8 May 2011

Pilih wakil rakyat yang berjiwa rakyat-jangan pilih wakil yang ada agenda sendiri; Tun M

Ceramah Perdana Tun Mahathir semalam di Kota Kinabalu sempena Majlis Mubarak, menekankan bahawa rakyat perlu memilih wakil rakyat yang berjiwa rakyat, jangan pilih wakil rakyat yang beragenda peribadi.

Memilih wakil rakyat yang beragenda peribadi bukan sahaja buruk kepada parti juga buruk kepada kerajaan. Ibarat seekor kerbau membawa lumpur-semuanya terpalit.

Wakil rakyat yang mempunyai agenda sendiri akan mengutamakan diri mereka dan keluarga mereka terlebih dahulu dan kalau ada tempias, barulah terfikirkan rakyat. Tetapi jika tiada tempias, maka rakyat lah yang merana, marah, akhirnya menolak parti dan seterusnya kerajaan. Sebabnya, dikeranakan oleh sesetengah wakil rakyat atau pemimpin yang berkelakuan buruk.

Kita saksikan bahawa walaupun ada wakil rakyat yang berpenggal-penggal menajdi wakil rakyat pada satu-satu kawasan, namun keadaan kawasannya begitu daif sekali, sehinggakan rakyat yang diwakilinya yang sebelum belum miskin-kini menjadi miskin, kerana tiada sumber pendapatan. Sebaliknya, wakil rakyat tersebut, dari sehari ke sehari bertambah kaya. Rakyat perlu menolak individu seperti ini, walaupun ianya merupakan calon Kerajaan, dalam pilihanraya.

20 comments:

zam said...

ya, rakyat perlu memilih wakil rakyat yang berjiwa rakyat dan mampu menjadi pemimpin yang berkhidmat untuk mereka.

Anonymous said...

tolak saja wakil rakyat yang tidak menyumbangkan apa-apa kepada rakyat.

zam said...

rakyat sentiasa menilai..hanya wakil rakyat yang benar-benar ikhlas perlu dikekalkan.

Anonymous said...

diharap tiada wakil rakyat yang hanya tahu bercakap tapi tidak pandai bertindak untuk membangunkan penduduk dikawasannya.

Anonymous said...

rakyat perlu memilih wakil rakayt yang benar2 berjiwa rakyat. mana2 pemimpin yng idak berjiwa rakyat perlu mereka tolak. pilihan terletak ditangan rakyat.

mandau said...

kena bijak dalam memilih wakil rakyat.

Hamdan Hadillah said...

Saya setuju...Biar kita menilai sendiri wakil rakyat. Pastikan wakil rakyat berjiwa untuk rakyat dan bukan untuk kepentingan diri sendiri.

Unknown said...

Janganlah pilih wakil kerana kawan atau saudara. Kita haruslah memastikan motif perjuangan sebagai seorang wakil. Jika tidak sendiri yang susah nanti.

Paquin said...

Politik memang banyak gimik.

Paquin said...

Rakyat harus bgijak menilai jika pemimpin itu tidak mampu sumbangkan apa2, baik tak perlu sokong.

Paquin said...

Jangan hanya sebab terpaksa, terus sokong pemimpin yang entah apa2. huhu

Paquin said...

Para pemimpin harus memainkan peranan mereka sebaik mungkin jika mahu kekal sebagai pemimpin. hihi

Paquin said...

Apapun, saya yakin rakyat tahu apa yang perlu dilakukan.

Anonymous said...

Hope that the best candidates for the job will be selected.

evan medhousky said...

jika pemilihan sebegitu dapat dititik beratkan, saya yakin ramai wakil rakyat yang akan ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya seterusnya.

evan medhousky said...

untuk kebaikan rakyat, rakyat sendiri perlu bertindak tegas dalam membuat pilihan. jangan mudah terpengaruh dengan janji atau wang ringgit jika wakil rakyat itu dikenalpasti mempunyai agenda tersendiri.

Anonymous said...

mungkin tun M harus berikan contoh wakil rakyat yang berjiwa rakyat..wakil rakyat yang ada agenda sendiri memang ramai...

Anonymous said...

wakil rakyat yang benar2 berjiwa rakyat semakin pupus dalam dunia politik malaysia..kini rakyat memilih siapa yang boleh memberikan apa yang rakyat mahu..

Anonymous said...

wakil rakyat yang hanya pentingkan perut sendiri harus ditolak tanpa mengira sama ada wakil tersebut dari kerajaan atau pembangkang.

Anonymous said...

apa2 pun, biarlah rakyat yang menilai sama ada wakil rakyat di kawasan mereka adalah yang berjiwa rakyat atau tidak..

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Labels

Labels