

Nama anak-anak Bugis tempatan seperti Haji Amrullah Kamal, Yahaya OKK Zainal dan lain-lainya lebih berwibawa akan tetapi secara sengaja ditenggelamkan dan menonjolkan nama-nama yang disebut awal tadi.

Sebagai Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib jangan mudah terpedaya dengan helah PKBS kerana salah perhitungan memilih calon yang bukan asalnya anak tempatan, kedudukan Sabah sebagai fixed deposit akan terancam.

9 comments:

Smookiekins said...

Yang kena tahan ISA sbb ada peranan kasi keluar IC tu ba bikin takut ni.

Larry said...

Hope that all the real anak watan will step up and defend their people's rights.

azman said...

setuju dengan Smookiekins, yang pernah ditahan ISA kerana peranannya mengeluarkan kad pengenalan, pasti merisaukan..

azman said...

anak jati Sabah pasti tahu memilih siapa yang mereka inginkan. maka, setiap parti perlulah meletakkan calon yang diingini oleh rakyat Sabah.

shiro said...

kena pilih calon yang asalnya anak tempatan. jangan tersilap pilih mereka yang tidak pasti apa status kerakyatannya.

ferlo said...

kita kena memilih anak watan sebagai pemimpin kita. sebelum memilih pemimpin, kita perlu tau latar belakangnya.

Hosie Masie said...

Bugis?Susah kita mahu menafikan perkara ini. Kerana sejarah kita yang lebih tahu akan semua ini.

Wazxiran said...

Kalau bugis di Sabah siapa Anak watan? Biar orang yang tidak pernah melanggar peraturan dan undang-undang. Setia dan taat kepada negara.

rebirth said...

PM perlu sedar, rakyat hari ini lebih tahu dan sentiasa memerhatikan gerak geri pemimpin.. silap langkah buruk padahnya..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels